Friday, 8 March 2019

Homestay Rumah Liza, Pedas Negeri Sembilan


Assalamualaikum :)

Family day Haji Ibrahim Clan di Homestay Rumah Liza, Pedas Negeri Sembilan.
Kali ni kita orang cari suasana kampung pulak.
Dikelilingi dengan pokok buah-buahan & binatang ternakan.


Green.
Rumah Liza ni penuh dengan pokok buah spt pokok kelapa, 
ciku, durian, rambutan,  manggis, jambu botol, pelam, belimbing buluh, 
nona, pokok petai dan jering. Lengkuas, serai, kunyit, lemon, limau
kasturi & cili padi pun ada gak. Sedihnya waktu tu bukan musim.
So cuma ada buah kelapa, ciku, jering dan putik rambutan je.

 Reka bentuk Homestay Rumah Liza ni bercirikan rumah Minangkabau.


Atok Bak dah tunggu tu... moh le kita masuk.
Semekom...


 Cantik tangganya, sesuai utk port membawang berzikir petang-petang.
 Ada 6 anak tangga semuanya sebab tuan rumah ni ada 6 orang anak.
 Nampak... setiap kejadian tu ada bersebab. Bukan hentam keromo je.

 Verandah
Best duduk sini sebab banyak angin.
Pooooooottttt... oops

Ruang tamu yang luas. 
Malam ni bergelimpangan la rakyat jelata kekenyangan di ruang ni.

Day bed di bahagian Rumah Tengah.
Belah kiri tu ada bilik tidur dengan katil queen size dan gerobok pesen lama.

 Turun tangga je ada ruang menonton, bilik air, bilik stor simpan bantal selimut, 
ruang makan, mini perpustakaan dan dapur.


Suka dapur yang penuh dengan pencahayaan macam ni. Angin pun bebas keluar masuk.
Angin?...  tahan-tahan...


Rak pinggan mangkuk.


Teringat rumah atok dulu-dulu. Selalu bayangkan tangan jerangkong keluar 
celah ruang ambin kayu tu. Tak pun ada mata merah tengah mengendap dan perati, 
sapa la yang rajin sangat basuh pinggan malam-malam. Nak buat bini la tu.

Keluar pintu dapur je ada lagi ruang untuk melepak. Kat sini lagi banyak angin... best.
Poooooootttt... 

Depan sana tu ada ruang bbq dan 2 outdoor toilet yang sangat cantik dan bersih.
Sambil-sambil tu kita buat lawatan tapak.

 Atok Bak suka la kalau jumpa pokok-pokok ni... terapi katanya.

Citrus limon - Lemon
 
 Manikara zapota - Ciku

Sapa yang rajin boleh jogging keliling kampung. Balik, bawak aiskrim 1 plastik.
Pukul 6 kita start bbq ok.

 Family bonding 
Sepupu sepapat

Senyum...

Disebabkan semuanya teruja akan kesedapan bbq pada malam tu, 
maka sekeping gambo pun tak sempat nak snap. Pandai.
Tak pe... kita ganti dengan gambo breakfast yang tak kurang hebatnya.

Kehebatan chef-chef di Haji Ibrahim Clan memang tak dapat disangkal lagi. 
Let the picture speak..

Suasana sunyi seketika kerana mereka semua sedang menikmati kelazatan sarapan 
pagi yang penuh dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Subuh sapie sempat lagi tumbuk sambal belacan berulamkan 
timun dan kacang panjang. Ko mampu?

Di sebalik tabir.
Jejari kentang sira tu kena bagi volume sikit, tak de la leper 
terlepek atas pinggan je. Kuis sikit ke atas... 

Lepas bersarapan dengan menu yang mengikut piawaian piramid makanan, kita 
jalan-jalan Ladang Haji Budin pulak. Betul-betul depan homestay ni ada ladang 
ternakan kambing bebiri & lembu baka baik punya..

 Oooo... Tuan Haji Kamaruzaman Budin outstation hari ni..

 Hai awak...
Bersih je kandang dia.

Nak bertanya pun tuan tanah tak ada. Ingat nak la beli kambing dalam 3 ke 4 ekor. 
Buat main-main dekat rumah. Tak pe la.. kita jengah kejap sedara dalam tu.
Embeekkkk...

Kecik-kecik dulu, selalu kena kejo dgn angsa, sampai hilang selipor. Siap ko kali ni...

 Goat and sheep breeds

 Cattle breeds
 Kalau masuk kedai steak, biasa jumpa daging Angus dengan Wagyu.
Bila tengok harganya.. terus seret keluar Abg Taf cepat-cepat. Ngeri. 
Patot la sedap dagingnya, cair di mulut dan di poket.
 Layan sekali sekala boleh la.

 Tuan Haji Budin ni pernah menerima Anugerah Peladang Jaya di Hari Peladang, 
Penternak dan Nelayan Kebangsaan (PPNK) 2006.

".. Jangan rasa jijik bergelumang dengan najis haiwan untuk menjadi saudagar 
lembu, kambing bebiri dan apabila telah berjaya peroleh pendapatan lumayan, 
hindari rasa bermegah diri sehingga melupakan kewajipan berzakat dan 
tanggung jawab sosial lain.." kata Tuan Haji Budin. 


Mana la marka aku tak sampai-sampai lagi ni...

 
Lepas subuh tadi katanya nak ke laut... Kat sini rupanya dia berendut, cheh

Ni lagi sorang, nak pergi petik pucuk ubi konon...


Uncle Don nak kait buah jering / jengkol


Pagi tu, kita buat telematch bertemakan 'Suasana Kampung'.
So kena la pakai kain pelikat dan kain batik :)

 Acara 'Balingan Kasih' untuk kanak-kanak


Yang ni untuk mak bapak pulak

Over kan...
Budak-budak tadi main relak je.

 Abang kita ni macam dah biasa je sambut pinggan mangkuk terbang dalam rumah... hihihi

 Uishhh, jurus angin tahap dewataraya laaa..

Apa-apa hal kita gelakkan dulu ramai-ramai. 
Dah puas gelak, baru kita tolong... lalalala

Game kedua, 'Mencari Ibu Hilang'

Dik, jangan nangis dik... cuba cari betul-betul :(

Acara seterusnya - 'Berpisah Tiada'
Kena pisahkan diri tanpa membuka ikatan tali. Nampak macam senang, tapi!!!!!

 Jom tengok gelagat masing-masing... hihihi


 Lalu celah kelangkang pon ada... hahahaha

Ni lagi sorang, agak-agak siapa tiru siapa?

Termenong kejap sementara tunggu idea sampai..

 Huhuhu, makin terpintal ada laaa...

Jangan tiru aksi ini, 18SX... ish ish ish

Ampun bang... ampun. Saya janji tak beli handbag lagi...

 Adoiii! susahnya... main PUBG pun tak susah macam ni

Relax bro, kita google je.. sure kita menang kali ni, hahaha


Abang ganteng, kakak gojes, adik-adik kiut semua... meh sini meh. 
Sila rujuk pada bijak pandai sahaja. Sebelum tu sila kutip sorang singgit.
Memula masuk celah ni.. pas tu konar kiri.. yg kanan selok belah atas pulak.
Sila bagi tumpuan ya kerana wang anda tidak akan dikembalikan.

Habis je telematch, seperti biasa ada cabutan bertuah tajaan Ayah Long.
Ada 3 kategori semuanya - untuk kanak-kanak, ibu-ibu & bapak-bapak. 
Moga Ayah Long diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.. Aamiin.

Woi! wooii!! sini pandang camera woi...
Bolayan. Nampak sangat semuanya materialistik... cit

Muka ada sinyum..

 Bukan calang-calang hadiah, Fantasy Britney Spears set hokey...

Penuh 2 bag... Rezeki masing-masing


 Atok Bak awal-awal dah dapat hadiah. Lengkap sepersalinan serba berdiri.


Lepas ni nak hadiah tiara pulak katanya...
nak warna pink
Wow!!


Bersyukurlah atas nikmat yang dikurniakan selagi kita bernyawa. Apabila bersyukur, 
Allah SWT akan melimpahkan pelbagai nikmat kepada kita dalam pelbagai bentuk.

2 family tak dapat join trip kali ni (Adi & Ana)

 Antara anak perempuan Atok Bak.
Sila bagi pose paling jelita yg korang mampu..

Free style pulak... tajuknya, Bila Izrail Datang Memanggil
Hahahaha..

Adab dan kelakuan mempunyai pengaruh besar dalam membentuk 
perwatakan seseorang. Patut la semuanya nampak sopan je.


Ok, bai.








Homestay Rumah Liza
Kampung Gaing, 
71400 Pedas, Negeri Sembilan


2°37'22.9"N 102°03'41.5"E
 
www.homestayrumahliza.blogspot.com


.

13 comments:

Aishah kohar said...

Happy family kak.. semoga sentiasa bersatu hati.. Alhamdulillah

norhidana miswan said...

seronok nya tgk, meriah, havoc gitu

mmg cantik la homestay tuh, nilai2 kemelayuan tu mmg banyak betul kt umah tu... laman luas, mmg puas hati lah
pastu mmg meriah la segala aktiviti tu yek, hadiah pun best...

CikLily Putih said...

cantik tempat ni, sejuk dan nyaman je. bagus untuk buat family gathering ni kan best-best best

ejulz said...

wahhhh.. seronok dapat berkumpul ramai2 :)

dear anies said...

cantiknya rumahhhhh saya rasa rumah ni macam selalu je jadi lokasi penggambaran esp kalau ada melibatkan jln cerita ttg 'negri sembilan'

Mrs. A said...

Seronoknya family gathering dah le semua sporting pulak tu.
Eh! dokek yo dengan kg Mrs. A tempat ni apsal Mrs. A tak tahu ni huwaaawaaaa....

mrhanafi said...

sangat cantik dan menarik...

ada kesempatan mau saja pergi

Siti Yang Menaip said...

cantiknyaaa rumah !! suasana kampung. dulu rumah nenek cemni la sikit xdela lawa cemni.
tapi srkng da roboh buat rumah batu.. balik kampung rasa tak feel..

AisNy said...

Meriahnya... Untung ada keluarga besar...
Teman kunjung balas dan follow blog nie...

anamizu said...

wahwahwah cantik betul rumahnye. meriah semuanya sporting join aktiviti. terbaeklah *thumbs up*

nohas said...

bestnya..semua sporting ikut tema..banyak homestay menarik di kampung2..rumah tradisional tu yg bonus..

Azian Elias said...

bestnyaaaa.. suka sangat tgk suasana kampung cam ni. luas mata memandang lah.

mayangbakingmadness said...

wah bestnya, memang seronok berkumpul macamni, thanks for the info.. insyallah akan berkunjung kesana bersama famili

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...