Monday, 30 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012...




Tiba hari ahad seawal 9.45 pagi bagi elak jem, melambak2 parking kosong. Ustaz Azhar Idrus bagi sikit ucapan ttg buku dia - Anda Bertanya Ustaz Azhar Menjawab.  Manusia punyalah ramai tapi lebih selesa keadaannya drp tahun lepas, aircond pun masih terasa sejuknya.



Isi minyak kejap lepas penat berlaga bahu...

Buku Dunia Tanpa Sempadan
Firmansyah dapat banyak buku mewarna sbb tu mmg bidang dia... color la sampai muntah-muntah nak oii.. 




Nota Ketiak : Tuntutlah ilmu sampai ke Negeri China..



.

Friday, 27 April 2012

Kulit Popia...


Masa korek2 dalam peti ais, jumpa kulit popia entah lebih zaman bila.  Bila saka chef Nigella Lawson telah bersatu dgn jasad, macam-macam boleh jadi. Mula-mula gulung gulung gulung, buat sira sambal.  Lepas tu gaul dengan gula halus + nestum... dapat la 2 balang.


Lama-lama gulungan semakin membesar.
sapu butter, gulung, renjis madu, tabur bijan & bakar sekejap je.

Kuih belanda aka 'love letters' pun kalah wa cakap lu...

Tonyoh dalam muffin tray & tabur sikit gula halus... yummy!


Akibat buat sorang-sorang tapi berebut ramai-ramai, maka permintaan 
melebihi pengeluaran dan akhirnya nak gulung pun tak sempat..... 






Nota ketiak :  sometimes, less is more...






Idea drp zaliana.blogspot.com. TQ!

.

Tuesday, 17 April 2012

Bidan Terjun...



If you're getting paid to do something, you should do it, love it, enjoy it and
do it well even though it is not your field, aka bidan terjun....




Nota ketiak:
Tanpa ikhlas, amalan jadi sia-sia. Ibnul Qayyim dalam Al Fawa-id memberikan nasihat, “...Amalan yang dilakukan tanpa disertai ikhlas dan tanpa mengikuti tuntunan Nabi Muhammad SAW bagaikan seorang musafir yang membawa bekal berisi pasir. Bekal tersebut hanya memberatkan, namun tidak membawa manfaat apa-apa ...”






Pergi shopping cari parking,
Minggu ni tak sempat blog walking...






.

Wednesday, 11 April 2012

Snek Halva Tahini...





Snek dari Timur Tengah yg terkenal - halawa tahiniya / tahini / tahina. First time makan masa mak & ayah balik dr haji tahun 1983 dulu,  dibuat drp sasame seed paste (tahini) & gula.  Tahap kemanisannya masih boleh diterima bg org yg tak berapa suka manis mcm saya.  Dulu bila org balik Mekah baru dapat merasa kuih arab ni.. makan sikit2 sebab sayang kalau habis cepat.  Semalam AbgTaf ajak window shoping dkt kedai Altseer, macam2 ada... roti, pasta, makanan dlm tin, rempah2 arab dan ada 1 bahagian khas utk olive segar & jeruk and the food is 100% halal dgn harga yg sangat berpatutan... 

 
 
 
 

Sebut je rempah biryani apa, semua ada... Kuah Kacang Pool dalam tin pun ada, tinggal hangatkan & tambah telur mata lembu je...




.

















Friday, 6 April 2012

Sangkhaya Fakthon aka Thai Custard Pumpkin...


 
Dapat labu free 2 biji saiz kecil, sangat sesuai utk buat sangkhaya fakthon.  First time buat dalam versi kelate ada di sini.

 Jemput makan...
 






.

Wednesday, 4 April 2012

WW #2 - Focus!


 I promise to be more focused... I promise






.

Monday, 2 April 2012

Air Tangan Ibu...

Dari kecil memang suka sangat pergi pasar basah.  Bangun pagi2 ikut ayah & mak beli ikan, kerang, udang kertas, tomato, kobis, daun saderi, pisang emas bla bla... semuanya segar & murah.  Kalau beli siput sedut, simpan 1 hari dulu dalam besen dan tabur hampas kelapa bagi siput makan biar gemuk.  Merata la siput tu panjat besen nak keluar, hihihi.  Walaupun pasar bau busuk, banyak air bertakung & bising.. saya tetap suka suasana tu.  

Sambil pilih2 barang, otak ligat berfikir nak minta mak masak itu ini. Walau sesimple mana masakan mak, ia tetap sedap tanpa ajinomoto.. waima goreng telur mata lembu atau cuma hirisan timun sekali pun.  Apatah lagi kalau masak nasi lemak, sambal udang, sup bebola ikan tenggiri, sambal goreng, asam pedas... oh! rindunya... tiada lagi air tangan dari seorang ibu kandung.. sob sob sob


Awekcun : Hari ni abah mengidam nak makan sup ikan jenahak, cepat tarik kerusi duduk makan..
Hazim    : Mama, kenapa jala tu masih melekat pada badan ikan?





Nota ketiak :
Sehebat manapun masakan chef di hotel atau restoran, mereka tetap tak boleh tandingi berkatnya air tangan seorang ibu... (kecuali chef tersebut adalah ibu anda)





.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...