Ada satu forum diskusi tentang teknik dan tektik ambil gambar yang betul. Macam bes je bunyinya... Bukannya senang orang nak bagi ilmu secara free membabi buta je sekarang ni. Kalau tak de duit, jangan berangan le nak menceburkan diri dalam dunia fotografi... (mcm saya). Nyah kau dari sini. Sila rujuk www.belajarkamera.com
Sekarang ni dah mcm 1 trend, pegi memana semua sandang camera. Macam bagus je walaupun sebenarnya diaorg tak berapa bagus pun, eksyen je lebih (ayat dengki). Kengkadang tu, rasa mcm segan je nak keluarkan handfon, nak ambik gambo. Terasa mcm terhina sesangan walaupun masa beli dulu bukan pinjam $ dari diaorg, kerdil rasanya kalau nak dibandingkan dengan camera dia org yg saiz bapak gajah naik minyak.. Agaknya kalau camera tu bernyawa, sekali ditenungnya handfon mama, terus berkecai & berderai jadi debu.. huhuhu
Ala.. tak semestinya ambik gambo pakai kamera CANON EOS 550D SLR18 megapixel full recording apa kejadah entah.. akan dapat hasil yg menciut kan. Ala.. kalau ada kamera cokia jenama 2B atau BATA pun bole dapat impak yg lebih cun dari dia org punya. Cuma kena tau teknik dan tektik je... (ayat nak sedapkan hati sendiri)
Cuma kena pandai cari angle & pencahayaan le. Kengkadang tu makan masa gak. Faiz selalu bising.. "mama ni cepat le sikit, org dah lapa ni.." or ".. laaa, tak siap lagi ke? lagi berapa lama kena tunggu?.." .... Hei budak! ko diam!
Nota ketiak : Entry perasan bagus
No comments:
Post a Comment
...