Lepas makan tengahari di Restoran Lagoona, terus pecut ke Holiday Villa Beach Resort Cherating.
Di sini je resort yang available utk kami 20 orang tinggal sekali gus memandangkan tempat lain dah penuh.
Maklumlah cuti sekolah, tak kan nak berpecah hotel pulak kan...
On the way ke bilik, ternampak papan seterika ni...
Tak pe lah, sVs lebih rela pakai baju dan tudung renyuk renyam.
histeria budak-budak bila jengah veranda terus nampak pool..
Tak pe lah, sVs lebih rela pakai baju dan tudung renyuk renyam.
histeria budak-budak bila jengah veranda terus nampak pool..
Rugi kalau tunggu redup baru nak berendam.
Jessica Alba jadi famous pun lepas dia tan-kan kulit dia tau...
pantai yang cantik dan bersih
Kalau kena sengat jellyfish dkt. tepi pantai, mana nak cari cuka & limau?
Ala, suruh je sesiapa wee wee :)
Abid geli pijak pasir. Biarkan... kita buat tak tau je.
Tiba-tiba hero datang pujuk...
Ingat tak cerita di Pantai Port Dickson pasal sorang cedera parah, patah tulang
rusuk kiri sebab kena langgar banana boat?2013 pulak, kanak-kanak 2 tahun
meninggal sebab terjatuh dr banana boat akibat terlepas dr pelukan ayah dia.. Subhanallah.
Aktiviti berkuda pun ada.
I want to touch a horse
Besar jugak lubang hidung kuda ni rupanya...
Teringin nak masukkan bola ping-pong,
lepas tu suruh kuda tu hembus kuat-kuat..
Teringin nak masukkan bola ping-pong,
lepas tu suruh kuda tu hembus kuat-kuat..
Malam tu makan di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur.
Dah 3 kali makan sini sebab masakan dia menepati citarasa.
Kami order telur dadar, udang & sotong goreng tepung, sup sayur, lala masak halia, kailan ikan masin..
... ikan pari bakar petai, ikan siakap 3 rasa & ikan aji stim limau untuk 20 orang makan.
Esokya seawal 6.50am, kite orang dah tunggu matahari terbit
Susah rupanya nak lompat sama-sama dalam 1 masa...
berdiri tegak je lah...
My sista
Lepas breakfast, terjun pool lagi dan lagi dan lagi12 tengahari checkout dan kite orang mulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Hmmm... sekejapnya rasa.
Sebelum tu singgah Warong Pak Su & Mak Su,
sebelah Balai Polis Peramu.
Disebabkan semua bebudak dah tidur
walaupun baru 10 minit masuk kereta,
terpaksalah tapau aje,
lagi pun kedai tu
dah padat & sendat dengan pengunjung.
Percutian Jelajah Pantai Timur 5 hari 4 malam ni banyak dibantu dengan alat komunikasi
masa kini kerana ianya memudahkan perjalanan kami sekeluarga.
Kita merancang, Allah yang tentukan.
Sesungguhnya kelancaran ini semuanya datangnya dari keizinan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Wassalam.
.