Friday, 6 February 2015

Family Gathering @ Kuala Sungai Baru Melaka




Family gathering kali ni bertempat di Homestay Kuala Sungai Baru Melaka dimana tetamu tinggal bersama 
keluarga tuan rumah/pengusaha homestay - En Rahman & Puan Roslina sekeluarga.


Rumah Limas Melaka menghadap pantai terdiri daripada Rumah Ibu, 
Rumah Anak, ruang dapur, loteng & verandah. Cantik!

 Ada beberapa drama pernah buat pengambaraan di Homestay ni.

Private beach
Kenapa nama dia istana pasir ek?  Kesian raja.


Tak ambik package makan sebab kita orang semua terer masak. Riak kan.
So minum petang hari tu, buat donat celup coklat, kuih sagu 
gula melaka, samosa, teh dan kopi kaw.

Antara hantu menantu Atok Bak

Telematch adalah acara wajib.

 
Remis hasil tangkapan budak-budak.  
 Biarkan 1 malam dalam baldi supaya pasir mendap di dasar, barulah boleh dimasak.


Esoknya lepas sarapan pagi, air mula surut.  Apa lagi...  jom!


 Bola kampung

 

Dalam pukul 10, buat persiapan untuk BBQ lunch nanti.
Tetiba angin kuat dan nampak laut jadi gelap, ada tanda-tanda nak hujan. 
Cepat-cepat capai kamera cap badak sumbu.
 Subhanallah... Cantiknya


 Bila hujan turun, semua memerap dalam rumah.

  
 Atok Bak melayan BFF



Manakala Chef buat persiapan di dapur...

ada ikan sumbat

 air asam,

 potato salad,

coleslaw,

daging goreng,

remis yang budak2 tangkap semalam, tumis dengan bawang dan lada je.

 ayam 3 ekor,
 sotong dan udang berkilo-kilo,
 dan lain-lain.

Bab membakar pulak, kita serahkan pada yang pakar.

 
 Makan menghadap laut.. Terbaik!

6 pack kat mana? 
6 pack 6 pack kat mana?

Itik : Bosan, bosan... jom kita blah

Malam tu sambut birthday Ayah Long, Cik Jaw, Mak Su dan Hannah.


 Kalau dah namanya tido rumah kampung, ginilah gayanya.. bergelimpangan.
Pantang jumpa paku, semua nak disangkut & disidai.  
Rindu suasana rumah kampung.

 
 

Esoknya, kita tenung laut lama-lama sebelum balik.

 Alhamdulillah, Haji Ibrahim Ali masih sihat dalam usianya 85 tahun pada 21 Januari kelmarin.

 Semoga AtokBak dan kita semua dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan,
kekuatan, hidayah dan kesihatan yang baik untuk terus beribadah dan
sentiasa dibawah lindungan Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.

Sebelum balik, kita order homemade pizza buatan Azim.
(anak pada Uncle Rahman - tuan  punya Homestay)

Azim VS Hazim

Azim tak lokek dengan topping
Siapa nak order boleh ke fb sini atau tweet sinun 

Siap take away lagi.


 Untuk maklumat lanjut, boleh klik


Wahai Allah, jadikan lah kami dari kalangan hambaMu yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan.





Syukur Alhamdulillah.



 


.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger