Thursday, 30 August 2012

Muzium Perang, Bukit Maung Pulau Pinang...


Sempena menyambut kemerdekaann negara yang ke 55, jom jengah Muzium Perang, Bukit Maung Pulau Pinang... muzium terbesar di Asia Tenggara.  Kubu tentera British yang dibina pada 1930 dengan tenaga buruh paksa yang terdiri daripada rakyat tempatan, buruh asing dari Afrika Selatan, India & Nepal mengambil masa hampir 9 tahun utk disiapkan.

Dekat sini ada pusat lojistik & risikan, dewan, kuarters, bilik memasak, lokap, ruang penembakan meriam, menara pemerhati, tangki air, bilik generator dan klinik.  

Pejabat


Loker Peluru
 
  Perigi sedalam 30 meter/100 kaki digunakan untuk menghantar senjata api.
 Kubu menembak pesawat udara

 Kanopi pokok mampu mengaburi pandangan dari udara

Ada 3 terowong rahsia antaranya terletak 9 meter di bawah tanah dengan ketebalan dinding 1.2 meter tanpa dapat dikesan oleh satelit.  Kita orang masuk 1 je terowong.. 5minit berjalan dalam keadaan tunduk, gelap gelita, sempit, panas, berbelok-belok dan menyeramkan.  Tobat tak nak masuk lagi.

 Salam satu daripada terowong bawah tanah ini memudahkan tentera melarikan diri dari musuh

Kubu ni jatuh ke tangan Jepun pada 1942 dan dijadikan sebagai tempat tahanan & penyeksaan selama 2 tahun lebih sebelum kalah pada Tentera Berikat pada 1945, sekaligus berakhirnya Perang Dunia Kedua.


Kawasan lapang ini pernah dijadikan kawasan istirehat tentera British dan ditukar menjadi tempat tentera Jepun menjalankan hukuman pancung.  Meremang bulu roma bila lalu kawasan ni... 

Bilik rehat pegawai tentera British

Ada 1 deretan berek digunakan oleh tentera Jepun untuk menyeksa tahanan dan bilik khas untuk memuaskan nafsu serakah mereka... siap ada kesan darah kering pada dinding dan tiang katil... takut nak snap.  Terfikir jugak, kenapalah tempat2 macam ni sVSs  lawat, mujur tak de apa-apa yang ikut balik.

Menurut wikipedia, The Tiger of Malaya adalah gelaran yang diberikan kepada Jeneral Jepun, Yamashita Tomoyuki semasa Perang Dunia Kedua.  Beliau dinobatkan sebagai orang yang bertanggungjawab menakluk Tanah Melayu dan yang telah mengusir British dari Asia Tenggara. Aku benci kau Yamashita! 




October 2002, kubu ni dijadikan Muzium Perang selepas 60 tahun terbiar dengan pelbagai rahsia, misteri & sejarah.






Nota Ketiak : sejarahlah yang mencorakkan sesebuah negara...




.

Tuesday, 14 August 2012

Puasa Firmansyah...



Tahun lepas puasa penuh 3 hari je... selebihnya rongak-rongak.  Tahun ni Alhamdulillah, masih belum rompong... goooood boy Firman!

Firmansyah  :  budak perempuan dekat tadika kita ramai tak puasa mama... kita rasa mesti dia orang tu uzur...




.

Friday, 10 August 2012

Durian Belanda - Penawar Kanser...





Durian Belanda (Annona muricata) atau soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser dengan 10,000 kali lebih kuat daripada kemoterapi.

 asingkan biji dengan isi...
 campur air dan sedikit gula...
 bekukan dalam peti ais...
 masukkan dalam pengisar...
 jemput minum....  (7.30pm nanti)
Subhanallah... Tabarakallah... Alhamdulillah.. 
Masak Dari Hati.. Masak Dgn Iman  :)






Nota Ketiak :  Walau apapun usaha seseorang, segala penyembuhan itu datangnya dengan izin Allah jua.





.

Wednesday, 1 August 2012

Happy Anniversary ...



3 Hero Sebagai Teman,
Kasih Sayang Tidak Terhingga,
13 Tahun Ulangtahun Perkahwinan;
Moga Bahagia Hingga ke Syurga.

Amin....




.