Memang best kalau balik Batu Pahat & jumpa makanan yg sedap lagi murah sebab kebanyakannya dah ikut standard KL dr segi harga. Gerai tepi jalan (dkt traffic light Hospital lama) mmg jadi rebutan setiap pagi minggu. Seawal 7pagi org dah beratur dan 7.30am tokey kedai mula bersiap kemas gerai nak balik rehat, bayangkan... dah le murah, sedap pulak tu! Minggu lepas cuma sempat beli saki-baki kuih yg tinggal sbb nasi lemak dah habis... padahal baru 7.35am, lambat 5 minit je... ni semua traffic light punya pasal la... (alasan paling kukuh)
kuih keria sedap 6biji + karipap kentang padat 2biji + burger m'sia marvelous 8biji = RM3.20 je! bermakna 1 biji kuih hanya 20sen! (rasa mcm nak cium tauke tiang gerai) tetiba rasa bangga jadi anak jati Batu Pahat. Seperti kanak-kanak cute baru dapat anak patung baru, Awekcun berlari riang menuju kereta dengan menghayun bungkusan kuih sambil menyanyi kecil lagu kebangsaan negeri Johor.
Disebabkan ada 7 org dewasa dan 11 kanak-kanak kelaparan menunggu dkt rumah, mana cukup makan kuih je. Terus ke Bus Stand lama Batu Pahat dan order roti canai 6 keping di salah satu deretan kedai makan berdinding papan beratap zink lama. Nampak pulak atas meja ada segunung nasi lemak bersaiz cup D... capai plastik merah & masukkan 8 bungkus dgn harga ......... haaaa!! sebungkus 50sen je ???!!!!
.
.
.
Nota ketiak:
Pada pandangan kacamata PRADA up-town saya... walaupun untungnya tak seberapa, mereka ikhlas & tetap gembira dgn memberi kegembiraan pd orang lain
.
Disebabkan ada 7 org dewasa dan 11 kanak-kanak kelaparan menunggu dkt rumah, mana cukup makan kuih je. Terus ke Bus Stand lama Batu Pahat dan order roti canai 6 keping di salah satu deretan kedai makan berdinding papan beratap zink lama. Nampak pulak atas meja ada segunung nasi lemak bersaiz cup D... capai plastik merah & masukkan 8 bungkus dgn harga ......... haaaa!! sebungkus 50sen je ???!!!!
.
.
.
Tauke Nasi Lemak: Dik, bangun dik... kalau nak pengsan, balik rumah dulu ya..
Nota ketiak:
Pada pandangan kacamata PRADA up-town saya... walaupun untungnya tak seberapa, mereka ikhlas & tetap gembira dgn memberi kegembiraan pd orang lain
.
kat sini ada org buat kuih keria salut gula melaka.
ReplyDeletesuperb!
.
pernah jumpa kuih keria salut sambal.. double superb!
DeleteSalam SS..
ReplyDeleteCooking with love.. Selling with honesty.. Berkaaatttt...
Kakya rindu bariani power batu pahat.. Arwah Mak kakya Dari benut.. He he
setuju sangat.
Deletekalau beriani saya suka di gerai Mat Shah.
Kakya, dekat benut ada tempat jualan barang second hand yg best kan?
Murahnya harga kuih tu,Kak Nurul pun klu blk kpg ada satu kedai tu nasi lemak dan kuih kerianya memang sedap tp klu lmbt sikit memang dah habis....
ReplyDeletemurah kan.
Deleteagak2 sapa yg salah, kita lambat ke atau dia jual sikit sangat?
fikir-fikirkan, hihihi
woww...nak pengsan gak laa.. hehehe
ReplyDeletemurahnya..
betul tu..dlm perniagaan perlu ikhlas.. tidak hanya pikirkan keuntungan sahaja..
hahaha
Deletebetul... tapi kekadang kesian jugak, rasa mcm nak je bayar lebih bila fikirkan kualiti & kuantiti yg diberi tu.
tidaaaaaaakkk! rasa nak balik petang ni jugak!! o sudip, why u make me salivate?! :p
ReplyDeleteampunkan dosaku, i tak sengaja...
Deletemak ai murahnya kuih dan nasi lemak,susah nak dpt harga tu sekarang ni.
ReplyDeletedah la murah, sedap & banyak pulak tu...
Deleteada sesiapa tahu mana ada jual mcm ni dkt KL?
slm follow
ReplyDeletekat KL ni rasanya tak mungkin wujud lg kuih harga rm0.20 sen tu lg... Biasanya 40sen..kalau rasa sedap takpe..ni mcm hampehhh
salam & Tq Diana.
Deletepernah jumpa sebiji kuih 50sen! Selang beberapa bulan, kedai tu tutup... hahaha padan muka kau...
Saya kalau balik kg hubby kat Perlis pun boleh jadi gilerrrr. Kuih muih masih murah dan nasi lemak masih 50 sen.
ReplyDeletebetul tu.. rasa mcm nak borong semua yg ada kan.. nak balas dendam
Deletebapak sy org batu pahat..murah tul makanan kt sana ekk
ReplyDeleteselalu balik kampung ke? BP dkt mana ek..
Deleteseriously nasi lemak daun pisang 50sen je??? kt kmpung sy paling cikai pun singgit tau!
ReplyDeletebetul! tak tipu..
Deletemurah tu
ReplyDeletekat kawasan cheqna mana ada doh kuih rege 20sen
huhuhu
Bahagianya jumpa tempat breakfast yg murah & sedap.. hihihi
DeleteSalam sudipVSsenduk,
ReplyDeleteKat tempat kak Ros ni pun tak dak dah nasik lemak 50 sen ni...memang murah sangat lah...
salam kak ros,
Deletemmg murah kan 50sen tu.. sambil bungkus sambil menitiskan air mata gembira, syahdu sangat saat tu, hehehe
kan? kat kampung saya pun masih ada jual lagi tau nasik lemak 50sen...sedap pulak tu...
ReplyDeleteSyurga kan!
Deletemurahnyer? memang kat sana murah ye? akak mengajar di sek men di besut..kawasan alor lintang.
ReplyDeleteTak juga... Kalau tak kena gaya, ada juga kedai yg ikut rate KL... Kebetulan jumpa tempat yg murah, hihihi
DeleteOooo... Cikgu ngaja di ganu...
MURAH! DAN NASI LEMAKNYA, MACAM DI KG SAYA DI BAGAN DATOH, PERAK, GERENTI "LEMAK". KAWASAN KELAPALAH KATAKAN (WALAUPUN PENDUDUK SUDAH MULA MENUKAR KEPADA KELAPA SAWIT)! SELAYAKNYA BEGITU HARGA MAKANAN DI KAMPUNG ATAU BANDAR KECIL. KALAU DIJUAL IKUT HARGA KL, PTRAJAYA, PTLINGJAYA... TAK ADALAH YANG NAK BELI. AYUH SELALU BALIK KAMPUNG!
ReplyDeletewahhh rinduuu laa zaman zaman makanan2 ni murah2 gitu...>_<
ReplyDeleteJom balik kampung... Kampung Clive dkt mana?
Deletepergh.. superb! meleleh air liur yong kat sini
ReplyDeletekak. wa kalau balik kampung. even dah masak untuk breakfast , tapi wajib beli gak nasi lemak 50 sen, nasi dagang..dan macam-macam kuih yang ada..:)
ReplyDeletehuhuhu... murah tu.... kat tmpt aku nasi lemak singgit mkn x kenyang langsung...
ReplyDeletehuhuhu
Lupa baca doa makan kot..
Deletekalau datang dengan saya, time tau harga nasik lemak tu 50sen, mesti ada eye contact, muka terperanjat, pastu senyum2. suara x keluar. hahahahaha..
ReplyDelete50 sen?
ReplyDeletebiar betik?
sedap nampaknya semua makanan tu T__T
ReplyDeleteowh tidakkk saya pun pengsan, 50 sen? mmg betul2 ikhlas dan pasti dpt ganjaran Dari Nya.
ReplyDeletetahu tak pe, nak berniaga, ikhlas tu penting, barulah rezeki yang kita dapat berkat, memon tertarik ngan nasi lemak tu sedap.
ReplyDeletepekena nasik ambang la
ReplyDeletetgh lapar ni..nak minta skit boleh?ehheee
ReplyDeleteada lagi murah gitu??????
ReplyDelete*pengsan kempunan*
ya Allah, murah nye nasik lemak tu sis. sy tgh dok ngidam nasik lemak bungkus daun pisang..nk yg comei2 je..alehai..terliur lak..
ReplyDelete