Monday 17 November 2014

Lambaian Pantai Timur - Part 4




Lepas makan tengahari di Restoran Lagoona, terus pecut ke Holiday Villa Beach Resort Cherating.


 Di sini je resort yang available utk kami 20 orang tinggal sekali gus memandangkan tempat lain dah penuh. 
Maklumlah cuti sekolah, tak kan nak berpecah hotel pulak kan...

On the way ke bilik, ternampak papan seterika ni... 
Tak pe lah, sVs lebih rela pakai baju dan tudung renyuk renyam.

histeria budak-budak bila jengah veranda terus nampak pool..

Rugi kalau tunggu redup baru nak berendam.
Jessica Alba jadi famous pun lepas dia tan-kan kulit dia tau...

 pantai yang cantik dan bersih

Kalau kena sengat jellyfish dkt. tepi pantai, mana nak cari cuka & limau?
Ala, suruh je sesiapa wee wee  :)

 Abid geli pijak pasir.  Biarkan... kita buat tak tau je.

 Tiba-tiba hero datang pujuk...

Mana-mana pergi, mesti ada yang ber-selfie.

Ingat tak cerita di Pantai Port Dickson pasal sorang cedera parah, patah tulang
 rusuk kiri sebab kena langgar banana boat?2013 pulak, kanak-kanak 2 tahun
 meninggal sebab terjatuh dr banana boat akibat terlepas dr pelukan ayah dia.. Subhanallah.

Terapi pasir pantai, rela dalam paksa

Aktiviti berkuda pun ada.

I want to touch a horse

Besar jugak lubang hidung kuda ni rupanya...
Teringin nak masukkan bola ping-pong, 
lepas tu suruh kuda tu hembus kuat-kuat..

Malam tu makan di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur.
Dah 3 kali makan sini sebab masakan dia menepati citarasa.

Kami order telur dadar, udang & sotong goreng tepung, sup sayur, lala masak halia, kailan ikan masin..

... ikan pari bakar petai, ikan siakap 3 rasa & ikan aji stim limau untuk 20 orang makan.

 Alhamdulillah, syukur atas kurniaan rezeki dari Mu Ya Allah.


Esokya seawal 6.50am, kite orang dah tunggu matahari terbit

Susah rupanya nak lompat sama-sama dalam 1 masa...
berdiri tegak je lah...

 My sista
 Lepas breakfast, terjun pool lagi dan lagi dan lagi

12 tengahari checkout dan kite orang mulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur.  Hmmm... sekejapnya rasa.


Sebelum tu singgah Warong Pak Su & Mak Su, sebelah Balai Polis Peramu.
Disebabkan semua bebudak dah tidur walaupun baru 10 minit masuk kereta, 
terpaksalah tapau aje,  
lagi pun kedai tu dah padat & sendat dengan pengunjung.



Percutian Jelajah Pantai Timur 5 hari 4 malam ni banyak dibantu dengan alat komunikasi 
masa kini kerana ianya memudahkan perjalanan kami sekeluarga.  
Kita merancang, Allah yang tentukan.  
Sesungguhnya kelancaran ini semuanya datangnya dari keizinan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Wassalam.










.

16 comments:

Dr K said...

Tu dia..siap dgn walkie talkie...mmg well organized ni :)
Area Cherating tu mmg banyak org bela kuda kan..saya duduk kat Casa Titik hari tu pun, ada kuda

Ujie Othman said...

Warung sebelah balai polis peramu tu saya ada lalu waktu malam, tutup.

Cantik je gambo belakangkan matahari tu..

Kakzakie Purvit said...

Kakak tengok pun tahu syoknya kalau holiday macam ini..
Macam-macam gaya.:)

Aziela said...

Rindunyaaaa Kuantan...huhuhh. Holiday Villa ada 2 pool so x yah rebut2...hihihi. Paksu Moksu kat Peramu tu kalau cuti sekolah ni saya sanggup x tempuh. Nak tapau sata pun macam berperang rasanya...hah ahh a

Nizam.Ariff said...

Berendam dlm pasir...tak takut kena ketit dgn anak ketam batu...?

Kakcik Seroja said...

Seronoknya dapat main air. Seronoknya dapat makan-makan. Seronoknya dapat bersama ahli keluarga tersayang.

Tengok bot pisang, kakcik teringat pengalaman di Port Dickson. Anak kakcik yang ketiga dan pernah melalui pembedahan besar berkaitan jantung, hendak juga naik bot itu. Kami naik dengan pesanan kepada jurupandu agar tidak menterbalikkan bot seperti kelazimannya. Tapi ada dia kisah? Walaupun dah berjanji, dia buat juga. Sebaik terbalik, memang kakcik terpa anak kakcik dulu. Syukurlah tak jadi kejadian yang tidak diingini walaupun anak itu tercungap-cungap juga...

Dr Singa said...

nak pinjam 'tokie-tokie' !!

Ila said...

sVs...ajarlah kita cam mana nak ambik gambar cecantik gini...nanti kita upah urut kaki...jangan tending tau!

Ila said...

*tendang

mayangbakingmadness said...

wahh besnyer.... bercuti ngan family.....

Najib Ariyan Ali Basha said...

Cantik cantiknya gambar, ana ikan bakar petai tu ada juga kat bangi kan? Mmg sedap

@xiM said...

suka tengok gambar gambar sini. cantik cantikkkk.. gambar pegang matahari terbenam tu terbaik lah! :)

makcikkantin said...

bestnyaaaa......mck pi rumah sewa anak yg ada pool pun belum sempat berendam lagik

Yong Is My Name said...

gambar lain boleh tahan tapi bab gambor makanan.. meroyan cikyong kat sini..
nice shoot dinda ;-)

whitecappuccino said...

Betul la
Gambar cantik cantik sis..

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer baca kak..gambar pun menarik gilerr..haishh biler la saya nak ke cherating nie..tak sampai sampai lagi ke sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger