Friday, 17 June 2011

Selamat Hari BAPA...

.

Tanpa disengajakan (tak tipu), terbaca  dari blog ni...
Begini kisahnya..

Ada satu malam itu saya berada di pelabuhan klang.

Mencari makan untuk seisi rumah saya.

Sedang saya sabar menanti,

Perhatian saya terpesong ke meja sebelah.

Ada sepasang laki bini dituruti 7 anak sedang menanti pesanan.

Si abah cakap :

"abah minta maaf tau..abah tak mampu belanja makan korang mahal-mahal"

Anaknya semua cuma senyum.

Salah seorang buka mulut :

"kitorang tak kisahla abah.."

Tak lama kemudian makanan mereka sampai.

Setiap seorang dapat nasi ayam.

Dan dua pinggan hidangan barat dijamah berjemaah.

Suasana cukup menggembirakan sekali.

Saya cuma kerling sambil senyum.

Saya harap,
.
.
.
.
Saya akan jadi sehebat abah keluarga itu.

Tahu mendidik anak supaya bersyukur sentiasa.
.
.
.

Baru juga saya tahu,

Menggalas beban sebagai seorang ketua keluarga,

Bukan calang-calang tugas.



Selamat Hari Bapa untuk Atok Bak, Atok Musa & Abah (bagi pihak Faiz, Hazim & Firmansyah)  kerana menjadi seorang ayah yg hebat!  

Tak ketinggalan buat Cik Nazir (bg pihak Dina, Qis, Aniq & Qalish), Cik Mat Noor (bg pihak Kakak Min, Haziq, Haiqal, Hasif & Haidar), Cik Midon (bg pihak Mirul, Harith, Hamsyar & Amani), Cik Amar (bg pihak Afif, Anas & Hannah), Cik Rizal (bg pihak Nor Yusrina), Cik Adi (bg pihak Aleeya),  dan Pak Ngah Uji (bg pihak Farhana)... selamat HARI BAPA utk semua!







.

Tuesday, 14 June 2011

Hidup Biar Ikhlas...

.
Setiap 2bulan mmg kena buat checkup kat spital Ampang. Lepas penat tunggu angka giliran dipanggil, (1jam 30 min tu kira masa standard) perut pun mestilah mintak diisi ditambah lak dgn tangan, kaki, dahi, hidung mancung bak seludang, pipi gebu.. semuanya sejuk gara2 aircond terlebih power.  Dgn gagahnya lagak sorang perajurit nak ambik pingat jasa negara, mama pun gi ke 'cafe' spital. 

Mcm-mcm adaaaaa... pau inti rendang daging, ayam, blek paper, kaya, kacang merah, kelapa, coklat semua ada. Goreng pisang, keledek, kepok leko, burger malaysia, burger ramli ayam/daging tak ketinggalan. Mi siam, mi kuning, mi hoon sup, yong tau foo, bubur nasi, bubur kacang, bubur chacha, nasi lemak, kuih kaswi, donat, pulut panggang, seri muka, cekodok, fish ball goreng & familynya semua ada.  Roti tak yah cerita le, mcm2 topping & inti ada... tu tak campur lagi dgn wafer, jagung dlm cup, alus-mi-tai dll... punyalah banyak makanan sampai terlupa yg skrg ni dlm spital. Ingatkan kat pasar ramadhan Kg Baru tadi.. 

Dgn perasaan rendah diri, mama ambik karipap je sbb kuih tu nampak begitu menggebu & mengiurkan... harga standard KL 40sen sebijik.  Usus dlm perut dah melambai2 suruh cepat, air liur jgn cerita la.. habis lencun hujung tudung. Baca doa dulu... tak pe, biar lambat sikit, biar kenikmatannya berganda2 dek tak kesabaran.. Cuba bayangkan... gigitan pertama, kerangupannya boleh didengar org sekeliling, intinya yg pedas lemak manis & sikit masin dapat dinikmati oleh setiap titik deria rasa di bahagian depan, tepi dan tengah lidah dgn merembeskan enzim air liur ke org yg duduk berdekatan, isi kentangnya terkeluar melalui celah2 gigi yg rongak dek kepadatan inti, Oh... syurga dunia. 

Mari kita mulakan pengembaraan ini. Gigit, kunyah.......... hhhmmmmm, tanpa sengaja terkeluar perkataan "sampai hatiii...." (ikon sedih muncul). Cuba bayangkan keluasan padang bola & dihujung garisan ada sebijik bola sepak. Begitulah persamaan yg terjadi pd kuih ni... Sebijik karipap yg mengelembung besar dan didalamnya ada seketul inti saiz taik idong Firman yg dah digentel bulat padat... terkontang kanting tak tentu hala dalam karipap tanpa halangan..... Semoga Allah mengampunkan makcik yg buat karipap ni... 



.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger