Tanpa disengajakan (tak tipu), terbaca dari blog ni...
Begini kisahnya..
Ada satu malam itu saya berada di pelabuhan klang.
Mencari makan untuk seisi rumah saya.
Sedang saya sabar menanti,
Perhatian saya terpesong ke meja sebelah.
Ada sepasang laki bini dituruti 7 anak sedang menanti pesanan.
Si abah cakap :
"abah minta maaf tau..abah tak mampu belanja makan korang mahal-mahal"
Anaknya semua cuma senyum.
Salah seorang buka mulut :
"kitorang tak kisahla abah.."
Tak lama kemudian makanan mereka sampai.
Setiap seorang dapat nasi ayam.
Dan dua pinggan hidangan barat dijamah berjemaah.
Suasana cukup menggembirakan sekali.
Saya cuma kerling sambil senyum.
Saya harap,
.
.
.
.
Saya akan jadi sehebat abah keluarga itu.
Tahu mendidik anak supaya bersyukur sentiasa.
.
.
.
Baru juga saya tahu,
Menggalas beban sebagai seorang ketua keluarga,
Bukan calang-calang tugas.
Selamat Hari Bapa untuk Atok Bak, Atok Musa & Abah (bagi pihak Faiz, Hazim & Firmansyah) kerana menjadi seorang ayah yg hebat!
Tak ketinggalan buat Cik Nazir (bg pihak Dina, Qis, Aniq & Qalish), Cik Mat Noor (bg pihak Kakak Min, Haziq, Haiqal, Hasif & Haidar), Cik Midon (bg pihak Mirul, Harith, Hamsyar & Amani), Cik Amar (bg pihak Afif, Anas & Hannah), Cik Rizal (bg pihak Nor Yusrina), Cik Adi (bg pihak Aleeya), dan Pak Ngah Uji (bg pihak Farhana)... selamat HARI BAPA utk semua!
.
.
No comments:
Post a Comment