Monday, 3 January 2011

.....

.
.

"Know this, sadness is not just an emotion. It is a disease..."


Apakah Sedih Sebenarnya?

 

Pernah tak kita tanya diri kita, apa sedih tu sebenarnya?
Sebenarnya kesedihan itu adalah perasaan takut. Itu sahaja.

Kita sedih sebab kita takut sesuatu. Kita takut sesuatu terjadi. Sesuatu yang kita fikirkan. Sesuatu yang kita tidak pasti penghujungnya. Sesuatu yang kita tidak tahu kesannya kelak. Sebab itu kita sedih.

Ketahuilah bahawa ia cuma perasaan takut kita sahaja. Acknowledge this and move on. Satu perkara yang kita perlu tahu, kadang-kadang tanpa kita sedar kita ketagih untuk sedih. Ya, betul. Such thing exist. Secara kita tidak sedar, kadang-kadang kita akan masuk dalam mode meyedihkan diri sendiri. Be aware of such thing and avoid doing that. Ini kerana selalu berada dalam mode sedih ini akan memakan diri kita sendiri. Lama kelamaan, perasaan gembira dan lapang dada akan hilang dari diri kita jika kita selalu sangat bersedih.
So, Cheer On!
Sabri Hassan.


.
Sabri, ko cakap senang la...



Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."


No comments:

Post a Comment

...