Family gathering kali ni bertempat di Homestay Kuala Sungai Baru Melaka dimana tetamu tinggal bersama
keluarga tuan rumah/pengusaha homestay - En Rahman & Puan Roslina sekeluarga.
Rumah Limas Melaka menghadap pantai terdiri daripada Rumah Ibu,
Rumah Anak, ruang dapur, loteng & verandah. Cantik!
Ada beberapa drama pernah buat pengambaraan di Homestay ni.
Private beach
Kenapa nama dia istana pasir ek? Kesian raja.
Tak ambik package makan sebab kita orang semua terer masak. Riak kan.
So minum petang hari tu, buat donat celup coklat, kuih sagu
gula melaka, samosa, teh dan kopi kaw.
Antara hantu menantu Atok Bak
Telematch adalah acara wajib.
Remis hasil tangkapan budak-budak.
Biarkan 1 malam dalam baldi supaya pasir mendap di dasar, barulah boleh dimasak.
Esoknya lepas sarapan pagi, air mula surut. Apa lagi... jom!
Bola kampung
Dalam pukul 10, buat persiapan untuk BBQ lunch nanti.
Tetiba angin kuat dan nampak laut jadi gelap, ada tanda-tanda nak hujan.
Cepat-cepat capai kamera cap badak sumbu.
Subhanallah... Cantiknya
Bila hujan turun, semua memerap dalam rumah.
Atok Bak melayan BFF
Manakala Chef buat persiapan di dapur...
ada ikan sumbat
air asam,
potato salad,
coleslaw,
daging goreng,
remis yang budak2 tangkap semalam, tumis dengan bawang dan lada je.
ayam 3 ekor,
sotong dan udang berkilo-kilo,
dan lain-lain.
Bab membakar pulak, kita serahkan pada yang pakar.
Makan menghadap laut.. Terbaik!
6 pack kat mana?
6 pack 6 pack kat mana?
Itik : Bosan, bosan... jom kita blah
Malam tu sambut birthday Ayah Long, Cik Jaw, Mak Su dan Hannah.
Kalau dah namanya tido rumah kampung, ginilah gayanya.. bergelimpangan.
Pantang jumpa paku, semua nak disangkut & disidai.
Rindu suasana rumah kampung.
Esoknya, kita tenung laut lama-lama sebelum balik.
Alhamdulillah, Haji Ibrahim Ali masih sihat dalam usianya 85 tahun pada 21 Januari kelmarin.
Semoga AtokBak dan kita semua dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan,
kekuatan, hidayah dan kesihatan yang baik untuk terus beribadah dan
sentiasa dibawah lindungan Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.
Sebelum balik, kita order homemade pizza buatan Azim.
(anak pada Uncle Rahman - tuan punya Homestay)
Azim VS Hazim
Azim tak lokek dengan topping.
Siap take away lagi.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik
Wahai Allah, jadikan lah kami dari kalangan hambaMu yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan.
Syukur Alhamdulillah.
.
Cantik kawasan tu....patutlah byk drama filem buat kat situ...
ReplyDeletethanks for sharing kawasan nie...bagus jugak untuk familyday kami nanti..
ReplyDeleteTerima Kasih
DeleteNampak tempat ini memang sangat seronok untuk dihuni.
ReplyDeleteSeronok juga tengok keluarga yang gembira menginap di sini. :)
eehh dekat je tau dengan rumah kita
ReplyDeletekita kat pengkalan balak tu
remis tu kalau memang musim banyak betol
terbaikkk!...err nak beli kat mana kamera cap badak tu...sukalah!
ReplyDeleteSeronoknya kakak tengok!
ReplyDeleteAlahai kambing dan itik nasib baiklah awak tak kena tangkap bebudak kalau tak jadi BBQlah awak. Tengok macam lala tu kena tumis langsai masuk perut.
Seronok tengok kegembiraan family svs. Tempat pun menarik untuk di kunjungi..
ReplyDeleteMmg best la tgk your family punya gathering...kat macam macam tempat!
ReplyDeleteGambar masa sejurus sebelum hujan kul 10 tu, mmg subhanallah..awesome! Hasil kamera cap badak sumbu eh? hahaha
wow..gambar cantik2, suasana ceria. Happy saya tengok.
ReplyDeleteMelepas rindu dengan kamu di sini... he he..takkan ku lepas peluang baca entri mu.. ada orang, ada kambing, ada itik...meriah!! semoga atok bak sentiasa dalam ingatan dan peliharaan anak menatu cucu cicit sekalian. Aaiin.
ReplyDeleteCM dah dapat banglo di PD...finally....nanti confirm kalu kita tayang gambo k.
asal saya masuk blog akak je, mesti entry gathering family...hahaha...
ReplyDeleterajin betul family akak bergathering...i likeeeee...
sedapnya nampak ikan sumbat tu kak...siap air asam...gulp...sumpah terliur...
masyallah cantiknya rumah tu, siap ada private beach lagi... giler punya best... best lagi kalau keluarga dapat berkumpul ramai2 gitu kan... pehhhh....
ReplyDeleterajin berfamili gader gader kan? berkat sunggoh!
ReplyDeleteSalam. Hee sungguh meriah.
ReplyDeleteWaalaikumsalam
DeleteMemang terindah dan terbaik bila kita dapat menghabiskan masa bersama-sama family.
ReplyDeleteThank you share homestay ni coz dekat yang amat dengan kampung Mrs. A.
In Sha Allah nanti nak terjahlah
sila sila
Deletebla tgk gmbr2 ni...terfikir...bla laaa family sy nk wat gathering ni... susah benar nk kumpul sekeluarga ni...ada je hal nyer
ReplyDeleteAssalamualaikum. Hi kak SS. Lama x jenguk sini. Eh, fb akak nama apa. Ntah2 ada je dlm friend list tu tp x perasan kan. Hihi.
ReplyDeletefb akak hidup segan mati tak mau dik... dah bertahun tak bukak
Deletekak SS, masa saya panggang ayam tu saya pakai baking paper je.. hehehe...
ReplyDeleteOooo... tq tq
Deleteya allah bestnyaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteSumijelly.com
seronok nya..... meriah..... gambar cantek2.... makanan menarik2 semua nya....
ReplyDeletependek kata... best ..!! memang port terbaik untuk family gathering....
saya bagi 3 bintang
DeleteComel je tokabah dgn bff dia tu,leh bawa ngopi...
ReplyDeleteXsangka ade abang sado dlm family sis ye, nk kne mnta sain ni..;-)
bukan setakat mengopi.. ajak main game kereta racing pun boleh Cikna
Deletewink wink
kak macam mane kalau saye nak buat family day? macam mane saye nak berurusan?
ReplyDeleteCuba cek facebook Homestay Kuala Sg Baru (Traditional Rumah Limas Melaka)
Deleteatau call Pn Roslina / Uncle Rahman
Hp +6012 250 1262 or
Hp +6012 6268931 or
Hp +6017 6268139 or
Hp +6017 8801698