Wednesday 19 December 2012

Asli VS Palsu...



.
sumber : mukabuku



Nota Ketiak:  
tetiba rasa macam nak tukar kunci rumah dengan tombol-tombolnya sekali...




.





Tuesday 11 December 2012

Cuti-cuti Malaysia - Kuantan Pahang

.
Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan Pahang.

Bila cuti sekolah, budak-budak yang paling suka, 
mak budak tumpang gembira dan 
bapak budak yang garu kepala... nak bayar bil hotel segala :)

Bertolak dari KL pukul 10pagi, rancang nak makan tengahari di Akob Ikan Patin - tepi Sungai Kuantan, boleh gak pekena gulai tempoyak.  Rupanya hari jumaat tutup laaa.  Terus merajuk, nyampah....

Singgah gerai Pak Soh di Sg. Karang, betul-betul depan Hotel Swiss Garden yang masih dlm pembinaan.  Keropok leko digentel dan disalut 1 lapisan tepung yang nipis lalu digoreng.  Garing di luar & lembut di dalam... dapat pulak makan panas2, peeerrrrrrggh!! Mak mertua lalu belakang peti ais pun tak perasan.

  ada keropok leko, sata, otak-otak,  keropok goreng... Hei! air kelapa pun ada laaa... pandai Pak Soh pujuk...


 
 Pagi, petang, siang malam... swimmiiiiiiing je

   
 Yeehaaaa!! mandi laut pulak!
 
 Mari kita rentungkan kulit yang dah sedia hangus... mariiiiiiii!!
 Boleh masak lemak utk makan malam ni.

Errr.. kalau le kena pelempang dgn tangan ni, 
terus bungkus kain baju balik kampung... huhuhu

Jatuh cinta dgn Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Segala jenis binatang laut yang dijual di sini sangat fresh, menepati citarasa, servis  yang pantas walaupun pengunjung sangat ramai dan harganya sangat berpatutan. 
 
 Ikan siakap sweet sour

 Udang goreng halia (agak berminyak), tak pe... nnti kita singgah gym

sayur cendawan sos tiram, sotong goreng tepung, telur dadar, sup kosong, nasi kosong (utk 6 orang), teh o ais, jus tembikai & jus oren gelas besar = RM 74 je.  Esok repeat makan sini lagi dgn menu yang lain pulak  :)


Kalau singgah Kuantan, antara kedai yg biasa diterjah ialah:

- Restoran Akob Ikan Patin, bandar Kuantan (makan tengahari)
signature dish ialah gulai tempoyak ikan patin & sambal tempoyak daun kayu

- Warong Pok Su & Mok Su, Tanjung Lumpur, (minum petang)
ada laksam, nasi dagang, kuih muih, sata, otak-otak, keropok lekor dan segala jenis binatang yg ada dilaut dia buat celop tepung 

- Pak Soh, Sungai Karang (minum petang)

sata, keropok lekor, keropok keping, otak-otak, ikan masin

Makan Malam di Tanjung Lumpur
- Ana Ikan Bakar Petai
- Mail Ikan Bakar
- Marina Tomyam Seafood


 




.

Wednesday 5 December 2012

Biskut Batik Jawa








 Berpuluh-puluh kali cuba, baru dapat method yg betul  :)







.

Wednesday 21 November 2012

AS YOU WISH...


Firmansyah : Abah, cuti sekolah nanti Fiman nak sunat tau.
Abgtaf        : GULP... tak takut ke?
Firmansyah :  TAK
Abgtaf        :  Firman kan kecik lagi.. sakiiiiiit 
Firmansyah :  ala, macam kena gigit semut jeeee..
Abgtaf        :  kenapa tiba-tiba nak sunat?
Firmansyah :  sebab Fiman nak solat saf depan pulak
Awekcun     :  Oh my son! 
(tetiba perut yg mengandungkan Firman 6 tahun dulu terasa begitu sejuk.................... sbb tertumpah air batu)

11hb November 2012- seawal 7am, 
Firmansyah dah berendam dalam besen beso.... bagi lembut.



Firman 'peserta' paling muda antara 12 orang
 

 
 Makan pun kena pantang.. ala, 2 hari je, lepas tu semua dia bedal



"Abah.... kita suka la sunat sebab apa kita nak mesti dapat,
orang pun semua sayang Fiman...hihihi"


"duit pun Fiman dapat banyak... lagi banyak dari duit raya..."  
Kalau tahun depan sunat lagi, boleh tak abah?

GULP!




Hi girls!  I'm a big boy now...





Nota Ketiak :
 
Firmansyah  :  kalau mama jadi lelaki, baru la mama tau macamana sakitnya sunat tau..
Awekcun      :  Eleh, kalau Firman jadi perempuan, baru la Firman tau macamana sakitnya bersalin tau...






.







Wednesday 31 October 2012

WORDLESS EVERYDAY...





Nota ketiak : Wordless Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday, Monday, Tuesday, November, December, January 2013.........  I'm sorry



.

Friday 12 October 2012

SALAH SIAPA...

  Buat apa pun rasa tak berapa selesa bila kepala teleng. 



Window shopping dekat paso beso pun serba tak kena. Nak capai sayo kangkong, tercapai brokoli... bila nak pilih terung pipit terbeli capsicum pulak...  ish ish ish


 
Kalau kepala dah senget 35 darjah arah tergelincirnya matahari, nak drive kereta mewah pun rasa mcm tak berapa nak cun...huhuhu



Tengok movie lagi parah...  dia ingat kita nak ngorat pakwe dia yang tak macho tu... cis! 


 
Agak-agak salah bantal ke salah kekabu?






Kuliah Jumaat  :  Ujian itu NIKMAT.


Sebagaimana Firman Allah dalam surah Saba ' ayat 13 yang bermaksud:" Terlalu sedikit dikalangan hambaKu yang bersyukur."





.

Friday 28 September 2012

Bidan Terjun Lagi dan lagi dan lagi...

.
Mula bosan dgn kerja-kerja ofis tapi cuba buat 'dek' selagi mampu...

Sekali-sekala terfikir nak kerja di bakery, bergelumang dgn tepung & butter, vanilla & coklat, loyang & oven... Oh! Indahnya.


Tapi kalau setakat pandai buat bread pudding dengan lebihan roti gardenia yg dah nak expired, Oh! lupakan je la...




Nota ketiak : Bidan Terjun nangis sambil update blog...





.



Wednesday 19 September 2012

Idola...





Don Daniyal Don Biyajid, seorang ustaz yg mudah mesra, peramah dan senang didekati   :)




.

Wednesday 12 September 2012

Do's & Don'ts


Jemput makan semua






.

Monday 3 September 2012

Kuih 14Syawal...


Gigih top up kuih raya di pagi Syawal ke14, buat yg paling simple sbb ni je yg terer... huhuhu
 nestle cornflakes, madu, butter & bijan
 cairkan butter & madumasukkan cornflakes & bijan..

  tak sampai 30minit, siap 2 balang beso!
dan... 

hanya mampu bertahan 2 kali zohor je sbb bebudak ni buat mcm makan nasi... huhuhu





.    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger