Wednesday, 9 December 2009

Langkawi Day 1 - LIMA


Just got back home from a long 5d4n vacation to Langkawi.  Plan since September + alhamdulillah t'makbul jugak akhirnya nak tengok live International Maritime and Aerospace 2009.  Mcm bes je bunyinya...  mmg bes pun! BEST sangat-sangat!!

Flight ke Langkawi Friday 4th Dec, 7.30pm.  Duduk rumah Uji/Mazwin dkt Pantai Kok, save budget $ hotel beb..  Lepas makan-makan, borak-borak, terus tidur..  Tapi mlm tu tak leh nak tidur, kaki dah basuh, doa tido dah repeat byk kali, tu tak termasuk 3 Kul lagi.. maunya khatam Quran malam tu jugak tapi still tak ngantuk & serba tak kena, sungguh mendebarkan tapi tak le seram, satu perasaan supernatural yg tak leh nak digambarkan.. mcm ada yg tak kena, kenapa ek? Berpeluh2 malam tu walaupun kipas dah mcm helicopter nuri nak terhempas.. apasal ni....  mungkin sbb excited nak mulakan hari esok kot! hehehe.. Serious, tak tipuuuu........ zzzzzzz

5th Dec. last day LIMA open for public.  Pepagi pi ambik kereta sewa, mintak Iswara tapi dapat Kelisa! takpe, janji selesa (nak sedapkan hati). Fokus utama nak pi tengok pameran Maritim di Awana Porto Malai Ali, nak tengok kapal selam tapi tak kesampaian sbb terlambat atas sbb2 t'tentu.  Show kapal2 lain sempat le.  Antaranya demonstrasi menyelamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menawan lanun, penyeludupan di perairan negara.  Lagi.... demo bot Penggalang dgn kuasa waterjet propulsion buatan M'sia  mampu m'capai kelajuan hingga 40knot sejam & bole b'pusing 360 darjah!  Mcm-mcm lagi le demo yg dia tunjuk...  tak reti nak cerita tapi mmg happening & best sesangat!  Lagi... persembahan dari pesawat amfibia (ingatkan binatang je amfibia) yg b'kemampuan mendarat atas air, menyedut dan menyiram air ke atas 'sasaran'.  Lepas tu semua b'tempiaran lari selamatkan diri dari percikan air/mist tu.. hehe pesawat pun pandai buat lawak... .suka suka.

Lepas lunch, pi pecut ke Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), largest & most prestigious exhibition and convention venues di utara Semenanjung. Mcm gah je bunyi nye kan.. Punyalah ramai umat Nabi Muhammad dkt situ!  Teruja sesangat dgn bunyi jet2 tu semua, bingit tapi 'BEST'!! Teringat kecik2 dulu, pantang helikopter terbang rendah, maunye b'lari keluar sambil jerit.." Helikopteeeeerr.... Tungguuuuu!!!.." sambil terloncat2  & lambai 2 tangan tengah panas mcm org gile... Dkt sini pun terloncat2 jugak tapi dlm hati je sbb mcm-mcm Jet Fighter ada, siap keluar-keluar api lagi! mcm lukisan Faiz/Hazim darjah 1. Kira imaginasi dia tu betul rupanye.... Bukan setakat tengok je... nak sentuh, peluk & cium pun bole wa cakap lu!!! mana le tak teruja!! rasa mcm nak beratur sebaris anak beranak buat Mexican Wave... Tetiba je rasa mcm nak isi borang joint TUDM.







Habis show, lepak jap dkt Pantai Kok sambil makan rojak petis, laksa, pasemboq, mi rebus dan bergelen2 air cincau & pres oren. Kembang kempis hidung masing2 minum air coz teramat-amatlah haus menahan dahaga tadi. Terasa sejuk & segar je air lalu celah kerongkong lalu menyusup ke seluruh urat saraf hingga ke akar umbi... oohhh, syurgaaaaa...   Balik, tapau lagi 4 bungkus mi rebus yg superb.. bagi mengelakkan terjadinya pembakaran terbuka kat dapur mlm ni....  Rasa mcm nak tapau gak pres oren 3balang, tapi mcm tak logik je...
Ni le tempat faberet setiap ptg sepanjang berada di Langkawi sambil Faiz & Hazim m'bincangkan topik semasa berlatar belakangkan Telaga Harbour.


Kesimpulannya..... Satu hari yg happening giler di Pulau Langkawi, serius ..



No comments:

Post a Comment

...