Monday 17 November 2014

Lambaian Pantai Timur - Part 4




Lepas makan tengahari di Restoran Lagoona, terus pecut ke Holiday Villa Beach Resort Cherating.


 Di sini je resort yang available utk kami 20 orang tinggal sekali gus memandangkan tempat lain dah penuh. 
Maklumlah cuti sekolah, tak kan nak berpecah hotel pulak kan...

On the way ke bilik, ternampak papan seterika ni... 
Tak pe lah, sVs lebih rela pakai baju dan tudung renyuk renyam.

histeria budak-budak bila jengah veranda terus nampak pool..

Rugi kalau tunggu redup baru nak berendam.
Jessica Alba jadi famous pun lepas dia tan-kan kulit dia tau...

 pantai yang cantik dan bersih

Kalau kena sengat jellyfish dkt. tepi pantai, mana nak cari cuka & limau?
Ala, suruh je sesiapa wee wee  :)

 Abid geli pijak pasir.  Biarkan... kita buat tak tau je.

 Tiba-tiba hero datang pujuk...

Mana-mana pergi, mesti ada yang ber-selfie.

Ingat tak cerita di Pantai Port Dickson pasal sorang cedera parah, patah tulang
 rusuk kiri sebab kena langgar banana boat?2013 pulak, kanak-kanak 2 tahun
 meninggal sebab terjatuh dr banana boat akibat terlepas dr pelukan ayah dia.. Subhanallah.

Terapi pasir pantai, rela dalam paksa

Aktiviti berkuda pun ada.

I want to touch a horse

Besar jugak lubang hidung kuda ni rupanya...
Teringin nak masukkan bola ping-pong, 
lepas tu suruh kuda tu hembus kuat-kuat..

Malam tu makan di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur.
Dah 3 kali makan sini sebab masakan dia menepati citarasa.

Kami order telur dadar, udang & sotong goreng tepung, sup sayur, lala masak halia, kailan ikan masin..

... ikan pari bakar petai, ikan siakap 3 rasa & ikan aji stim limau untuk 20 orang makan.

 Alhamdulillah, syukur atas kurniaan rezeki dari Mu Ya Allah.


Esokya seawal 6.50am, kite orang dah tunggu matahari terbit

Susah rupanya nak lompat sama-sama dalam 1 masa...
berdiri tegak je lah...

 My sista
 Lepas breakfast, terjun pool lagi dan lagi dan lagi

12 tengahari checkout dan kite orang mulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur.  Hmmm... sekejapnya rasa.


Sebelum tu singgah Warong Pak Su & Mak Su, sebelah Balai Polis Peramu.
Disebabkan semua bebudak dah tidur walaupun baru 10 minit masuk kereta, 
terpaksalah tapau aje,  
lagi pun kedai tu dah padat & sendat dengan pengunjung.



Percutian Jelajah Pantai Timur 5 hari 4 malam ni banyak dibantu dengan alat komunikasi 
masa kini kerana ianya memudahkan perjalanan kami sekeluarga.  
Kita merancang, Allah yang tentukan.  
Sesungguhnya kelancaran ini semuanya datangnya dari keizinan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Wassalam.










.

Friday 7 November 2014

Lambaian Pantai Timur - Part 3

Part 3
Pukul 9 pagi, kite orang dah mula berkemas untuk bertolak ke Kuala Terengganu.  Sampai sana dalam 12.30 tengahari.  
Kebetulan hari jumaat, jadi sementara tunggu bapaknya solat, maknya pergi cuci mata di Pasar Payang dulu.

Harga tidak kurang dari $350 ya kawan-kawan...
Sarat dengan batu permata, mutiara, kristal, batu swarovski gred AAA++ dari Austria dan Korea.
Baju kurung sVs cuma ada batu bata, batu kapur & batu granit je..

Merelip-relip tudung bawal ICT

Songket ni pulak harganya cuma 3 ribu sahaja.  Paling rendah pun dia bagi RM2500.  
Kalau setakat nak pakai pagi raya dan lepas solat terus campak bawah meja, baik ko pi beli dekat jalan TAR... 

Agak-agak kalau tarik selai masuk bag, dia perasan tak kain dia kurang 1?

Tingkat bawah jual pelbagai jenis keropok, hasil laut, beras, serunding, kekacang dan jajan.
 Sema (say-ma), gula tarik yang diselang-selikan dengan tepung.

 Pisang salai.

 Kerepek sagu

 Beras pulut & kekacang

snek isi kelapa


Lepas makan tengahari dekat mana entah, kite orang terus ke Masjid Kristal.


 Senibina masjid yang dibina daripada kaca & keluli ni terletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.

 Masjid pintar yang dilengkapi teknologi maklumat dan liputan WiFi bagi kemudahan pengunjung untuk 
meng-akses internet untuk membaca al-Quran elektronik.

Kalau la pasang sebijik macam ni dekat rumah, agak-agak berapa la bill letrik sebulan.
Tak pe lah, pakai lampu kalimantang je.


Don't cry, don't cry...

Bila semua dah keletihan, terus check-in homestay.


Malam tu, kite orang makan celup tepung sempena birthday Abang Taf. 

Ada cendawan, sotong, udang, ketam dll.


Esok pagi-pagi, bertolak pula ke Kuantan sebab budak-budak ni dah mula berzikir dkt telinga 
mak masing-masing, bila nak mandi pool.

Breakfast di kedai tepi jalan je sebab tak tau tempat makan best dekat mana.
 Ada mi goreng, nasi lemak, nasi dagang & kuih muih.

 Nasi kerabu pink pun ada

 Bahuku lu
Kuih tokyo inti kaya

Dalam perjalanan ke Kuantan terdapat beberapa pit stop yang wajib dikunjungi.









To be continue  lagi.
Adoooi... letih nak mengabiskan entry Pantai Timur ni.





.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger