Monday, 4 April 2016

Takoyaki


 Street food yang berasal dari Jepun kini dah banyak di sini.
Malaysia Boleh!

Tahun 2007, sVs pernah bukak kiosk di Eye On Malaysia, Tasik Titiwangsa KL.
Pengalaman pertama masak sambil dikeromon dan diperhatikan orang ramai.
Nervous mak.  Masa tu takoyaki / tako tao yang jual dkt pasaraya besar tu
belum begitu famous dan sVs orang ramai masih takut-takut nak makan 
disebabkan kurang yakin tahap kehalalannya.

Merata cari takoyaki pan, dari sebesar-besar kedai, sampai ke cerok rantau...
akhirnya dapat satu dengan harga $2ribu!! Itu baru pan, belum yang lain-lain.
Alhamdulillah ada Dato' sponsor, hihihi.  Sekarang ni rakyat jelata dah senang, 
beli online je.. call hari ni, esok  tersembul depan rumah.


Jadi... kita orang cuba buat ingredients sendiri tanpa menggunakan tepung
segera takoyaki, buat mayonis sendiri dan sos sendiri.  Sesuatu yang serupa
tapi tak sama dengan harapan main masak-masak ni 'menjadi' dengan diberi
nama OISHI BALL yang padat dengan inti, sos dan hiasan.
Macamana kita nak makan, macam tulah kita hidangkan pada pelanggan.
Jangan lokek.

 
 semalam buat guna muffin tray je..

Isnin - Jumaat kerja ofis macam biasa, cuma weekends je ada dekat kiosk.
Boss mana boleh selalu tunjuk muka kan... buzy dengan spa, kerja amal,
persatuan sana sini.... Tapi tiap-tiap hari kena sukat dan sediakan adunan
kering untuk setiap 3 hari, yang lain2 pembantu yang settlekan mengikut
garispanduan yang telah ditetapkan. 

Alhamdulillah, lumayan :)

  







Nota ketiak:
Bila ada ikhlas,  akan wujud kekuatan... In Sha Allah.









.