Wednesday 24 July 2019

Rezeki Dari Allah


Assalamualaikum :)

Hamka berkata ...

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 

Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 

Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 

Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.

Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.

Kongsi keberkatan rezeki   ;)

.

12 comments:

Ibu Lala said...

Salam Rabu. singgah sini ye

Suria Amanda said...

Alhamdulillah...terima kasih atas perkongsian...SA datang sini bertandang

norhidana said...

setuju kak... rezeki tu bkn semestinya apa yg kita minta kan, dulu2 dana selalu mempersoalkan, kenapa Allah bg aku susah tp bg senang selalu merungut sampai lah 1 hari tu dana terdgr kot ustaz ckp kt ceramah psl rezeki, redha... lps tu dana tukar pemikiran... redha n bersyukur dgn apa jua

nohas said...

syukran..terasa tenang di hati..
manusia/masyarakat sentiasa bertanya apa yg tiada/tk dapat...sentiasalah kita bersyukur dgn apa yg ada..

makcikkantin said...

Well said. Bukan senang nak berlapang dada terima hakikat tentang rezeki....

kakrose said...

salam,
jalan2 singgah disini

Mun said...

Sy setuju sgt kak.. wlpun sy dh hampir 4 thn kawen.belum ada zuriat.. ada hikmah setiap yg blaku.kalau dulu, Setiap kali mesti sedih tgk org pegang baby.ada anak2.. sekarang sy lebih redha. Allah tahu apa yg terbaik utk saya.

Warisan Petani said...

Sesuatu yang Allah rancangkan untuk umatnya, ada hikmah disebaliknya.

Nizam.Ariff said...

Keyword : redha

Mrs. A said...

Redho dan sentiasalah bersangka baik padaNYA.

Suhana Abidin said...

Terima kasih atas reminder nie , terjentik hati lepas baca blog akak . Kadang kita manusia yang tak reti bersyukur dan tak nampak rezeki yang Allah dah hidangkan . Walaupun rezeki tu bukan dari segi duit .

Saya dah 3 bulan Allah duga dengan bermacam-macam hadiah ujian , saya selalu tanya kenapa la saya selalu dapat ujian "duit" macam nie . Yeee , dengan ekonomi sekarang memang agak tertekan dengan masalah kewangan . Tapi ada hikmah dan Allah nak kita bersyukur dengan rezeki yang lain .

Mungkin Allah tak bg rezeki duit tapi Allah bagi rezeki yang lain . Allahualam . Maaf komen yang panjang .

Azhafizah MN said...

Rezeki itu luas dan bermacam bentuk. Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki yang halal dan berpanjangan untuk kita semua..Aaminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger