Thursday, 20 February 2014

Cameron Highlands



Cerita tahun lepas..
Kali terakhir pergi Cameron Highland ialah 11 tahun lepas. 
Kalau dulu kena pakai baju tebal2 sbb sejuk sangat, 
tapi sekarang ni berkemban depan balcony subuh sapie pun tak terasa.... 
ok tipu.  
 Jom layan.


Singgah kejap Hutan Lipur Lata Iskandar bagi merehatkan sendi kaki 
kanan setelah penat tekan brek kereta.

Sebelum layan bunga dkt MARDI ni, kita makan stoberi coklat dkt sini dulu...
Terbaik!



sebenarnya tak suka bunga pun... 
Bila ternampak bunga ros pink ni, teringat pada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Baju kurung dia banyak warna ni..... memandai je

Jangan lupa singgah sini, Opah Strawberies & Jam's  di Kg. Setia CH.
 Boleh petik sendiri dr pokok - sekilo RM35 je.. kalau tempat lain RM50 ok.

Muffin stoberi ni baru je keluar dari oven, masih berasap dan rasanya sedap nak mampos... tak tipu

Duduk di Country Lodge Hotel Apartment, Brinchang supaya boleh jalan kaki je ke pasar malam.. 
tak perlu harung jem & pening kepala cari parking

japanese sweet potato & jagung kukus

honey comb & strawberi

Belah atas dia susun stoberi besor-besor, bila selak bawah... cenonet je. Tipu!


2nd day ke BOH Tea Centre di Sungai Palas seawal 8.30pagi bagi mengelakkan 
jem dan nak dapatkan tempat duduk paling hujuuuung tu.. nampak tak tu?


tuuuu...

Penat woo menapak naik ke puncak... semput.
Ada mushroom soup-$5.30, coconut tart $ 3.80/pc, chocolate melt $7.00/pc,
 tuna/egg sandwich $6.30/pkt, shortbread $5.30/pkt dll.

Firmansyah ni tekak melayu.. walau dimana jua anda berada, nasi juga yang dicarinya tak kira waktu, 
baik pagi petang siang ataupun malam.  Nasi lemak sambal ikan bilis ni harganya RM4 kau.

Chocolate melt yg tak melt... fail! 
Kalau masuk masterchef, dah lama kau kena singkir.


panas pagi tapi angin sejuk... 

kalau hari-hari dapat breakfast dengan view belakang rumah mcm ni kan nyaman... 
tak de la kena hadap kuali periuk belanga neighbour belakang yang bergantungan
 dgn pe'el berkahak tak kira waktu... poor civic minded, tui! 
Bila la kau nak pindah.

Hijau with fresh air



 Amazingly beautiful
 
Pak Lang & Mak Lang yang BEST!



Kesayangan hamba


antique brass tea rolling table

 
 Hallway entrance to tea store




Nampak tak tempat duduk kayu bawah pokok belah kanan tu?  
11 tahun dulu, di situ la kita orang hirup teh.


Lepas kecut perut turun lereng bukit sempit sambil tekan brek angin, 
kita cuci mata di Cactus Valley dulu sebelum balik ke KL.







Tengahari tu makan nasi wange-wange aka nasi ganja di Jalan Yang Kalsom Ipoh.

Tiba rumah terus stim jagung.  
Hongges jagung tu sambil on aircond paling minima... 
feeling Cameron Highland walaupun belakang rumah periuk belanga bergantungan... huh

untuk budak-budak, + mayo, garam & lada hitam.

sebelum rosak, baik buat strawberry float - blend susu & aiskrim.

bakinya kita celup je coklat.



Tamat.










.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...