Wednesday, 23 October 2013

Le' Manah Retreat Janda Baik - PART 2


Seawal 7 pagi, Atok Bak dah keluar bersenam sementara tunggu breakfast siap. Anak, 
cucu serta menantunya pula ada yang pi cycling & jogging keliling kampung.. 
(kot-kot terjumpa janda baik... boleh berbalas-balas whatsApp)
 

ada yg main pingpong...

 main badminton...

 memancing...

 dan bersampan.

sila abaikan datin yg bertenggek atas batu, fokus pd abang baju belang yg 
sedang cuci tangan sambil nyanyi lagu Salim, "engkau bagai air yg jerniiiiih.."

Keunikan pengangkutan bot penambang menjadi tarikan pelancong dari Myanmar.
 
Gigih menimba air keluar untuk keselesaan pelancong demi mencari sesuap nasi.. 

hihihi, abang baju belang jatuh kolam...  
sambil nyanyi dalam hati lagu Justin Bieber... "Fall"

 Breakfast dah siap! Serbu!!
Sarapan nasi lemak dah masuk dalam package, tapi disebabkan kuantitinya terlalu sedikit
(kanak-kanak pun tak lepas) beberap chef terlatih telah mengadakan gerak gempur dengan
menyediakan spagheti goreng, spagheti bolognese lebih semalam, nasi goreng ulam & nasi goreng kampung. 

 Kuih kaswi & apam polka dot pun ada.



Antara orang kuat dapur 
(kuat makan...)
walaupun angin paginya tak berapa sejuk, tetap terasa seperti di Cameron Highland, BEST!


sebelum balik, kami gunakan masa 2 jam sebaik mungkin dengan berendam dalam sungai sepuas-puasnya...


 Hei! ada sebakul lagi la durian Musang King...
mmmm... nyam nyam nyam

kek Despicable Me bawak siap-siap dari KL untuk sambut birthday Hannah sebelum balik.


Kusyuk..
Buai laju laju, Sampai Pokok Sena, 
Apa dalam baju; cuba tanya Yusrina...
Dulu masa kecik, sVs sangat expert main hula hoop ni... 
bukan setakat dekat pinggang... lengan, leher, lutut, siku semua boleh.  
Hari tu try, tak sampai 2 saat gelung tu dah jatuh.... hairan betul.

Cuphea hyssopifolia vs 'Alba' @ False Heather

Heliconia psittacorum 'Dark Red'

Alpinia purpurata @ Red ginger

Osmoxylon lineare @ Miagos Bush

Body Shop adalah hadiah yang sVs dapat kerana menang telematch (sponsored by Mak Su Fiza).  Ko ada?
Manakala acara serbuan, gerak gempur, tarik tudung, sepak terajang & gigit tangan sapa yg sempat... 
sudip dapat perfume, tupperware & botol air. Lumayan bukan. Acara serbuan ni adalah acara 'wajib' 
setiap kali berkumpul adik beradik dan biasanya akan di sponsor oleh Ayah Long.
Siapa cepat dia dapat... best wooo!

Yang penting Hj Ibrahim bin Ali gembira berada di Janda Baik. 
Semoga AtokBak dan kita semua dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan,
kekuatan, hidayah dan kesihatan yang baik untuk terus beribadah dan
sentiasa dibawah lindungan Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.


To everybody yang menjayakan trip ke Janda Baik ni, thank you so much. 
The best ever family trip i've ever had.  
Love u all.








.................................................................................................


Untuk keterangan lanjut mengenai Le' Manah Retreat, boleh ke laman web... 
https://www.facebook.com/Janda.Baik.holiday
 www.le-manah-retreat.com.my
 http://le-manah-retreat.blogspot.com/
atau boleh hubungi terus Puan Ayu 0193218877





.

Thursday, 3 October 2013

Le' Manah Retreat Janda Baik - PART 1

.
 
Kami sekeluarga dah sampai sini  :)
Anda bila lagi?
Sekali lagi Janda Baik jadi destinasi pilihan utk family gathering selepas Saujana Chemperoh. Sampai Le' Manah, Pak Teh & Mak Teh selaku 'caretaker' dah tersenyum lebar utk mulakan breafing... hahaha, just kidding. Tempatnya cantik, luas serta serba lengkap.  Ada badminton court, tennis court, meja ping-pong, bbq pit, kolam ikan, padang, sungai, kolam kanak-kanak dan basikal bagi yg berminat utk keliling kampung.

 tiada aksi tarik rambut utk berebut bilik ok, sebab ada 7buah semuanya.

 Ruang tamu yang sangat luas, siap boleh main galah panjang

Dapur yang lengkap dengan petiais, mesin basuh, gas stove,
peralatan memasak, pinggan mangkuk bla bla bla... Complete.



Pantang nampak kamera...

 
Syarat yg perlu dipatuhi... siapa tak makan, tak boleh mandi pool / sungai

Lunch kami buat pot luck, senang & jimat masa.  Chef Jaw bawak ikan keli goreng 15ekor, sup kaki ayam, terung goreng berlado & daun kayu masak tempoyak.  Chef Alis masak sambal tumis udang petai, asam pedas dgn ape entah. sVs cuma bawak nasi 2periuk & tempe goreng kicap... demam beb, tak larat nak masak. Chef Maria masak sup ayam, sayur campur & her signature dish - ikan bako.

Ikan cencaru, pari, kembung, jenahak, siakap, senohong, gelama, ikan duri... semua dia bakor.
 Amar sponsor durian kampung dr Pahang, D24 & 
Musang King.. baik punya!! Makan 3 ulas dah kenyang.. cisss

 it's finger lickin good... kata Atok Bak

 Bapak sejuk!! 
(bahasa budak sekarang)

 Eeeee... geramnya!! bila la Abid dapat mandi sungai mcm dia org semua ni?!...

 

Seperti biasa, petang ada telematch. 
Kita panaskan badan dulu sebelum mulakan acara.
 



Penyokong A telah mempertikaikan keputusan pengadil dalam acara isi air dalam botol..... bagi buku5 je !

Acara utk ibubapa... ambil jeli guna chopsticks. 
Nampak mcm senang tapi susah wooo.

see... ada yg guna tangan! TIPU!!

 Habis telematch, berendam lagi dan lagi dan lagi..

6.30pm kaum bapa mula setting utk bbq. 
Segala haiwan yg dibakar telah ditaja oleh Maksu Fiza. TQ :)

Hidangan malam tu adalah spaghetti bolognese dari Chef Ayu, 
bbq ayam & daging dgn homemade black pepper sos serta nasi 
dan lauk ikan bakar. Buurrrp... Alhamdulillah atas rezeki yg Allah berikan.
 "Killer" of the night - Soda Lemon Herbs.
Masak air gula dgn serai, 5 asam boi, 3 serai diketuk, 1 botol air soda, 
1/2 tin air longan & isinya, daun pudina, lemon dihiris,air dan ais...
humban semua dalam bekas & godeh-godeh - siap

Sila abaikan baju, tuala, spender & alas kaki yg bergantungan.
Rupa khemah pelarian Rohingya pun ada.. huh

 
Malam tu, kaum adam sibuk tengok bola dan 
kanak-kanak ribena berkumpul main permainan ala-ala jumanji.

Dan inilah dia masterchef yang bertungkus lumus menyediakan hidangan sepanjang hari.




 


To Be Continue... 







.