Perginya dah lama tapi macam baru semalam jelajah ke 3 negeri yang terkenal
dengan budu, keropok lekor dan ikan patin masak tempoyak.
Masa memula beritahu nak drive ke sana ingatkan tak ada sesiapa nak ikut,
dengan budu, keropok lekor dan ikan patin masak tempoyak.
Masa memula beritahu nak drive ke sana ingatkan tak ada sesiapa nak ikut,
rupanya ramai pulak nak mengekor.
Maka berkonvoi la kami adik-beradik seawal 6pagi bermula di Tol Gombak.
Maka berkonvoi la kami adik-beradik seawal 6pagi bermula di Tol Gombak.
Siapa lambat tinggal!
Sarapan di Raub dan tiba di Kota Bharu dalam pukul 2.30pm dan terus ke Restoran Nasi Ulam Cikgu
untuk makan tengahari. Lokasinya terletak berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra
iaitu di dalam kawasan Kampung Kraftangan.
Puan Sri..
Malangnya hidangan yang sempat snap cuma ni je sebab semuanya kelaparan.
Sambal belacan + budu + tempoyak + mangga = TERBAIK!
Selesai santapan fizikal & rohani, terus ke Pasar Siti Khadijah untuk santapan duniawi pulak.
First time sVs ke sini.. teruja!
Mokcik jurujual tu kata, ni tudung ICT...
Lepas lenguh tangan & merah jari menjinjing bag plastik hitam hasil tangkapan 2jam setengah,
kita orang teruskan perjalanan utk check in homestay. Sebelum tu singgah dulu kedai untuk
membasahkan tekak setelah penat aktiviti tawar-menawar di Pasar Siti Khadijah tadi.
Bayangkan kacukan Jawa Belanda kecek Kelate.... haru!
Inilah tempat sVs 4 keluarga menginap selama 2 malam. Sangat selesa dan memuaskan.
Lepas mandi-manda, basuh baju dan tidur sekejap bagi 'mengecas bateri',
kita orang makan malam di Wakaf Che Yeh.
Pergh! Ada pasar malam la... terbaik!
Lepas mandi-manda, basuh baju dan tidur sekejap bagi 'mengecas bateri',
kita orang makan malam di Wakaf Che Yeh.
Pergh! Ada pasar malam la... terbaik!
Assalamualaikum & Good Morning Kota Bharu :)
Masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang kerbau, menguak...
masuk kandang rimau, mengucap.
Tapi bila kita masuk negeri Kelantan, kenalah makan nasi berlauk pepagi hari.
Terjumpa gerai jual nasi kerabu, nasi dagang, nasi putih lauk ayam goreng &
ayam pedas, laksam, kuih lompat tikam, apam, pulut panggang/pulut lepa dll.
Sate & nasi impit pun ada laaa... dalam 1 bungkus ada 4 cucuk.
Suka mokcik tu, boleh tutup gerai awal sebab kita orang borong hampir semua dengan harga $32
untuk 18 orang makan. Murah ke mahal?
Terus ke Rantau Panjang untuk cuci mata. Hoyea! hoyea!
Sementara tunggu kaum ibu
berpijak di bumi yang nyata, kaum adam dinasihatkan menyejukkan diri
di
gerai berhampiran sambil menghirup barang segelas dua air milo ais...
tiga gelas pun tak pe...
Errr lagi elok kalau 1 jug.
Sesungguhnya sabar itu indah.
Lariiiiiiii...
Bersambung...
.



















