Friday, 29 June 2012

Hobi Saya...


Assalamualaikum.

Nama Fiman ialah Muhammad Firmansyah bin Fairuz, umur kita 5 tahun 11 bulan.  Fiman suka sangat lukis.  Lepas mandi pagi, sikat rambut belah tepi senget-senget, pakai bedak putih putih biar nampak hensem, kita terus cari kertas dengan pensel.  Lepas lukis mesti sepah2, mama pun jerit kuat2, tapi kita buat dek je... hihihi.

Kalau pergi window shopping, mesti Fiman bawa buku dengan pensel sebab mama shoping lamaaaaaaaaaa sangat tapi tak beli apa pun... bosan.  Fiman paling suka lukis gambar orang.  Dulu masa kecik2 lukis gambar orang lidi je, bila Fiman dah besar kita dah makan banyak2, orang lidi tu pun jadi gemuk.

 
 

Trademark lukisan Fiman mesti ada poket, necktie, name tag dengan lencana sekolah... baru la kacak. Mama kata Fiman pandai lukis macam abah.  Dulu masa abah nak ngorat mama pun abah pakai lukisan... mama terus cair.   

 "Mama... cair tu apa?"


Kalau lukis lengan terbesar sebelah, Fiman mesti sedih... Fiman mesti nangis... wajib guling-guling...  mamalah yang tolong raba kan lukisan tu.

Abang Faiz dengan Abg Hazim pun pandai lukis... gaduh lagi pandai.  Sekarang ni abang suka lukis kasut... kasut tumit tinggi pompuan, kasut but, kasut bola, selipar, terompah pun ada.  Tapi bila masuk rumah, kasut tak pernah pandai susun atas rak.  Mama mesti jerit, sakit telinga Fiman.



Kalau dah bosan lukis atas kertas, Fiman lukis dekat kamus BESTA pulak sampai bateri kong.  Lepas tu lukis dekat laptop guna photoshop- best, Fiman suka.   Kadang2 Fiman lukis dekat tablet mama sampai bateri low dan seperti biasa mama mesti jerit sebab tak dapat blog walking...
agak2 bila la mama Fiman ni nak sakit tekak ek?





Nota ketiak :
Berilah pujian dan kata-kata positif apabila mereka berusaha melakukan sesuatu. Walaupun kecil di mata kita tapi impaknya sangat besar dalam proses tumbesaran mereka.... ecewah






.

Wednesday, 27 June 2012

Magic Show...

.
 Blog ni dah macam biskut, 
  kejap ada...


.
.
.
lamaaaaaaaaa tak ada...




Nota ketiak :  gue buzy banget! stress!  rasa mcm nak berhenti kerja pun ada... Wwwwaaaaaaa!!!



.

Monday, 11 June 2012

Jom Minum Petang...



 Bingka Labu

Pisang Goreng

Cempedak Goreng





.

Wednesday, 6 June 2012

6 Jun Datang Lagi...



Terima kasih Ya Allah untuk setahun lagi usia yang Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki dan kasih sayang yang Engkau kurniakan.  Begitu juga dengan kesihatan yang amat sempurna. Kau hidupkan aku dengan iman dan matikan aku juga sebagai orang yang beriman serta berkatilah hidupku di dunia & di akhirat kelak.  Jadikanlah aku hamba, anak serta isteri yang solehah.  Terima kasih Ya Allah kerana tetap melindungi aku walaupun terkadang aku merungut, malas, lemah, lokek serta cuai. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.  Maafkan aku Ya Rahman Ya Rahim dan terima kasih Ya Allah atas segala-galanya yang Engkau kurniakan...





.