Thursday, 3 October 2013

Le' Manah Retreat Janda Baik - PART 1

.
 
Kami sekeluarga dah sampai sini  :)
Anda bila lagi?
Sekali lagi Janda Baik jadi destinasi pilihan utk family gathering selepas Saujana Chemperoh. Sampai Le' Manah, Pak Teh & Mak Teh selaku 'caretaker' dah tersenyum lebar utk mulakan breafing... hahaha, just kidding. Tempatnya cantik, luas serta serba lengkap.  Ada badminton court, tennis court, meja ping-pong, bbq pit, kolam ikan, padang, sungai, kolam kanak-kanak dan basikal bagi yg berminat utk keliling kampung.

 tiada aksi tarik rambut utk berebut bilik ok, sebab ada 7buah semuanya.

 Ruang tamu yang sangat luas, siap boleh main galah panjang

Dapur yang lengkap dengan petiais, mesin basuh, gas stove,
peralatan memasak, pinggan mangkuk bla bla bla... Complete.



Pantang nampak kamera...

 
Syarat yg perlu dipatuhi... siapa tak makan, tak boleh mandi pool / sungai

Lunch kami buat pot luck, senang & jimat masa.  Chef Jaw bawak ikan keli goreng 15ekor, sup kaki ayam, terung goreng berlado & daun kayu masak tempoyak.  Chef Alis masak sambal tumis udang petai, asam pedas dgn ape entah. sVs cuma bawak nasi 2periuk & tempe goreng kicap... demam beb, tak larat nak masak. Chef Maria masak sup ayam, sayur campur & her signature dish - ikan bako.

Ikan cencaru, pari, kembung, jenahak, siakap, senohong, gelama, ikan duri... semua dia bakor.
 Amar sponsor durian kampung dr Pahang, D24 & 
Musang King.. baik punya!! Makan 3 ulas dah kenyang.. cisss

 it's finger lickin good... kata Atok Bak

 Bapak sejuk!! 
(bahasa budak sekarang)

 Eeeee... geramnya!! bila la Abid dapat mandi sungai mcm dia org semua ni?!...

 

Seperti biasa, petang ada telematch. 
Kita panaskan badan dulu sebelum mulakan acara.
 



Penyokong A telah mempertikaikan keputusan pengadil dalam acara isi air dalam botol..... bagi buku5 je !

Acara utk ibubapa... ambil jeli guna chopsticks. 
Nampak mcm senang tapi susah wooo.

see... ada yg guna tangan! TIPU!!

 Habis telematch, berendam lagi dan lagi dan lagi..

6.30pm kaum bapa mula setting utk bbq. 
Segala haiwan yg dibakar telah ditaja oleh Maksu Fiza. TQ :)

Hidangan malam tu adalah spaghetti bolognese dari Chef Ayu, 
bbq ayam & daging dgn homemade black pepper sos serta nasi 
dan lauk ikan bakar. Buurrrp... Alhamdulillah atas rezeki yg Allah berikan.
 "Killer" of the night - Soda Lemon Herbs.
Masak air gula dgn serai, 5 asam boi, 3 serai diketuk, 1 botol air soda, 
1/2 tin air longan & isinya, daun pudina, lemon dihiris,air dan ais...
humban semua dalam bekas & godeh-godeh - siap

Sila abaikan baju, tuala, spender & alas kaki yg bergantungan.
Rupa khemah pelarian Rohingya pun ada.. huh

 
Malam tu, kaum adam sibuk tengok bola dan 
kanak-kanak ribena berkumpul main permainan ala-ala jumanji.

Dan inilah dia masterchef yang bertungkus lumus menyediakan hidangan sepanjang hari.




 


To Be Continue... 







.


60 comments:

  1. meriahnyer kak... boleh jadi tempat percutian untuk family saya jugak ni.

    ReplyDelete
  2. meja makan kat luar rumah pun ada,best!! Lepak malam2,sambil makankat luar...sejukkkk..bestttt :)

    TV dia ada ASTRO tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada...tapi tak sempat nak ngadap tv sbb banyak aktiviti & tempat nak explore :)

      Delete
  3. Full corum...lots of activity

    ReplyDelete
  4. kalau bahasa budak2 skrg.... bapak sejuk !!
    mungkin org2 dulu sebut.... ayahanda sejuk!!

    hmmm.... mungkin juga....

    ReplyDelete
  5. Bestnya! Tempat pun cantik, lengkap segala.
    Gambar pun cantik2.

    Berapa satu malam kat situ? Nanti bagilah detail.

    ReplyDelete
  6. janda baik mmg heaven. tenang dan damai dgn semulajadinya. tapi skrg dah 'sendat' juga, kena booking awal

    ReplyDelete
  7. janda baik lagi??? best gilerk hokey...

    ReplyDelete
  8. Nampak sungguh nyaman....
    dan seperti biasa... boleh memancing tak?

    ReplyDelete
  9. Lokasinya sangat cantik
    Apa pun kakak tertarik dgn resepi Soda Lemon Herbs. Kakak nak tiru buat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi rahsia dr adik yg dah tak jadi rahsia lagi.. sila sila

      Delete
  10. Meriahnya. Suka suka suka, rasa macam I terlibat sama nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la.. ye ke? patut la terasa mcm terlebih sorang

      Delete
  11. bestnyer.... x pergi laks tuh...
    suker3 :)

    ReplyDelete
  12. wah mmg bestlah kat sini !

    ReplyDelete
  13. meriah nyer... selalu mai janda baik ya? jeles sy

    ReplyDelete
  14. ohhh nampak sangat lah bestttnys....and that killer drink!

    ai dah copy 'resepi'nya okay...TQ

    ReplyDelete
  15. best gile nampak! meriah gile! happening gile!

    kalau ajak join kan ke lagi afdollll...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh.. dia pi sabah sarawak pun tak ajak, nyampah

      Delete
  16. Wow what a big sporting family....

    ReplyDelete
  17. ya Allah!! meriah giler...dengan makanan yg best2 lagi...
    saya suka tgk family akak...semua sporting!!

    bapak luas ruang tamu dia...boleh guling2...
    terliur tgk durian!! huh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang bayangkan ko guling2 dkt ruang tamu.............. OH NO!!

      Delete
  18. Bestnya gathering family
    Tak penah sampai sini, berapa utk satu mlm ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq :) Nnti sVs cek balik berapa harganya 1 mlm.

      Delete
  19. Assalam sudipVSsenduk
    Hebatnya family gethering itu! Suasana dalam dan luar rumah kelihatan selesa. Pelbagai makanan tu pasti menyelerakan. Macam-macam aktiviti mesti menyeronokkan. Dan kemesraan di kalangan ahli famili tentunya menggembirakan.Pak Temuk rasa nak kena cari + cuba tempat tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cikgu :)
      Yg lapar kita kenyangkan, yang sedih kita gembirakan, yang jauh kita rapatkan dan yang rapat kita mesra-mesrakan... ecewah.
      Janda Baik pasti tak mengecewakan sbb semuanya baik2.. hihihi

      Delete
  20. As salam SvS,

    Super jealous!!! Durian, BBQ... mandi sungai...perghhhh...ssyiok gilerrr....

    Kak air soda lemon herbs tu mcm best je... leleh air liur... :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jealous? agak2 dkt Peru ada tak? HAHAHA -gelak jahat
      Sekali teguk terus jatuh cinta 'rasa' pertama

      Delete
  21. Memang best la rumah tu, luas betoi. Yg tak bleh tahan, sungai tuuu. Best. Nak mandi sungai...nak mandi sungai..

    Berkenan dengan Soda Lemon Herbs tu. I like.

    ReplyDelete
  22. MESTI SERONOKKAN, DAPAT BERKUMPUL RAMAI-RAMAI..

    ReplyDelete
  23. waaaahhhh tgk je pon dah tersangat best niee.e.....

    ReplyDelete
  24. meriah2
    seronok tengokkkk
    macam nak join sama
    duriannnnn tuuuuuu...kuninggggnya isi

    ReplyDelete
  25. aaarghhhhh rs nk usha family sy skrg jg utk pegi ke siniiiiiii

    ReplyDelete
  26. wooo!! kuarga akak rupanya! kami merayu rayu nak duk sini untuk famili day, rupe rupenye kuarga akak yang dapat! kikikiki

    ReplyDelete
  27. makanan2 tu semua buat ai terliur.. huhuhu

    ReplyDelete
  28. BESTNYA.. saya dalam perancangan nak buat family gathering untuk keluarga kami.. boleh akak emailkan saya detail pasa percutian di janda baik ni tak di azimashaary@gmail.com ?

    terima kasih berbanyak ya!:)

    ReplyDelete

...