Friday, 22 February 2019

The Kasturi Resort, Cherating Pahang


Assalamualaikum :)

The Kasturi.
Office trip (3d2n) headed at east cost luxury resort Cherating, Pahang. The Kasturi Resort
telah direka oleh seorang arkitek tersohor, Ar. Hijjas Kasturi. Bangunan lain yang telah
direka bentuk beliau ialah Bangunan Tabung Haji, Menara Telekom, Menara Maybank, 
Hotel Nikko, Wisma Equity, Menara Lion, Lot 10 Kuala Lumpur, Stadium Shah Alam,
Kelab Darul Ehsan, Menara 4G11 & Pusat Konvensyen Putrajaya, Menara Alor Star 
dan banyak lagi. WOW!

 
Arrival Pavilion Walkway
Disambut dengan staff yang incredibly friendly. Terbaik!

Arrival Pavilion Lounge Area

Lepak sini kejap sambil layan art work di setiap penjuru ruang sementara tunggu proses check in.

   Welcome drink - air limau kasturi
Campak seketul dua asam boi sedap ni, ais kasi lebih

 
Blok batik yang diperbuat dari tembaga bermotifkan batik Malaysia


Sebelum masuk bilik, buggy akan bawa ke Kenyang Restaurant di bangunan utama (Kachapuri Building) 
untuk makan tengahari dulu. Pucuk dicita ulam mendatang,  
macam tau-tau je perut ni sedang ber kiki challenge.
Sambil-sambil tu, staff bertugas akan ceritakan serba sikit tentang The Kasturi ni.

The Kasturi meminimumkan binaan struktur atas tanah dengan membina elevated walkway.
So, tahap kerosakan pada pangkal pokok dapat dikurangkan sepanjang laluan hutan.
So nampak la sikit kelainannya kan..  Brilliant idea.

Mula dengan buah-buahan dulu

Ada budu, chincalok, sambal kicap dan sambal belacan untuk di kawinkan dengan 
ulam-ulaman spt. pucuk ubi, ulam raja, pucuk selasih, jantung pisang, pucuk gajus, 
tenggek burung, tomato dan timun. Peeeeeerrrgghhh!! 

Tu baru ulam-ulaman, belum lauk utama lagi

 Sambal tumis udang petai. Petai beso-beso dan udang saiz L yang sangat fresh. 
Menitik-nitik air liur sambil taip entry ni.

Sotong goreng kunyit - lembut dengan kelaran rambu ramba.
Panjang hokey rambu ramba dia, bukan macam biasa2 tu.
Teknik shimmering setakat 2-3 minit je, baru la dapat texture yang lembut.. kata chef.

Stuffed tofu / Tauhu sumbat dengan kuah kacang

 
Sepanjang 3 hari duduk sini, macam2 makanan ada. 
Kerabu pucuk paku, kerabu mangga, kerabu jantung pisang pun ada.
Rendang daging, daging black pepper, rendang ayam, ikan sweet sour, labu 
masak lemak, asam pedas ikan kembong, ayam goreng berempah, udang masak
 lemak kuning + nenas, tomyam campur, sup ayam, ayam masak kari, itik goyang kaki, 
sambal sotong, sayur campur bla bla bla.
Sila telan air liur.

Rojak buah

kuih muih pun ada

& bubur cha cha sebagai pencuci mulut

1st day lunch buffet @ Kenyang Restaurant, The Kasturi Resort Cherating

2nd day lunch buffet

& 3rd day lunch buffet @ Kenyang Restaurant ,The Kasturi Resort Cherating.
Alhamdulillah
TQ chef :)

Lepas perut buncit sebab kenyang, hati pasti senang kan.
Jom cek bilik pulak. wink wink

Villa Kenanga 4
  2 Bedroom Beach Front Family Villa
Double Storey Villa dengan 2 Bilik Tidur dan 2 Bilik Mandi
Wi-Fi, Flat Screen Smart TV dgn Sound Box
Mini Bar, Coffee & Tea Making Facilities (Tingkat Atas & Bawah)
Verandah Dengan View ke Laut (Atas)
Private Deck & Pool (Bawah)
Private access untuk ke pantai 

 Bahagia kan...
Jealous kan...

Timber path...  suka!

Kemasan dinding dengan susunan natural stone agar nampak lebih mewah

Ada tempayan air untuk cuci kaki sebelum masuk villa. 
Tetiba feeling perempuan melayu terakhir gitew.. spontan bertukar jadi ayu, 
lemah lembut, sopan dan jalan pun dah tak kengkang.

Art work bermotifkan daun dari Rimbun Dahan Arts Centre.
Nampak tak cctv atas tu.. kalau ada tetamu datang, tak perlu keluar. 
Boleh tengok dari monitor skrin dlm bilik je, siap dengan speaker. 
Wow!


Masuk jangan lupa bagi salam :)

Kuak je pintu kayu besar tu ada ruang santai / ruang tamu.  Ada 2 teak wood daybed,
coffee table & permaidani dari kulit / akar pokok. Unik & sangat berat.
Nak junjong bawak balik pun tak larat... ciss

Hujung sana, ada pintu kaca untuk ke bahagian luar.

Welcoming fruit basket.

Lower Bedroom - Simple deco dgn 2 super single bed, cow skin rug, 
console table, walk in wardrobe, bilik mandi, complementary mini bars bla bla bla.  
There is no sharp corner on every furniture in this room waima bucu katil, meja, 
kerusi.. semuanya smooth rounded edges. 
Tak de la menjerit "Tuuuuuuuttt!!" bila jari kelingking kaki tersandung...
Terbaik!
 
Dari dalam bilik, kuak pintu gelangsar kayu, ada pintu kaca.. 
Kuak pintu kaca pulak, agak-agak ada apa?? 
cer teka cer teka....

Ada private pool nyah!!!!
( lompat bintang tinggi tinggi 13 kali)

Tepi sikit nyah, tepi sikit... mak nak terjun tiruk

Jom ngendap master bedroom atas

Lagi art work dari Rimbun Dahan

Another cow skin rug.. kot
Lovely room arrangement
Kalau tau.. mintak kulit dari tukang sembelih lembu masa korban dulu, 
boleh bentang depan tv kat rumah.

Wow! the bathroom is everyone’s dream bathroom.
Tersangat luas. Boleh main hide and seek laki bini.
Belakang cermin tu ada 2 tandas duduk yang dipisahkan dengan dinding. 
Satu untuk engkau satu untuk aku. Nak u'uk tak perlu tunggu turn.

His & Her sinks. Tak perlu o-som siapa nak gosok gigi dulu.

Terasa macam nak beli magic sponge dkt kedai $2, buat sental sinki bowl yg nampak kusam tu. 
Yang lain semuanya superb & awesome.
Cantik menarik tertarik kau memang debomb

 
Kasturi amenities, Tanamera you!!! Tanameraaaa!!!
Korang mesti tak de kan? (sambil libas shawl)

Tetiba teringat lagu Celia Cruz, Guantanamera Guajira Guantanamera....

Walk in closet & mini bar.

Safety box, iron, hair dryer, berus kasut, extra hanger & yang paling best 
ada kayu untuk menggaru kalau badan gatal2.
Tapi kalau ada yang nak menggataaaal, pepah je dengan kayu tu.

 2 mini bars on separate floors. 
Ada tea, chocolate drink, decaf coffee, kettle, coffee maker, keropok ikan sira, 
maruku & kekacang untuk kunyah2 depan tv sambil layan movie yang best2.

Ada sandal, mengkuang tote bag & picnic rug.

Cool beach set. 
Jom sunbathing petang ni.. kasi well done sikit kuit

  Ada verandah di tingkat atas dengan view ke laut

cer bukak pintu tu..

View to Laut Cina Selatan wa cakap luuu!!

Sebelah outdoor pool shower (belah tangga kanan) ada pintu kayu kecil, 
Tu ialah private access untuk ke tepi pantai.
Sementara Abg Taf lawat kawasan, Firmansyah layan pool sensorang tengahari buta.

Outdoor pool shower

Alhamdulillahh, rezeki jangan ditolak.
Manis nak arwah mangga ni. Macam celup dengan air gula.
Pandai Abg Taf potong, senang nak makan. Kalau hari-hari dekat rumah 
macam ni kan bagus.. potong bawang, potong sayur, potong ikan...

Bunyi yang menenangkan... Hhmmmmm
Kalau dekat rumah, asik dengo anjing sebelah memekak je.. stress

Ada 4 buah kerusi beach lounge putih &
dining table di bawah trellis berlantaikan timber deck.

Private pool dengan stone wall. Mewah

Kalau bosan mandi dlm bilik, boleh ke public pool di Kasturi Club House.
- 25meter length pool.


Dlm pukul 5.30pm, jom ke Rimbun Dahan Turtle Hatchery, juga merupakan pemilik 
kepada The Kasturi Resort - architect Hijjas Kasturi’s & isterinya Madam Angela.
 Sedikit breafing ringkas tapi padat oleh Helen selaku petugas di Rimbun Dahan tentang 
asal usul terbentuknya turtle hatchery dan kerja-kerja yang dijalankan di sini. 

Menurut Helen, Madam Angela membuka tempat penetasan ni untuk penyu-penyu 
terancam yang semakin pupus. Petugas di sini akan membeli semula telur penyu 
dari penduduk setempat (kebanyakannya Turtles Hijau, Chelonia Mydas) pada harga 
RM2.50 sebiji dan mengeramkan telur tersebut sehingga menetas lalu dilepaskan 
anak-anak penyu ni ke laut.

 Bermula pada 2014, lebih kurang 5,000 ekor berjaya diselamatkan dan 
jumlahnya meningkat sebanyak 1 ribu pada tahun berikutnya.  Angka tertinggi 
yang dapat diselamatkan ialah sekitar 25,278 biji telur penyu pada tahun 2016. 

(Sumber Facebook Rimbun Dahan Turtle Hatchery)
 
Foto Rimbun Dahan Turtle Hatchery.
 Sure.. No problem :)

Proses ringkas penetasan penyu di Rimbun Dahan.

 Bukan setakat dapat tengok anak penyu menetas, tapi berpeluang jugak melepaskan 
si kecik tak reti duduk diam ni ke laut. Mengeletis je kau ni tau.
Syukur Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga :)


Beautifull moment with turtles is an awesome experience
💙


Comel tak? 
Anak penyu mesti la comel.


 Bila dah lepaskan anak penyu ni ke laut sampai hilang dari pandangan,
 tetiba rasa sayu pulak. Macam hantar anak balik asrama naik bas express, tapi 
tak pasti destinasi bas tu akan ke mana.. entah jumpa lagi ke tidak.
 Sob sob sob

Acara wajib di setiap destinasi - mentari merah di ufuk timur

Alhamdulillah...
Allah beri peluang untuk terus bernafas hingga ke saat ini.
Moga terus diberi ruang dan peluang untuk memperbaiki iman.

”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan” 
 “Maka Nikmat Tuhan-mu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?”

It's coming... it's coming!!

Mama : "..Firmansyah, tangan tu tolong kanan sikit...  sikit lagi.. lagi, lagiiiiii.."

kiri sikit jeeee.. jgn banyak sangat... ish
stay kedudukan selari latitud 40o Barat..
40o bukan 30!!! Ish budak ni...

Firman : Mama niiiiii.. lenguh tau. Mama buat la sendiri...

Ok la ok laaaa...  boleh la tu
Hmmmmm...

 
Jom pi breakfast.. tak yah call buggy, kita jalan kaki je. 
Baru la boleh menikmati pemandangan kanopi hutan,
hayati bunyi-bunyian dan bau-bauan hutan. 
Kononnya la...

Great morning walk sambil bermeditasi dengan alam

Memula ingat nak kedepan sikit, so dapat la nampak mirror effect pada permukaan air laut.
Sekali ada mamat ni duduk belah kiri tengah ambik live video la pulak..
Kang aku pedajal blocking view engkau kang.. kang haaa... baru tau


Bread, butter & cheese - gouda, cheddar & blue cheese

Macam-macam ada..

Kenyang Restoran berkonsep terbuka dengan view ke bahagian penyediaan makanan dan bar. 
Pilih je nak duduk mana.. private space, ruang dalam restoran ber-aircond 
atau kawasan verandah luar dengan panorama laut.

Milk & Juices

Dulu ada orang pernah 'tegur', 
hai.. gambar telur goreng pun nak snap?
gelas sumbing pun nak shoot?
 bola kempis tersadai pun nak ambik gambo jugak ke??
 Abaikan je.. sebab dia tak faham dan dia tak akan faham.

Pernah tak ada orang nak beli gambo yang engko shoot...tak de kan, kan...
So jangan banyak bunyik!
Sebab aku pun tak de... hahaha

Rambut sama hitam, shampoo lain-lain

Beauty is in the eye of the beholder... cewah

Jom nengok, apa breakfast yg ada di Kenyang Restoran sepanjang 2 hari ni..

Smoke salmon

Chicken ham

Roasted beef

Grill sweet potatoes

Grilled fish

Turkey ham

Sauces

Nasi minyak, nasi lemak & mi goreng

  Condiments untuk bubur nasi


Keju

Roti & pastri

Jam & kaya section

Cereal topping

Pau & Shanghai dumpling
Kalau beli dekat luar dumpling tu, maunya $1.20 seketul cenonet.
So, harus la repeat banyak kali. Tak pe.. tak de cctv

Mi Sup Chinese Style - diy


Kuih-muih


Nampak tak omelet tu? Cantik je kejadiannya.
Sorang 1 okey.. apa kes nak kongsi-kongsi. 

Sarapan nasi minyak & ayam masak merah + acar sayur
Ayam dia sangat lembut & berjus. Terbaik!!


Salad

Western breakfast

Uishhhh.... terasa-rasa di tekak

Terbuai-buai ariani satin shawl pasar malam ditiup angin pagi sambil layan gelagat penghuni lain

Asalkan kau bahagia dik...

Penghuni tetap di Kasturi

Alhamdulillah... sepanjang 3d2n duduk sini, jentera backhoe ni duduk diam-diam je tak berbunyi. 
Good.

Hilmi & parents

Orang kuat Eurodesign & wife

 Farhah Lu'Lu' & Ummi 😍

Adik manis berdua ni paksa suruh ambik gambo dia.  
Huh, buat perabih kodak aku je.

Lin & family

Chia Chia & Family

Jom layan gym pulak
Gymnasium with view of the forest

Dia orang ni pantang nampak gym...
Maknya pulak pantang nampak katil. 
Ok bai

Petang pulak berzumba dan beriadah
 Beach Volleyball
(sebelum)

 Selepas kena 'halau' sebab kacau staff nak setting meja.
Hahahahahahaha.. gelak syaiton


Aideel & Inara.

 Antara jelitawan di PAG


Din & family
 Bergambar kenangan dengan Cikgu Zumba.
Dia tapau 8 lagu sekali zassss... ko rasa? Hazab ok! Hahaha...

awesome teacher :)

Realiti dan Fantasi

Malam ni ber bbq tepi pantai sambil tukar-tukar hadiah

Tiap2 malam, ni le suasana nak ke Kenyang Restoran di bangunan Kachapuri.. 
malas nak panggil buggy.
Cantik ke seram?

 Kachapuri Walkway

Beach barbecues table setting.
Admire sungguh dengan kerusi dkt. Kasturi ni. Nampak simple je tapi bila 
duduk bersandar, terasa sangat selesa sebab ada sokongan pada bahagian 
belakang badan untuk jaga posture.
Orang Jawa Johor cakap.. "chair support for better posture".

Chef yang sangat ramah
Sempat la korek rahsia sikit-sikit :)

Semua haiwan yang ada di laut & di darat dipanggangnya
Ada Ikan, Sotong..

Udang..

Ayam, lembu dan kambing..

 

Kentang & jagung bakar..

Mr Nai rambang mata, tak tau nak pilih yang mana satu 
sebab selalunya dia makan roti je.. Hihihihi...

 
Air tembikai pure, tak de campur air & gula.
 (Ari tu sempat skodeng dkt dapur)

Seafood spaghetti bolognese - mewah dengan hidupan laut
Lampu dalam bubu ikan

Pencicah - tepuk dada tanya selera.. ada thai sauce, black pepper sauce, 
mushroom sauce, sour cream dan air asam

Tart Limau Kasturi, sesuai sangat dengan nama tempatnya.
Manisssssssss dan dihujungnya ada rasa pahit2 kulit limau.

Ni pinggan entah yang ke berapa tak ingat.
Duduk sini kerjanya makaaaaaaann je. Breakfast, lunch, tea & dinner.
Tak sempat nak lapar... ciss
Berjela-jela entry kali ni. Sebelum habis, meh layan gambo detailing yang
ada di The Kasturi ni dulu meh..

 
 Art work dari Rimbun Dahan Arts Centre.
Agak-agak kalau tunggul pokok pelam depan rumah tu diukir macam ni ok tak?
Tak de la bosan sangat kan..

Lancar / Beca roda tiga / Tricycle / Trishaw

 Syantik syangat
 
Bila pagi kerjanya sebagai 'Wall Deco' malam pulak jadi 'Wall Light'
Cari duit lebih, janji halal


Day & night
 
 Wall of lights @ Kachapuri main building.
Memula seram gak nak shoot area ni sebab gelap sangat. 
Lepas picit punat, terus lari lintang pukang, mujur ada yang tak mengikut

 Apa ek nama pokok ni.. alahai lupa la pulak
Eleh, macam la selalu hafal nama pokok... Peeeeerah
(Eugenia claviflora Roxburgh agaknya)
Anyone?

 “Character is like a tree and reputation like a shadow.
 The shadow is what we think it is and the tree is the real thing".


Abraham Lincoln

"Watak adalah seperti pokok dan reputasi seperti bayang-bayang.
  Bayang itu adalah apa yang kita fikir dan pokok itu adalah perkara yang sebenar ".


 Forest path.
 Laluan yang sentiasa bersih. Pagi-pagi lagi pekerja dah bersihkan guna leaf blower.

 
The Kasturi ni pernah masuk magazine Architecture Malaysia (AM), Issue 6, 2017.

Kalau pi memana, sVs tak pernah lupa isi form customer satisfaction survey dari pihak 
hotel atau homestay tentang pengalaman menginap di tempat mereka. 
Tapiiiiii... ni le kali PERTAMA diulangi... FIRST TIME, feedback tu di balas sendiri oleh 
 co-founder of Rimbun Dahan Arts Centre iaitu isteri kepada Ar. Hijjas Kasturi,  
pemilik The Kasturi Resort Cherating - Angela Hijjas melalui email.  

Teruja kaw!! Macam tak percaya 😮. 
Rasa macam pegawai JPJ baru je hulur surat lulus ujian memandu, dalam kereta nissan 
buruk yang gearnya ketat nak kojol bila masuk parking reverse 30 minit lepas. 
Senyum lebar sampai ke tengkuk.


Ayat paling berhantu yang buat sVs tidur tak kenyang ialah...
" I had a look at your blog but couldn't find The Kasturi!
I do hope you will put us up there as well! "

My pleasure 💋


 

Our stay was perfect for what we were loking for - nature, forest, beach, 
privacy & luxury. Thank you for the Kasturi team for making us feel special 
and giving us a good service.



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Moga dapat duduk free diskaun lepas ni.
  💗




Wassalam :)
 







The Kasturi Resort

KM 32.5, Jalan Kuantan,

Kemaman, 26080 Cherating,

Pahang, Malaysia

+609-582 5000

Coordinaes (GPS: N 04°09.695’ E 103°24.567’)


...