Wednesday, 23 October 2019

Wednesday, 24 July 2019

Rezeki Dari Allah


Assalamualaikum :)

Hamka berkata ...

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 

Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 

Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 

Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.

Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.

Kongsi keberkatan rezeki   ;)

.

Friday, 5 July 2019

Stay Strong



 Assalamualaikum :)

Sunsets are proof that no matter how bad & how hard your day is, 
it can end beautifully.

Enjoy the sunset & look forward for the next sunrise :) 
Everything will be fine soon.


It's Friday, penghulu segala hari. 
Alhamdulillah :) 






.

Monday, 24 June 2019

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum :)

 Bila ubi kentang dah mula bertunas...

 lobak merah dah tumbuh pucuk...

 dan bawang dah berakar & berdaun.
Itu tandanya....


Bakar lemang letih menunggu,
Untuk hidangan waktu berbuka,
Dapur tak berasap dah 3 minggu;
Penuhi undangan Rumah Terbuka.

Alhamdulillah, jimat duit gas bulan ni.
Lalalala


Selamat Hari Raya!






 .

Friday, 17 May 2019

Masak Dari Hati Masak With Iman



Assalamualaikum :)

 Ari tu rasa macam malas nak masak untuk berbuka, so..
Ehhh, jap jap.. bukan hari-hari ko memang malas masak ke?
Errrr.. errrrrr..

So Abg Taf pon pi kayuh laju-laju beskal lajak ke USJ 4, 
nak suruh Chef Ammar masakkan utk kita orang. 
Chef kata no problem.

Chef masakkan Nasi Mandy, Telur Saffron, Lamb Shank & Ayam Kabsah

Teruja hokey bila tengok telur saffron omega plus warna oren kemerah-merahan macam tu.
Cer bayangkan bila gigi kapak terbenam dalam kekenyalan telur saffron tu...
Peeerrrrgh!! Ngences jap.

 
Lamb shank yang super tender & flavorful.
Chef guna kambing umur 16-18 bulan & masak dlm 3jam 30 minit katanya.
Lepas makan, nak cuci pinggan pun sangat sangat sangat senang.. 
langsung tak berminyak & berlemak. Tak tipu.
Terbaik.

Chef Ammar sendiri yg packing utk pelanggan. 
Sambil sendok nasi, sambil berborak macam sedara yang dah lama tak jumpa.
Superemely humble and very friendly.
Patut la berderet orang beratur, melayan dia berbual rupanya 
sambil lambung-lambung telur ayam.

 
Alhamdulillah, menepati citarasa.
Rambut sama hitam, selera lain-lain ya.
 Bagi yang teringin nak merasa air tangan Chef Ammar, 
diucapkan SELAMAT BERATUR PANJANG, hahahaha

 Masak dari Hati Masak with Iman.
MasyaAllah.






.

Monday, 29 April 2019

Lambaian Kuih Raya

Assalamualaikum :)

Sebelum masuk Ramadhan, meh sini nak update laju-laju gambo kuih.
Semuanya cerita semalam, fresh from oven.
Nak tertanggal rasanya sendi lutut nak mengkabiskan baking.
 
Potong buah ceri... antara tugasan paling menyampah masa kecik-kecik dulu.
Time puasa pulak tu. Kan senang kalau sebijik ceri untuk sebijik biskut.

Quaker Oat Cookies
Biskut wajib arwah mak setiap kali raya, rugi kalau tak warisi.
Rupa ala kadar je... mcm budak dulu2 lepas mandi petang. 
Tepek bedak cuticura kat muka, kira dah gojes habis la time tu.
Tapi rasa dia... peergh!! Frambozen Kenari, Rainbow Cookies atau 
Nutella Pod semua tu dia langgar.
Rambut sama hitam, selera lain-lain :) 
 
Zaman pakai seluar katok dulu, mana pandai sebut 'quaker oat', 
so kita org sebut 'koko ot' je. Berbeza dengan budak2 zaman sekarang... 
selamba je sebut 'esquamulose' atau 'scherenschnitte', 
siap boleh eja & bagi definasi lagi.

 
Corn Flakes Cookies

 Red Velvet Cookies
 
Black Beauty Cookies

 
Bila saka Chef Nigella Lawson bersatu dalam tubuh, macam-macam nak baking.
Meh godak bahan utk Kek Pandan Gula Melaka yang viral tu.

 
 Kacau kacau kacau, tepek tepek tepek

 Putar, Tabur, Renjis... Siap

 Swirl deco untuk dijual...

 untuk makan sendiri, tak perlu deco ye ye or

Alhamdulillah, laku keras

Last but not least,
 Beef Lasagna untuk bekal anak2 balik asrama.








Syukur Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.

Selamat Berpuasa :)








.



Thursday, 11 April 2019

La Tahzan

 


Kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali. 
Hamba yang meninggal itu juga milik Allah dan ia kembali kepada Nya. 
Yang pergi mendahului kita kerana gilirannya sudah sampai 
bertemu Al Khaliq dan kita yang masih bernafas ini InsyaAllah 
akan menyusul kemudian.







 
 
 

Hanya Tinggal Kenangan


Apabila seorang yang beriman itu redha dan sabar terhadap 
orang yang dikasihi meninggal dunia, maka tidak ada lain 
yang orang sabar itu terima melainkan pahala syurga.

Dari hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra,
Rasulullah bersabda; Allah Ta'ala berfirman:
Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKu yang mukmin,
jika Aku mengambil kekasihnya di dunia,
kemudian dia redha dan berserah kepadaKu, melainkan syurga (balasannya)".



Masih ramai yang sayangkan Khairul, percayalah... 






:)

Monday, 8 April 2019

Friday, 8 March 2019

Homestay Rumah Liza, Pedas Negeri Sembilan


Assalamualaikum :)

Family day Haji Ibrahim Clan di Homestay Rumah Liza, Pedas Negeri Sembilan.
Kali ni kita orang cari suasana kampung pulak.
Dikelilingi dengan pokok buah-buahan & binatang ternakan.


Green.

Rumah Liza ni penuh dengan pokok buah spt pokok kelapa, 
ciku, durian, rambutan,  manggis, jambu botol, pelam, belimbing buluh, 
nona, pokok petai dan jering. Lengkuas, serai, kunyit, lemon, limau
kasturi & cili padi pun ada gak. Sedihnya waktu tu bukan musim.
So cuma ada buah kelapa, ciku, jering dan putik rambutan je.

 Reka bentuk Homestay Rumah Liza ni bercirikan rumah Minangkabau.


Atok Bak dah tunggu tu... moh le kita masuk.
Semekom...


 Cantik tangganya, sesuai utk port membawang berzikir petang-petang.
 Ada 6 anak tangga semuanya sebab tuan rumah ni ada 6 orang anak.
 Nampak... setiap kejadian tu ada bersebab. Bukan hentam keromo je.

 Verandah
Best duduk sini sebab banyak angin.
Pooooooottttt... oops

Ruang tamu yang luas. 
Malam ni bergelimpangan la rakyat jelata kekenyangan di ruang ni.

Day bed di bahagian Rumah Tengah.
Belah kiri tu ada bilik tidur dengan katil queen size dan gerobok pesen lama.

 Turun tangga je ada ruang menonton, bilik air, bilik stor simpan bantal selimut, 
ruang makan, mini perpustakaan dan dapur.


Suka dapur yang penuh dengan pencahayaan macam ni. Angin pun bebas keluar masuk.
Angin?...  tahan-tahan...


Rak pinggan mangkuk.


Teringat rumah atok dulu-dulu. Selalu bayangkan tangan jerangkong keluar 
celah ruang ambin kayu tu. Tak pun ada mata merah tengah mengendap dan perati, 
sapa la yang rajin sangat basuh pinggan malam-malam. Nak buat bini la tu.

Keluar pintu dapur je ada lagi ruang untuk melepak. Kat sini lagi banyak angin... best.
Poooooootttt... 

Depan sana tu ada ruang bbq dan 2 outdoor toilet yang sangat cantik dan bersih.
Sambil-sambil tu kita buat lawatan tapak.

 Atok Bak suka la kalau jumpa pokok-pokok ni... terapi katanya.

Citrus limon - Lemon
 
 Manikara zapota - Ciku

Sapa yang rajin boleh jogging keliling kampung. Balik, bawak aiskrim 1 plastik.
Pukul 6 kita start bbq ok.

 Family bonding 
Sepupu sepapat

Senyum...

Disebabkan semuanya teruja akan kesedapan bbq pada malam tu, 
maka sekeping gambo pun tak sempat nak snap. Pandai.
Tak pe... kita ganti dengan gambo breakfast yang tak kurang hebatnya.

Kehebatan chef-chef di Haji Ibrahim Clan memang tak dapat disangkal lagi. 
Let the picture speak..

Suasana sunyi seketika kerana mereka semua sedang menikmati kelazatan sarapan 
pagi yang penuh dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Subuh sapie sempat lagi tumbuk sambal belacan berulamkan 
timun dan kacang panjang. Ko mampu?

Di sebalik tabir.
Jejari kentang sira tu kena bagi volume sikit, tak de la leper 
terlepek atas pinggan je. Kuis sikit ke atas... 

Lepas bersarapan dengan menu yang mengikut piawaian piramid makanan, kita 
jalan-jalan Ladang Haji Budin pulak. Betul-betul depan homestay ni ada ladang 
ternakan kambing bebiri & lembu baka baik punya..

 Oooo... En Kamaruzaman bin Haji Budin outstation hari ni..

 Hai awak...
Bersih je kandang dia.

Nak bertanya pun tuan tanah tak ada. Ingat nak la beli kambing dalam 3 ke 4 ekor. 
Buat main-main dekat rumah. Tak pe la.. kita jengah kejap sedara dalam tu.
Embeekkkk...

Kecik-kecik dulu, selalu kena kejo dgn angsa, sampai hilang selipor. Siap ko kali ni...

 Goat and sheep breeds

 Cattle breeds
 Kalau masuk kedai steak, biasa jumpa daging Angus dengan Wagyu.
Bila tengok harganya.. terus seret keluar Abg Taf cepat-cepat. Ngeri. 
Patot la sedap dagingnya, cair di mulut dan di poket.
 Layan sekali sekala boleh la.

 Encik Kamaruzaman bin Haji Budin ni pernah menerima Anugerah Peladang Jaya di Hari Peladang, 
Penternak dan Nelayan Kebangsaan (PPNK) 2006.

".. Jangan rasa jijik bergelumang dengan najis haiwan untuk menjadi saudagar 
lembu, kambing bebiri dan apabila telah berjaya peroleh pendapatan lumayan, 
hindari rasa bermegah diri sehingga melupakan kewajipan berzakat dan 
tanggung jawab sosial lain.." kata Encik Kamaruzaman bin Haji Budin. 


Mana la marka aku tak sampai-sampai lagi ni...

 
Lepas subuh tadi katanya nak ke laut... Kat sini rupanya dia berendut, cheh

Ni lagi sorang, nak pergi petik pucuk ubi konon...


Uncle Don nak kait buah jering / jengkol


Pagi tu, kita buat telematch bertemakan 'Suasana Kampung'.
So kena la pakai kain pelikat dan kain batik :)

 Acara 'Balingan Kasih' untuk kanak-kanak


Yang ni untuk mak bapak pulak

Over kan...
Budak-budak tadi main relak je.

 Abang kita ni macam dah biasa je sambut pinggan mangkuk terbang dalam rumah... hihihi

 Uishhh, jurus angin tahap dewataraya laaa..

Apa-apa hal kita gelakkan dulu ramai-ramai. 
Dah puas gelak, baru kita tolong... lalalala

Game kedua, 'Mencari Ibu Hilang'

Dik, jangan nangis dik... cuba cari betul-betul :(

Acara seterusnya - 'Berpisah Tiada'
Kena pisahkan diri tanpa membuka ikatan tali. Nampak macam senang, tapi!!!!!

 Jom tengok gelagat masing-masing... hihihi


 Lalu celah kelangkang pon ada... hahahaha

Ni lagi sorang, agak-agak siapa tiru siapa?

Termenong kejap sementara tunggu idea sampai..

 Huhuhu, makin terpintal ada laaa...

Jangan tiru aksi ini, 18SX... ish ish ish

Ampun bang... ampun. Saya janji tak beli handbag lagi...

 Adoiii! susahnya... main PUBG pun tak susah macam ni

Relax bro, kita google je.. sure kita menang kali ni, hahaha


Abang ganteng, kakak gojes, adik-adik kiut semua... meh sini meh. 
Sila rujuk pada bijak pandai sahaja. Sebelum tu sila kutip sorang singgit.
Memula masuk celah ni.. pas tu konar kiri.. yg kanan selok belah atas pulak.
Sila bagi tumpuan ya kerana wang anda tidak akan dikembalikan.

Habis je telematch, seperti biasa ada cabutan bertuah tajaan Ayah Long.
Ada 3 kategori semuanya - untuk kanak-kanak, ibu-ibu & bapak-bapak. 
Moga Ayah Long diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.. Aamiin.

Woi! wooii!! sini pandang camera woi...
Bolayan. Nampak sangat semuanya materialistik... cit

Muka ada sinyum..

 Bukan calang-calang hadiah, Fantasy Britney Spears set hokey...

Penuh 2 bag... Rezeki masing-masing


 Atok Bak awal-awal dah dapat hadiah. Lengkap sepersalinan serba berdiri.


Lepas ni nak hadiah tiara pulak katanya...
nak warna pink
Wow!!


Bersyukurlah atas nikmat yang dikurniakan selagi kita bernyawa. Apabila bersyukur, 
Allah SWT akan melimpahkan pelbagai nikmat kepada kita dalam pelbagai bentuk.

2 family tak dapat join trip kali ni (Adi & Ana)

 Antara anak perempuan Atok Bak.
Sila bagi pose paling jelita yg korang mampu..

Free style pulak... tajuknya, Bila Izrail Datang Memanggil
Hahahaha..

Adab dan kelakuan mempunyai pengaruh besar dalam membentuk 
perwatakan seseorang. Patut la semuanya nampak sopan je.


Ok, bai.








Homestay Rumah Liza
Kampung Gaing, 
71400 Pedas, Negeri Sembilan


2°37'22.9"N 102°03'41.5"E
 
www.homestayrumahliza.blogspot.com


.