Monday, 24 May 2010

Ulu Yam Lagi...


Sempena menyambut Hari Wesak minggu depan, sekali lagi PAG buat picnic dkt Ulu Yam, tpt yg sama esok (22.5.2010). Tahun lepas pun time Wesak gak.. ape la nak jadi opis mama ni..bawak2 le b'tobat.

Tugasan utk kali ni.. Mem Beso - Ayam halal 5ekor siap merinade baek punya,  nasi putih & sambal kentang. Puan Sri -  peralatan BBQ, keropok & air asam. PA Mem - Air sirap oren & nasi impit kuah kacang. Awek Cun - Jagung 30bj, homemade rojak buah resepi Tok Teh. Wan MF - udang saiz beso 3 kilo & roti canai 15kpg. Bos-Bos - buah-buahan,  Din, - Nasi lemak & mee 30 bungkus, Yana - triffel, Wong & Kelvin - jajan for kids.  Kali ni plate, cup, folk & spoon tak mendapat tajaan dr mana2 pihak.


(nengok jari Firman) Bayaran $2 utk dewasa & sewa 2 pondok ($15 each), satu utk letak segala jenis makanan & satu lagi utk gosip2. Kat situ parking, kat situ gak berkhemah.. best kan.. tak yah menapak naik turun bukit, cuma kali ni air dia nampak lebih cetek, kenapa ek..


   and the menu's are.........



.

Friday, 21 May 2010

Sabotaj!



Confirm! Mesti ada yg dengki tak leh nengok mama senang. Kalau bukan org dlm rumah ni.. mesti neighbour sebelah, tak pun org depan tu. Mama tak penah kacau pon dia org.. Kita parking kat luar, dia org pun parking jugak. Kita potong pokok depan rumah (tinggalkan tunggul sbg kenangan), dia pon ikut potong gak. Kita gi shoping pun dia tiru. Tapi tu semua mama tak kisah.. yg jadi masalahnya, kenapa dia nak sabotaj.. Kenapa??!! Apa dosa mama?!!


Macam2 dah try. Mama dah buat semua yg dia tak nak. Sanggup duduk opis waktu lunch ngadap game paperwork semata2 nak elak dr terjerumus sama member lain. Sanggup jalan tunduk kejam mata rapat-rapat bila terpaksa lalu depan kedai yg sewaktu dengannya.  Sanggup naik gerek sey 2.2km selama 12min dgn kehilangan 100kalori,sit-up tiap2 pagi.   Tak kesian ke? Jawab!


Kalau tiap2 ari mama join abah, sapa nak suapkan dinner korang? Sape nak cebok yak & buat air lo Fiman? Sape nak cek homework, exercise, tajwid mim mati jumpa nun? sape nak jerit dlm kelas vokal? Sape? sapeeeeee???!!



Mama tak kira.. ari ni jugak nak makan 2 ketul ayam yg ada lada itam , beserta  kentang berbaji yg ada cis bedebah saiz beso!.. apa nak jadi, jadilah! Tu la, sapa suruh sabotaj... Padan muka!!

Dialog P.Ramlee (Seniman Bujang Lapok) : Amboi! sikit punya marah kawan tu...




Thursday, 20 May 2010

Sel Otak...



Ari tu, Firman nengok iklan susu Anmum Essential, ..."sel otak berhubung antara satu sama lain"... Tiba2..

Firman     : Mama! mama! (bunyi mcm serius sesangat) otak Fiman dah ilang! (pegang kepala-mata beso)
Awek Cun : Haa?!! Pegi baca buku cepat! (Layan je laaa..)
Firman     : (ambik buku terus kaler gambo transformers laju2) .... (1minit... 3minit.. 7minit...)
Firman     :  Ok.. otak Fiman dah ada (terus campak buku bawah sofa)
Awek Cun :  Chesss..

Jadiiii...sebelum sel otak korang semua hilang, meh sini uji minda kejap... baca cepat-cepat


Apa laaa, tu pun gagap..


.

Thursday, 13 May 2010

Good Old Days


Zaman mama kecik2 dulu, ni le antara permainan yg best sangat. Kalau time main, mmg main betul2, heaven beb.. Dulu time weekends mana ada gi shopping mcm skrg. Harap balik Kg Pontian / Mampan je la...

1. Ram Ram Rep
Just a simpla game, main kejar2 je. Tapi sebelum tu semua jari kena letak dkt 1 tapak tangan sambil nyanyi Ram Ram Rep, Anak Udang Kena Sepit, Nak Kawin Tak de Duit, Cari Bini Atas Bukit, Motokar Pancit, Pak Ali Terkencit... Ram Rep!  Tangan sapa yg kena sepit, dia la yg jadi. Sapa yg jadi kena kejo org lain, so sapa2 yg stamina tak brp. kuat, cepat2 le cangkung kalau takut kena cuit. Bila kena kejo tu.. terjerit2 & lari mcm nak mampos. Bes sangat!
 

2. Lempar Tin (Versi Kg Merdeka)
Ni le game paling happening-Satu Kg Merdeka join beb! Tak kira umur, antara org yg mama ingat Anak Wak Darus - Icong, Kapit, Din, Ijot, Lili, Izam. Anak Mak SIah - Abg Mamat, Fadil, Pozan, Pairus, Apis. Anak Atok Bak - Ayah Long, Cik Ayu, Cik Alis, Mama. Anak Mak CT- Kak G, Kuraptah. Cucu Arwah Tok Non - Zul...  Shukor and many more!

Semua b'kumpul dkt depan jalan rumah Atok Bak (sekarang), 1orang kena baling tin kemek yg b'isi batu ke hujung jalan. Biasanya tin tu akan jatuh dkt depan rumah Wak Darus (depends pd kekuatan org yg baling). Pas tu sapa yg jadi dia kena ambik tin tu manakala yg lain pi sembunyi. Sambil cari mangsa, tin tu kena digoncang biar  bunyi dia tu buat tambah berdebar & parkinson org yg sembunyi... hehehe.  Sape yang pernah main tahulaa..


3. Sembunyi Ibu
Main ni pun senang. Sapa jadi kena tutup mata & tangkup muka kat dinding / tiang sambil kira 1 sampai 20, ada unsur-unsur matematik.. bagus ni. Yg lain kena sembunyi.  Sapa yg jadi tadi kena cari org yg sembunyi tu sampai dapat dan nak kene jaga gak territory aka IBU aka tiang tadi.. Sapa yg dapat cuit tiang tadi kena sebut IBU! & dia dikira selamat.  Kalau tak sebut  IBU  dikira fault.. entah hape hape entah. Kalau yg sembunyi tadi dapat dijumpai, dialah yg 'jadi.' Faham? tak faham sudah..Tapi selalu kena marah kalau main ni petang dah nak maghrib / malam, nanti kena nyorok dengan Hantu Kopek... betuk ke? Let's imagine....


4. Zeropoen
Biasanya budak pompuan yang main benda ni.. getah tempe diikat jadi panjang ala-ala sedepa,lagi panjang lagi bagus. Bes kalau dapat main 3 orang, tapi kalau tak cukup forum, ikat dkt tiang/kerusi pun jadi. Mula2 lompat paras buku lali, pas tu lutut, pinggang, bahu, kepala dan akhir sekali paras 1 jengkal atas kepala. Perasan tak semua peringkat2 tu ada kaitan dgn sendi.. ni dah masuk bab biologi ni!  Kat sekolah, time – time rehat tu padat  corridor kelas dgn ahli jimnastik, masing2 tunjuk bakat. Time timbang yg paling bes - penuh dgn gaya, mutu, keunggulan. Fuh! terer betulla mama masa tu, cuba suruh buat balik sekarang, ada yg merangkak naik tangga kang. 


5.  Teng-Teng
Ni pun mainan budak pompuan, lukis petak-petak kat lantai pakai kapur tulis. Lantai rumah dulu tak mcm lantai skrg, kat situlah nak mencurakan idea selain drp dinding. Pemilihan gundu sgt penting bagi m'elakkan ia tergolek keluar bila campak dlm petak nnti. Bila lompat dlm petak tu, kaki tak leh kena garisan, kalau tak dikira mati. Bila gundu dah complete masuk dlm semua petak, baru bole naik 'Haji'. Tak yah susah2 buat visa bagai kan. Lepas haji baru la dapat buat rumah. Masa tu lah 'rumah' akan dihias cantik secantik tuannya. ahaks..




Batu Selemban, Congkak (korek tanah okey), Guli, Ibu Ayam??!, Datok Harimau, Galah , Roundes, Pondok-pondok (wajib), Bang Selebu, Sepak Yem (bukan Atok Bak), Anak Patung Kertas (Imaginasi kena kuat), Tangkap Berudu, Ceper, Tarik Upih, Game N Watch hehe and many more..

Tapiiii.. dlm banyak2 mainan paling bes di dunia fana ni, benda ni le yg paling banyak nostalgianya.. basikal chopper maroon & kasut roda biru muda... tak penah kenal erti sakit.
 
       BES IN DE WEL!!



Sunday, 9 May 2010

Selamat Hari Ibu...


 
SELAMAT HARI IBU, MAMA!! HARI NI KITA SEMUA JANJI TAK NAK BUAT MAMA MARAH... KITA NAK BUAT KAD UNTUK MAMA, MAMA JANGAN TENGOK TAU! MAMA MASAK SEDAP2 UTK KITA.  HARI NI KAN HARI IBU...
                
 !!??*%$##!!??



FIRMANSYAH

FAIZUDDIN


...TEARS DROPPED WHEN I READ THIS...

HAZIMUDDIN




Thursday, 6 May 2010

Hafal Sifir Cepat!


Teringat dulu masa sekolah rendah (dlm darjah 2/3). Lepas jemaah maghrib ngan Atok Bak, terus kena hafal sifir. Homework dah siap sbb lepas balik sekolah agama, gi ngaji rumah Mak Siah, balik terus buat. Waktu ni le paling tak bes,  meja makan tu penuh, semua 'rajin' belajar. Kusyuk & tawaduk sambil di monitor oleh menantu Ketua Kampung Rambah Pontian, poskod 82000.

Rotan panjang nipis kurang sedepa jadi tambah b'debo.  Camanalah nak hafal sifir 2 dlm keadaan takut cam tu. Tu blm lagi kena sergah, habis berterabo nombo bersepah-sepah. Air mata berjurai-jurai skali ngan ingus tak yah cerita la. Mama je yg tau camana 'azab'nya waktu tu.. Padahal bukannya susah pun sifir 2. Cuba tanya skrg 6x2 berapa... sambil ngigau pun mama bole jawab.

La ni, jangkit kat Hazim lak, cuma bezanya rotan tu agak tebal dari sebelumnya. Ari tu ada salesman promote buku Bijak Sifir sambil buat sikit presentation kat sekolah.  Dari cerita Faiz mcm menarik je, so 'banker' bagi $ & isi borang utk  beli esok.  Esoknya Faiz pi, salesman tu sambil nyanyi2 bungkus barang nak balik - buku habis dijual!! Wah! lakunya mcm VCD cetak rompak!! Dah le buku tu tak jual kat kedai (dia cakap laa..) nampaknya terpaksalah korang hafal mcm mama buat 30 tahun dulu.. 30?? bukan ke 15 tahun dulu?

Demi nak tengok anak2 berjaya, mama gigihkan jugak cari.  Akhirnya JUMPA!! dekat sini. Tapi sifir 2 tak jumpa la.. ala senang je, kita start dr Sifir 3 ok..  Meh sini mama ajo.


Dah siap dah Sifir 3, senang kan...

Sifir 4 tak de la pulak.. Tak pe, nnti mama kerah keringat dan tulang 4 kerat utk cari lagi.  Tapi kalau lepas ni korang tak hafal gak... Mama kerat2 kuku korang.. Faham?! Disebabkan sifir 5senang sangat, maka kita terus ke Sifir 6.. stuju?



 Mr. Bean kan..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SIFIR 6,7,8 & 9
 

Ha! dah jumpa!!  kat sinun lagi complete. Kena baca Step By Step... Ooh bebeh ..Gonna get to you giiiiirl.. (Budak Baru di Atas Sekatan)

Yg teknik baru ni sesuai utk Sifir 6,7,8 & 9.  Tapi sifir 9 kan dah tau pakai jari kan.. 

Cara Kiraan Asas 10
Mari kita mulakan dengan contoh Kaedah 2 Mudah Sifir Nombor Asas 10 dengan contoh 6 x 7

Ada 5 langkah yang harus diuruskan terlebih dahulu sebelum mendapat jawapan sifir 6 x 7.

Langkah 1


Tulis 6 x 7 dan buat dua bulatan di bawah nombo
r 6 dan nombor 7 seperti ditunjukkan di bawah :-
Langkah 2

Soalan yang harus ditanya adalah seperti berik
ut :-

a. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor
6 untuk mendapatkan nombor 10 ?

Jawapannya adalah 4. Jadi kita tulis nombor 4 dalam bulatan dibawah nombor 6.

b. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor 7 untuk mendapatkan nombor 10 ?

Jawapannya adalah 3. Jadi kita tulis nombor 3 dalam bulatan di bawah nombor 7

Langkah 3
Buat "subtraction" secara menyilang samada 7 - 4 atau 6 - 3 yang mana kedua-dua "subtraction" akan memberi jawapan yang tetap sama iaitu 3.

Tulis nombor hasil "subtraction" 3 dan diikuti dengan nombor 0 seperti gambarajah di bawah :-
Langkah 4
Buat pendaraban (multiplication) untuk nombor-nombor yang berada dalam bulatan. Iaitu 4 x 3 = 12. Dan tulis nombor 12 di bawah nombor 30.
Langkah 5

Campurkan 30 + 12. Dan itulah jawapan 6 x 7.. Mudah bukan...

Kalau mama tau le kaedah ni dari kecik dulu... mungkin mama skrg dah jadi Gabenor Bank Negara ganti Zeti Aziz tau... huh.




Wednesday, 5 May 2010

Dinner Express


Biasanya sebelum gi keje, mama masak nasi terus utk makan malam. Cepat sikit, tinggal beli masak lauk je nnti. Kalau tak... masa tu le nak cek homework, tonton Adamaya, Bicara Kifayah, nak masak, nak tengok Nenek Kebaya, zikir bla, bla, bla..

Tapi ari tu Faiz complain, asik makan nasi je.. "Kita tak nak makan nasi putih atau nasi goreng ari ni.." Amboi3x!! duluuuuu masa mama beso korang ni, apa Atok Mak masak kita org telan je tau tanpa kompromi. Abis, nasi dah masak tu nak suruh sapa makan? cicak?

Nasib baik le masa baby dulu mama minum susu ibu yg kaya dengan nutrisi, laktoferin, immunofortis, omega 3, 6, DHA dan AA. Dengan pantas, otak mama  berhubung antara satu sama lain, ligat berfikir menu baru tapi masih menggunakan nasi. TING! (simbol mentol bercahaya dkt otak belah kanan).

Question :  Kenapa otak kanan? kenapa bukan kiri?
Answer   :  Sila rujuk gambarajah dibawah... (Bagus blog mama ni.. bukan hanya merapu tak tentu pasal, malahan penuh dgn info berguna. Riak)

 klick pd gambo utk imej lebih beso...

Dengan kelajuan cahaya 299792458 meter sesaat, mama terus capai santan, panaskan dalam periuk + garam, campak halia, bawang putih, tutup api, campak santan dlm rice cooker, gaulkan dgn nasi, keep warm. Siap! tak sampai 5 minit, nasi lemak express terhidang atas meja... Nasi lemak je lah, lauk lain mcm sambal tu jgn tanya.. hehehe

Faiz         :  Mmmmm.. sedapnya, bau apa ni? Mcm bau nasi lemak je..

Hazim       :  Nasi lemak? Tu kegemaran Hazim tu. Mama masak ke?
 
Awek Cun  :  Tak lah, cina sebelah bagi...




Tuesday, 4 May 2010

Photo shoot

Ada satu forum diskusi tentang teknik dan tektik ambil gambar yang betul. Macam bes je bunyinya... Bukannya senang orang nak bagi ilmu secara free membabi buta je sekarang ni. Kalau tak de duit, jangan berangan le nak menceburkan diri dalam dunia fotografi... (mcm saya). Nyah kau dari sini.  Sila rujuk www.belajarkamera.com


Sekarang ni dah mcm 1 trend, pegi memana semua sandang camera. Macam bagus je walaupun sebenarnya diaorg tak berapa bagus pun, eksyen je lebih (ayat dengki). Kengkadang tu, rasa mcm segan je nak keluarkan handfon, nak ambik gambo. Terasa mcm terhina sesangan walaupun  masa beli dulu bukan pinjam $ dari diaorg, kerdil rasanya kalau nak dibandingkan dengan camera dia org yg saiz bapak gajah naik minyak.. Agaknya kalau camera tu bernyawa, sekali ditenungnya handfon mama, terus berkecai & berderai jadi debu.. huhuhu

Ala.. tak semestinya ambik gambo pakai kamera CANON EOS  550D SLR18 megapixel  full recording apa kejadah entah.. akan dapat hasil yg menciut kan. Ala.. kalau ada kamera cokia jenama 2B atau BATA pun bole dapat impak yg lebih cun dari dia org punya. Cuma kena tau teknik dan tektik je... (ayat nak sedapkan hati sendiri)





Cuma kena pandai cari angle & pencahayaan le. Kengkadang tu makan masa gak. Faiz selalu bising.. "mama ni cepat le sikit, org dah lapa ni.."  or  ".. laaa, tak siap lagi ke? lagi berapa lama kena tunggu?.."  ....   Hei budak! ko diam!

Nota ketiak : Entry perasan bagus