Wednesday, 19 June 2013
Monday, 10 June 2013
Desa Kaloi Farmhouse, Ulu Yam (Part 2)
Sementara budak2 & bapaknya pi mandi 'air terjun', semua maknya yg cun, bersopan santun lagi hormat pd org tua, bertungkus lumus di dapur. Seperti biasa, menu pagi tu adalah sarapan rakyat 1Malaysia - nasi lemak 3 periuk ! Soyatkan sikit daun pisang tepi rumah tu sebagai alas, baru tangkap dalam masa makan nnti.
Ada juga roti sandwich inti tuna & telur + mayonis, spagheti goreng, ayam, sausage & steamboat lebih semalam.
ada air teh tarik, milo & kopi kaw
Segala kemudahan asas yg disediakan harus digunakan dgn sebaiknya.
Bagi memastikan oven ni betul-betul berfungsi, kita cuba bakar pepes ikan....
Lepas berendam, semuanya lapar.
Lepas kenyang, semuanya berendam
Pergh! Gondola ride in Venice!!
Row, row, row your boat, Gently down the stream.
Merrily, merrily, merrily, merrily, Life is but a dream.
Dah namanya farmhouse, mestilah ada binatang peliharaan kan, antaranya ikan, ayam, angsa, burung merak & rusa.
Kalau nak bagi rusa makan, nyanyi lagu anak rusa nani baru kembang ekor... itu syarat yg dikenakan.
Ada 4 buah kolam ikan dkt sini.. gemuk-gemuk ikan dia. Goreng pon sodap
Potret kenang-kenangan di Desa Kaloi Farmhouse, Ulu Yam.
Our big happy family (tak cukup lagi 3 keluarga).
Moga semuanya diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah, Amin.
Moga semuanya diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah, Amin.
Pada sesiapa yg berminat nak ke Desa Kaloi Farmhouse, sila klik
http://desakaloihomestay.blogspot.com/ atau
https://www.facebook.com/pages/Desa-Kaloi-Farmhouse/344640728961674
TERBAIK!
.
Thursday, 6 June 2013
Tuesday, 4 June 2013
Desa Kaloi Farmhouse, Ulu Yam (Part1)
Family gathering di Desa Kaloi Farmhouse, Ulu Yam Selangor.
"BEST GILER" tempat ni...
Veranda
Naik tangga, bagi salam & bukak pintu... sebelah kanan ada ruang tamu.
Belah depan, ruang makan... luas, terbuai2 day curtain disapa bayu.
Master bedroom
dan ada 2 bilik (attached bathroom) lengkap dgn almari baju, meja solek, 3helai telekung & sejadah.
Semua ruang dalam rumah ni ada aircond & kipas serta 3 bilik air yg sangat luas + water heater. Lengkap!
Semua ruang dalam rumah ni ada aircond & kipas serta 3 bilik air yg sangat luas + water heater. Lengkap!
Selimut, tuala, toto, bantal, sarung bantal.. semua ada.
Kalau tak cukup juga, dia
tambah lagi 9 buah travelling mattress berjenama
Jean Perry dgn harga $69 sebuah (tanda harga masih melekat pd plastik)
Jean Perry dgn harga $69 sebuah (tanda harga masih melekat pd plastik)
sVs bagi A++ utk kitchen. Ada esbok saiz bapak gajah, oven, vacume cleaner, mesin basuh muatan depan dan dryer yg sangat tiptop. Kalau dkt rumah sendiri, bila spin kering je 1 kampung boleh dengar gelodak 'batu besar' dalam mesin... benci tau.
Perkakas dapur semuanya lengkap. Ada cerek air elektrik, termos elektrik, rice cooker, slow cooker, toaster, radio, pinggan mangkuk, tea pot set jenama corelle & periuk jenama Visions oookey. Korang tak akan jumpa periuk stainless steal cap kepala kuda belang, kepala buaya atau kepala helang, waima gelas plastik barang sebijik pun tak akan ditemui. Datang sini korang boleh lenggang-lenggang kangkung je...
Bila ternampak BBQ grill ni.. jari cuma mampu tunjuk, mulut tetiba jadi gagap,
tutututu bbbbbb qqqqq... (ada yg kena lempang ni kang). Mak teruja!
tutututu bbbbbb qqqqq... (ada yg kena lempang ni kang). Mak teruja!
Hannah
Aleya
& Firmansyah alas perut dulu dgn fettuccine alfredo MakSu sementara tunggu kaum adam balik sembahyang Jumaat.
Disebabkan semua dah meroyan nak main air, maka telematch dibuat sebelum solat Asar.
Air sungainya cetek sangat, paras buku lali je... mujur ada man made waterfall, Hoyea!
Berendam le korang sampai kecut
Meet our chefs
Black pepper sauce & johnny steamboat chili sauce
Acara yg ditunggu-tunggu...makan time :)
Kaum bapa
SkodengTauke lai chee kang tak menang tangan
Malam tu semua bergelimpangan depan TV..
zzzzzzzzzz
zzzzzzzzzz
To be continue...
.