Wednesday, 19 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
Cuti-cuti Malaysia - Kuantan Pahang
.
Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan Pahang.
Bila cuti sekolah, budak-budak yang paling suka,
mak budak tumpang gembira dan
bapak budak yang garu kepala... nak bayar bil hotel segala :)
Bertolak dari KL pukul 10pagi, rancang nak makan tengahari di Akob Ikan Patin - tepi Sungai Kuantan, boleh gak pekena gulai tempoyak. Rupanya hari jumaat tutup laaa. Terus merajuk, nyampah....
Singgah gerai Pak Soh di Sg. Karang, betul-betul depan Hotel Swiss Garden yang masih dlm pembinaan. Keropok leko digentel dan disalut 1 lapisan tepung yang nipis lalu digoreng. Garing di luar & lembut di dalam... dapat pulak makan panas2, peeerrrrrrggh!! Mak mertua lalu belakang peti ais pun tak perasan.
ada keropok leko, sata, otak-otak, keropok goreng... Hei! air kelapa pun ada laaa... pandai Pak Soh pujuk...
Pagi, petang, siang malam... swimmiiiiiiing je
Yeehaaaa!! mandi laut pulak!
Mari kita rentungkan kulit yang dah sedia hangus... mariiiiiiii!!
Boleh masak lemak utk makan malam ni.
Errr.. kalau le kena pelempang dgn tangan ni,
terus bungkus kain baju balik kampung... huhuhu
Errr.. kalau le kena pelempang dgn tangan ni,
terus bungkus kain baju balik kampung... huhuhu
Jatuh cinta dgn Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Segala jenis binatang laut yang dijual di sini sangat fresh, menepati citarasa, servis yang pantas walaupun pengunjung sangat ramai dan harganya sangat berpatutan.
Ikan siakap sweet sour
Udang goreng halia (agak berminyak), tak pe... nnti kita singgah gym
sayur cendawan sos tiram, sotong goreng tepung, telur dadar, sup kosong, nasi kosong (utk 6 orang), teh o ais, jus tembikai & jus oren gelas besar = RM 74 je. Esok repeat makan sini lagi dgn menu yang lain pulak :)
Kalau singgah Kuantan, antara kedai yg biasa diterjah ialah:
- Restoran Akob Ikan Patin, bandar Kuantan (makan tengahari)
signature dish ialah gulai tempoyak ikan patin & sambal tempoyak daun kayu
- Warong Pok Su & Mok Su, Tanjung Lumpur, (minum petang)
ada laksam, nasi dagang, kuih muih, sata, otak-otak, keropok lekor dan segala jenis binatang yg ada dilaut dia buat celop tepung
- Pak Soh, Sungai Karang (minum petang)
sata, keropok lekor, keropok keping, otak-otak, ikan masin
Makan Malam di Tanjung Lumpur
- Ana Ikan Bakar Petai
- Mail Ikan Bakar
- Marina Tomyam Seafood

Wednesday, 5 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)