Wednesday, 31 July 2013
Monday, 29 July 2013
Happy Birthday Firmansyah...
Moga menjadi anak yang soleh,
cemerlang,
lembut hati,
rajin belajar,
rajin solat &
bahagia di dunia dan akhirat...
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Seawal 1hb Julai, Firmansyah dah start countdown harijadi dia yg ke 7 tahun semalam (28hb) dengan harapan Abg Taf beri hadiah Ice Watch & sebiji kek. Hasil kiraan tanpa jemu selama hampir sebulan plus rengekan hadiah, akhirnya berhasil. Bermoreh le sVs sekeluarga dengan kek birthday Firmansyah semalam.
Moral of the story :
perlu merengek utk dapatkan koleksi Pandora utk raya ni... Yes!!
.
Wednesday, 17 July 2013
Tuesday, 2 July 2013
Pray For Adik Hasif Ammar
Adik Hasif Ammar perlukan apa yang anak-anak kita juga perlukan, iaitu kasih sayang dan penerimaan serta sedikit perhatian yang istimewa. Ibu kepada kanak-kanak istimewa ini adalah roommate sVs semasa menuntut dulu. Semalam sVs terima sms dari beliau, sekiranya sudi memberi sumbangan RM1 agar dapat membantunya dalam masalah kewangan. Kenapa $1 je? Ibu tabah ini berkata, kalau 20ribu orang rakyat Malaysia dapat menderma RM1 seorang, dapatlah dia 20K, dengan izin Allah.
Sumber : Facebook Pray For Adik Hasif Ammar.
Pada tanggal 18 Februari 2010 lahirlah seorang
anak yang cukup istimewa yang diberi nama Hasif Ammar bin Hamizan
dengan berat 3.4 kg. Lahirnya anak ini terus dimasukkan ke wad NICU
untuk perhatian sepenuhnya oleh pihak hospital. Anak saya mengalami
masalah pernafasan pada peringkat permulaanya. Hasif tidak boleh
bernafas sendiri dan dperlu dibantu dengan oksigen. Selama lebih kurang
3 bulan Hasif tinggal di hospital. Doktor pakar telah mengesahkan anak
saya mengalami 'lerenggomalasia' dimana bahagian tekaknya lembut dan
tidak boleh menelan secara normal. Setelah M.R.I dibuat didapati antara
bahagian otak kiri dan kanan anak saya tidak normal seperti kanak-kanak
lain. Dari mula lahir anak saya menggunakan tiub dibahagian mulut untuk
saluran minuman dan makanan.
Mengikut penerangan doktor segala perkembangan anak saya besar kemungkinan akan agak terlewat. Demi manjaga anak istimewa saya ini saya telah mengambil cuti tanpa gaji kerana menurut doktor pada peringkat permulaan anak saya memerlukan perhatian yang lebih memandangkan dia menggunakan tiub untuk menyusu sepanjang masa. Sehingga ke hari ini dia masih belum lagi pandai melakukan apa-apa aktiviti seperti kanak-kanak normal yang lain.
Disepanjang tempoh tersebut saya menghadapi masalah kewangan yang amat kritikal dan dalam waktu yang sama anak saya memerlukan pemakanan dan susu yang baik untuk tumbesarannya. Saya juga terpaksa membuat pinjaman dengan ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan ramai lagi bagi menampung keluarga. Kehidupan saya dari sehari ke sehari bertambah sulit dan hutang terlalu banyak sehingga saya tidak tahu sumber mana lagi yang perlu dicari bagi membantu dalam membesarkan anak saya ini. Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Pada tahun 2012 yang lalu doktor telah mengesyorkan untuk anak saya mengguna tiub di perut supaya memudahkan minuman dan makanan terus sampai ke perut. Setelah menggunakan tiub (button) selama 2 bulan didapati telah rosak dan perlu diganti. Pada bulan Jun yang lalu button tersebut telah saya ganti. Baru-baru ini button tersebut telah rosak semula dan perlu diganti lagi. Dugaan demi dugaan mendatang tanpa diduga. Walaubagimanapun saya tetap bersyukur serta redha di atas ujian dan dugaan yang diberi terutama sekali dengan kehadiran cahayamata istimewa dalam kehidupan saya. Namun semuanya harus diharungi walau seberatmana sekalipun ujian yang datang. Senyuman dari Hasif sudah cukup memberikan kekuatan sepenuhnya untuk mengharungi segala cabaran.

Untuk kisah lanjut adik Hasif Ammar sila klik
Hari ini hari mereka, entah bila kita akan diuji...
Moga Hasif Ammar cepat sembuh.
أَسْأَلُ اللهَ العَظِيَم رَبَّ العَرْشِ العَظيم أَنْ يُعَافِيْكَ وَيُشْفِيكَ
Artinya: Aku memohon pada Allah yang menguasai arasy agar memberi kesihatan dan kesembuhan padamu.
.