Friday 20 December 2013

Sukan Satu Dunia...


Cerita ni dah 6 bulan duduk dalam draf rupanya... ada la dalam 4 ke 5 entry yang masih terperap tak beredit.  
Kekadang hairan camana org lain boleh keluarkan cerita sampai 3 kali 1 hari... 

1st Football Tournament di UPM. 
Menurut Wikipedia, bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia.
 Antara pemain bawah 12 dan 8 tahun dari Akademi  Bolasepak Kelab Nuri, Taman Melawati

  The supporters.
Perasan tak actor Khairli Anwar tu..

 listen, listen, listen...




Boot ke3 sejak budak-budak ni serius dlm bolasepak.  
Yang lain semuanya dah terbarai...



Kalau ada tournament dekat mana-mana, abang taf la yang rajin 'melayan', mak tak kuasa... cair makeup!  
Hari tu joint Kids Football Clinic anjuran PKNS FC, Real Madrid Fundacion & YKK yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.


 Orang ada bolg, kau pun nak berblog... dah jadi perkasam baru nak update.. huh



terselit celah montot la pulak....

celah kelangkang orang pun kau sibuk nak menembak...

masa sekolah dulu selalu gulung stokin mcm tu..

dia selalu tanya... "mama rasa Hazim ni handsome tak?"

"gila tak handsome!!....." 

they showed high sportsmanship in joining this tournament  :)

 1 gol dari Faiz!!



tetiba teringat Senario The Movie bila ternampak air kuning dalam botol...








Gambar kenangan bersamaYB Iskandar Samad, CEO YKK & coach





Firmansyah yang cepat mesra

Dulu nak daftarkan nama dalam Akademi Bola Sepak Kelab Nuri, tapi dia tak nak.   
Q :  Apa sukan yg Firman suka?
A :  Congkak..



pitam!







.

Friday 6 December 2013

Bundle VS Butik


14 tahun lalu-lalang depan kedai kasut bundle ni setiap kali balik Klang.  
Dari luar nampak suram je... tak terdetik langsung nak singgah.  
Minggu lepas Abang Taf tergerak nak jenguk, sVs tunggu dalam kereta je, 
apa kellllllas (biasalah... hazelnut lupakan kulit).  

5minit 10minit 15minit tunggu... best sangat ke sampai tak keluar dr kedai.
   Tengok kejap la, kot-kot dalam tu ada awek seksi buat servis urut kaki pd pelanggan...

WOW!

Langsung tak ada kasut kemik longgok-longgok..
kemas dan cantik tersusun :)


kalau le sVs ni baru 20 tahun, maunya rembat 5 berlainan warna... huhuhu

crocodile & snakeskin boots.


Majoriti harga kasut dkt sini $100 ke atas, sama taraf dengan butik berjenama.



Tetiba teringat kata-kata;
Don't criticize what you can't understand.  
Don't judge a book by its cover.   
You may miss out on a good story. 

(sambil kutip kulit kacang & gamkan semula pada hazelnut)








WOW!!!

 
.

Wednesday 23 October 2013

Le' Manah Retreat Janda Baik - PART 2


Seawal 7 pagi, Atok Bak dah keluar bersenam sementara tunggu breakfast siap. Anak, 
cucu serta menantunya pula ada yang pi cycling & jogging keliling kampung.. 
(kot-kot terjumpa janda baik... boleh berbalas-balas whatsApp)
 

ada yg main pingpong...

 main badminton...

 memancing...

 dan bersampan.

sila abaikan datin yg bertenggek atas batu, fokus pd abang baju belang yg 
sedang cuci tangan sambil nyanyi lagu Salim, "engkau bagai air yg jerniiiiih.."

Keunikan pengangkutan bot penambang menjadi tarikan pelancong dari Myanmar.
 
Gigih menimba air keluar untuk keselesaan pelancong demi mencari sesuap nasi.. 

hihihi, abang baju belang jatuh kolam...  
sambil nyanyi dalam hati lagu Justin Bieber... "Fall"

 Breakfast dah siap! Serbu!!
Sarapan nasi lemak dah masuk dalam package, tapi disebabkan kuantitinya terlalu sedikit
(kanak-kanak pun tak lepas) beberap chef terlatih telah mengadakan gerak gempur dengan
menyediakan spagheti goreng, spagheti bolognese lebih semalam, nasi goreng ulam & nasi goreng kampung. 

 Kuih kaswi & apam polka dot pun ada.



Antara orang kuat dapur 
(kuat makan...)
walaupun angin paginya tak berapa sejuk, tetap terasa seperti di Cameron Highland, BEST!


sebelum balik, kami gunakan masa 2 jam sebaik mungkin dengan berendam dalam sungai sepuas-puasnya...


 Hei! ada sebakul lagi la durian Musang King...
mmmm... nyam nyam nyam

kek Despicable Me bawak siap-siap dari KL untuk sambut birthday Hannah sebelum balik.


Kusyuk..
Buai laju laju, Sampai Pokok Sena, 
Apa dalam baju; cuba tanya Yusrina...
Dulu masa kecik, sVs sangat expert main hula hoop ni... 
bukan setakat dekat pinggang... lengan, leher, lutut, siku semua boleh.  
Hari tu try, tak sampai 2 saat gelung tu dah jatuh.... hairan betul.

Cuphea hyssopifolia vs 'Alba' @ False Heather

Heliconia psittacorum 'Dark Red'

Alpinia purpurata @ Red ginger

Osmoxylon lineare @ Miagos Bush

Body Shop adalah hadiah yang sVs dapat kerana menang telematch (sponsored by Mak Su Fiza).  Ko ada?
Manakala acara serbuan, gerak gempur, tarik tudung, sepak terajang & gigit tangan sapa yg sempat... 
sudip dapat perfume, tupperware & botol air. Lumayan bukan. Acara serbuan ni adalah acara 'wajib' 
setiap kali berkumpul adik beradik dan biasanya akan di sponsor oleh Ayah Long.
Siapa cepat dia dapat... best wooo!

Yang penting Hj Ibrahim bin Ali gembira berada di Janda Baik. 
Semoga AtokBak dan kita semua dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan,
kekuatan, hidayah dan kesihatan yang baik untuk terus beribadah dan
sentiasa dibawah lindungan Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.


To everybody yang menjayakan trip ke Janda Baik ni, thank you so much. 
The best ever family trip i've ever had.  
Love u all.








.................................................................................................


Untuk keterangan lanjut mengenai Le' Manah Retreat, boleh ke laman web... 
https://www.facebook.com/Janda.Baik.holiday
 www.le-manah-retreat.com.my
 http://le-manah-retreat.blogspot.com/
atau boleh hubungi terus Puan Ayu 0193218877





.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger