Street food yang berasal dari Jepun kini dah banyak di sini.
Malaysia Boleh!
Tahun 2007, sVs pernah bukak kiosk di Eye On Malaysia, Tasik Titiwangsa KL.
Pengalaman pertama masak sambil dikeromon dan diperhatikan orang ramai.
Nervous mak. Masa tu takoyaki / tako tao yang jual dkt pasaraya besar tu
belum begitu famous dan sVs orang ramai masih takut-takut nak makan
disebabkan kurang yakin tahap kehalalannya.
Merata cari takoyaki pan, dari sebesar-besar kedai, sampai ke cerok rantau...
akhirnya dapat satu dengan harga $2ribu!! Itu baru pan, belum yang lain-lain.
Alhamdulillah ada Dato' sponsor, hihihi. Sekarang ni rakyat jelata dah senang,
beli online je.. call hari ni, esok tersembul depan rumah.
Jadi... kita orang cuba
buat ingredients sendiri tanpa menggunakan tepung
segera takoyaki, buat mayonis sendiri dan sos sendiri. Sesuatu yang serupa
tapi tak sama
dengan harapan main masak-masak ni 'menjadi' dengan diberi
nama OISHI
BALL yang padat dengan inti, sos dan hiasan.
Macamana kita nak makan, macam tulah kita hidangkan pada pelanggan.
Jangan lokek.
Jangan lokek.
semalam buat guna muffin tray je..
Isnin - Jumaat kerja ofis macam biasa, cuma weekends je ada dekat kiosk.
Boss mana boleh selalu tunjuk muka kan... buzy dengan spa, kerja amal,
persatuan sana sini.... Tapi tiap-tiap hari kena sukat dan sediakan adunan
kering untuk setiap 3 hari, yang lain2 pembantu yang settlekan mengikut
garispanduan yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, lumayan :)
Nota ketiak:
Bila ada ikhlas, akan wujud kekuatan... In Sha Allah.
.
Mula2 x reti nak makan... anak2 beli suruh rasa pun macam tak lalu..
ReplyDeleteBila dah cuba sekali... baru tau....sedap rupanya...
La ni anak makchaq dok buat...
kan... cair di mulut
DeleteSyabasss....
ReplyDeletetq Inspektor Saahab
DeleteOishi Ball - not bad nama pilihan menarik didengar
ReplyDeleteTengok bergolek-golek tu kakak pun ngences hihi...
Ada jual online juga ke sVs?
pan takoyaki ada jual online.
Deletetapi rasanya tepung pun ada jual online jugak...
semuanya di hujung jari anda
nak juga merasa. di mana nak beli..no contact pliss..
ReplyDeletesaya tak jual.
Deleteuptown danau kota ada
saya suka
ReplyDeletesaya pun
DeleteBulan puasa tahun lepas.. benda ni jadi pilihan bujang CM, Faris. Setiap hari mesti beli di bazar.. Big claps!!!
ReplyDeletetq che mid
Deletewow, kawan ai tauke oishi ball la....
ReplyDeletenanti nak tanya resepi dari kak gugel....nak cuba jugak.
itu cerita lamaaaaaa..
Deletesila-sila.
ni feveret nih... aduh lahai...
ReplyDeletesaya ni tak reti makan makanan jepun...walaupun ramai ckp takoyaki kata sedap, saya pernah try tapi tak lalu.....sedihkan...dah nama pun tekak jawa kan...huhu...
ReplyDeletetapi tengok yang akak buat nampak tempting giler...
jangan dipaksa.. tepuk dada tanya selera
Deletehidup pecal jawa!!
Wow!... Terbaikkk
ReplyDeleteNota kenyit mata : kalau nak jumpa boss... Kena buat appointment ke?
appointment?
ReplyDeletetak payah... kenyit mata je