Friday, 20 December 2013

Sukan Satu Dunia...


Cerita ni dah 6 bulan duduk dalam draf rupanya... ada la dalam 4 ke 5 entry yang masih terperap tak beredit.  
Kekadang hairan camana org lain boleh keluarkan cerita sampai 3 kali 1 hari... 

1st Football Tournament di UPM. 
Menurut Wikipedia, bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia.
 Antara pemain bawah 12 dan 8 tahun dari Akademi  Bolasepak Kelab Nuri, Taman Melawati

  The supporters.
Perasan tak actor Khairli Anwar tu..

 listen, listen, listen...




Boot ke3 sejak budak-budak ni serius dlm bolasepak.  
Yang lain semuanya dah terbarai...



Kalau ada tournament dekat mana-mana, abang taf la yang rajin 'melayan', mak tak kuasa... cair makeup!  
Hari tu joint Kids Football Clinic anjuran PKNS FC, Real Madrid Fundacion & YKK yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.


 Orang ada bolg, kau pun nak berblog... dah jadi perkasam baru nak update.. huh



terselit celah montot la pulak....

celah kelangkang orang pun kau sibuk nak menembak...

masa sekolah dulu selalu gulung stokin mcm tu..

dia selalu tanya... "mama rasa Hazim ni handsome tak?"

"gila tak handsome!!....." 

they showed high sportsmanship in joining this tournament  :)

 1 gol dari Faiz!!



tetiba teringat Senario The Movie bila ternampak air kuning dalam botol...








Gambar kenangan bersamaYB Iskandar Samad, CEO YKK & coach





Firmansyah yang cepat mesra

Dulu nak daftarkan nama dalam Akademi Bola Sepak Kelab Nuri, tapi dia tak nak.   
Q :  Apa sukan yg Firman suka?
A :  Congkak..



pitam!







.

Friday, 6 December 2013

Bundle VS Butik


14 tahun lalu-lalang depan kedai kasut bundle ni setiap kali balik Klang.  
Dari luar nampak suram je... tak terdetik langsung nak singgah.  
Minggu lepas Abang Taf tergerak nak jenguk, sVs tunggu dalam kereta je, 
apa kellllllas (biasalah... hazelnut lupakan kulit).  

5minit 10minit 15minit tunggu... best sangat ke sampai tak keluar dr kedai.
   Tengok kejap la, kot-kot dalam tu ada awek seksi buat servis urut kaki pd pelanggan...

WOW!

Langsung tak ada kasut kemik longgok-longgok..
kemas dan cantik tersusun :)


kalau le sVs ni baru 20 tahun, maunya rembat 5 berlainan warna... huhuhu

crocodile & snakeskin boots.


Majoriti harga kasut dkt sini $100 ke atas, sama taraf dengan butik berjenama.



Tetiba teringat kata-kata;
Don't criticize what you can't understand.  
Don't judge a book by its cover.   
You may miss out on a good story. 

(sambil kutip kulit kacang & gamkan semula pada hazelnut)








WOW!!!

 
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...