Tuesday, 1 June 2010

Marathon Meal 1


Homemade Sausage Pizza
Sausage Pizza, request from Faiz sbg alas perut sementara tgh buat homework. Faiz ni kalau lapo, 'angin' dia mengalahkan baby dalam hari kembung perut tengah malam, rimas! Nak-nak kalau tengah window shoping sakan.. tension beb!! So.. this is my own simple dimple pizza using ready made frozen prata base.

Tak sampai 15 minit, licin.. tapi homework tak siap-siap gak!!



Cili's Restaurant 2nd. trip.


 
Lontong
 
Teringin sesangat nak makan lontong. Sebenarnya bukan susah sangat pun nak buat, mudah sangat, cuma kena sediakan kuah lodeh, kuah kacang & nasi impit.. sambil tutup mata pon bole. Org kata 'nak seribu daya, tak nak beribu ribi ribu ribu dalih.

Dgn penuh semangat & berkibar-kibar, mama dgn gigihnya gi kedai kat taman belakang tu, cari parking, amboi.. ramainya org! Nengok caroot, terung, tauhu.. Capai plastik, ambik apa yg patut, bayar, balik. Bersedia utk bersilat di dapur.. memula senseng lengan, bukak plastik, masukkan semua yg dibeli tadi dalam mangkuk, duduk & makan. Semudah ABC, kan kan kan...



 
Cheating Day

Semenjak 2 menjak Abah berkecimpung dlm "Makan Sihat, Hidup Sihat" ni.. nampaknya pemakanan mama "kurang ceria". Apa taknya.. bole dikatakan hampir semua hidangan yg berlemak tepu, kadar monosidium glutamate yg tinggi & makanan b'gula yg bole menyebabkan  bacaan gula 11 ke atas tak dibenarkan masuk ke pintu rumah  bernombor 59 ni.. terutama sekali "MADU"!


Meleleh-leleh la air liur bila tengok Jalan-Jalan Cari Makan, Warung Kita, Gila Makan, Makansutra, Icip-Icip, Nigella Gigit, Lesen Utk Panggang, Segar B'sama Anna Olson, Coco Masak, Rasa B'sama Jason, Masak Spt Chef, Makan Raja, Yummy Raja,  Chef Di Rumah, Dapur Neraka dan byk lagi..

Tapi ari ni Abah kata 'Cheating Day'!! Yahoooooo! Padahal hari2 mama cheating. So ni la hidangan yg hampir 5 bulan kita tak makan.. huhuhu.  Syurga babe dpt makan sate, hidangan 1 Malaysia la katakan.. suka suka suka..



Sup Makeroni
Dah lama sangat tak makan sup ni, rasanya last makan masa kecik-kecik dulu. Asik buat makeroni goreng je bosan gak. Kalau buat makeroni cheese, confirm kena habiskan sorang2.. tu yg bosan. Bosan lagi!  Eemmm.. sebenarnya mama nak cerita benda lain, berkenaan dgn bosan jugak.


Emmmm, camana nak mula ek? emmm aaaa.. korang perasan tak.. emm  semua makanan dlm blog ni mesti pakai pinggan yg sama je.. kalau tak pinggan putih, mesti mangkuk kaca jernih, tak pun piring kuning atau pinggan bunga pink.. bosan kan.. bila nak berganti pun tak tau, takkan nak pecahkan dgn sengaja... Any idea? Sesekali nak gak pakai ala2 Inggeris kan kan kan..


Sempena menyambut hari jadi pd 6 Jun nnti, apa kata kalau saya ehh.. mama, nak hadiah table ware? Saya eh, tersasul lagi.. mama letakkan beberapa Portmeirion botanic garden design kat sini.  Ala, bukan nak 1 set, 2 ketul pon jadi la, utk photoshoot hehe.



Harap2 abah sempat baca entry ni, tak pe.. hadiah masih bole diterima bila2 masa je, tak de expired date.




eerrrrrrr... Menurut firasat Ahlil Nujum Negara... Confirm tak dapat!!  Sekian, wassalam.



.

No comments:

Post a Comment

...