Wednesday, 16 December 2009

Otak-otak ikan

Tetiba je teringin nak try masak otak2.  Mcm bes je... Pepagi abah belikan ikan kembung 3 ekor sebelum keluar gi site. Nasib baik dah siap buang perut, selamat....  Org mmg tak suka siang ikan, bukannya apa.. tak sampai hati tengok ikan tu berlumuran darah, ngeri siot...
 Bahan-bahan
*3 ekor ikan kembung (asingkan isinya)
*3 biji bawang merah & putih*
*3 sudu cili giling, (serai, halia, lengkuas, kunyit)-semua blend halus dulu
*2 biji telur
*santan pekat
*daun kunyit hiris halus
*Tepung gandum sikit, rempah kari, garam, gula & air

Blend semua bahan kecuali tepung & daun kunyit.  Masukkan dlm mangkuk ayun, + tepung & daun2. Bungkus dlm daun pisang bakar / kukus selama 20 minit. Siap.








Saturday, 12 December 2009

Langkawi Day 4 - Dataran Lang

Last day ke hari ni kat Langkawi?? Bukan ke baru tiba malam tadi?... apa kata kalau tambah lagi 2 hari... tak pun pindah je sini.... dapat jumpa Hj Ismail , bole lanyak kereta sewa semahu-mahunya tanpa rasa bersalah, bole makan nasi ayam sedap, mee rebus, pres oren, tengok kapal layar, monyet, mandi laut, kerbau, cuaca panas hangat pijo, kabel ka, helang beso... Bes ape...

Lepas hantar keta sewa yg entah berapa kali langgar lubang, lepak kat airport...  flight delay le pulok...


Kesimpulannya....... Langkawi Trip Yg Happening! 

Babai Hj Ismaiiillll.. jumpa lagiiiii....


Friday, 11 December 2009

Langkawi Day 3 - Pantai Tengkorak

7hb December, pagi-pagi gi Pantai Tengkorak, nasib baik tak jumpa jum jumatun.  Bes sesangat sbb tak de sape-sape, cuma kita orang dan monyet-monyet yg cuba nak curi bekal jemput-jemput bawang & air teh..  nasib baik dia binatang tak sempat buat kenduri..

FAMILI TREE

Lepas sun bathing, agak-agak kulit dah 'tan' mcm Nabila Huda, terus balik untuk bersiap-siap ke acara yg paling dinanti-nantikan oleh semua kaum hawa hehehe...  HAJI ISMAIIILLLL!!!  HERE I COOOOMME!!! 

Makan dulu kat kedai nasi ayam yg superb dkt area Kuah & beli ikan bilis, geragau, dan sewaktu dengannya dgn kualiti yg baik, fresh & harga yg b'patutan.  Pas tu gi Kedai Hj Ismail & borong kat situ je. Beli coklat, kuali, pan, grill Tifal, 3pcs nylon utensil, sedozen sudu kecik, 2set candy bowl, 1mangkuk hidang..... tu je...  Kena keluar cpt sbb nak basuh yak Firman & hangin Faiz dah datang...  Potong stim tul... 

Hari yg sungguh memenatkan...  Alamak!! esok dah kena balik daaa... tak besnya...



Thursday, 10 December 2009

Langkawi Day 2 - Dr Mahathir Galeria Perdana

Dr Mahathir Galeria Perdana

6th. Dec 2009, 2nd day at tanah kelahiran Mahsuri, daughter to Pandak Mayah & Mak Andak Alang who put a curse on Pulau Langkawi for 7 generations pada 1819 bersamaan 1235 Hijrah... subject Sejarah standard 5, sekolat TMS, kelas Cikgu Latifah.  

Wa suka sangat cerita Mahsuri ni sbb penceritaan dia b'beza dgn Mat Kilau - Pahlawan Pahang, Paramiswara - yg lepak bawah pokok melaka (tu pun nak kecoh..), JWW Bitch Birch - mandi berkemban dkt Sg. Perak, Tok Gajah - walaupun rupa dia serupa org normal.. dll.  Lagenda Mahsuri (Nasha Aziz) ni lain sikit.. daughter to Pandak Mayah (Jalil Hamid) and Mak Andak Alang (Fauziah Nawi), beautiful wife to Wan Darus (Dr Sheikh Muszaphar hehehe), menantu kpd ketua kampung - Wan Yahya (Jalaluddin Hassan), difitnah oleh mak mertua dia sendiri - Wan Manohara Mahura (Hamidah Wahab) dan dihukum bunuh krn difitnah b'sama seorang penyair bernama Deramang yg miskin tapi handsome giler (masih difikirkan siapa yg sesuai)....


Mahsuri sumpah Langkawi tak aman selama 7 keturunan-kena tikam keluar darah putih.  Jalan cerita yg menarik & tak perlu nak hafal tahun banyak2.  Sesuai utk buat drama versi Rashid Sibir.   Tapiiii... Cek Det kita kata, apa namaaa.... eerrr Langkawi tak maju sbb tak da sapa yg nak membangunknnya,  tak da kena mengena dgn sumpah Mahsuri walaupun diakui sumpah mahsuri tu satu Lagenda pada Pulau Langkawi...  Wallahuaklam.


Dimulakan dgn melawat Galeri Perdana, a two double storey buildings yg mempamirkan remarkable collection over 2500 gifts & awards given by eminent world leaders to Cek Det & Mak Mah.  Tu tak termasuk paintings & potrets dia keliling dinding.  Ni nak dapat hadiah setahun empat kali pun payah, siap kena bagi hint dulu... tu pun kalau nasib baik..





Gunung Mat Chincang

Disebabkan tak jumpa Kampung Buku, terus ke cable car Gunung Mat Chincang. Bebudak sibuk nak naik cable car tapi disebabkan org beratur punyalah pjg, bukan setakat bentuk "S" tapi dah jadi "WWW",  berderet-deret.. fuuhh, lega... alasan kukuh tak yah naik. Faiz kata : "Eleh, mama takut sebenarnya...." So, cuma lepak bagi rusa, ikan & arnab makan.. best gak..  Alaaa.. dulu kan dah naik.. penuh dgn nostalgia.. hehehe..

Baffalo Farm

Wednesday, 9 December 2009

Langkawi Day 1 - LIMA


Just got back home from a long 5d4n vacation to Langkawi.  Plan since September + alhamdulillah t'makbul jugak akhirnya nak tengok live International Maritime and Aerospace 2009.  Mcm bes je bunyinya...  mmg bes pun! BEST sangat-sangat!!

Flight ke Langkawi Friday 4th Dec, 7.30pm.  Duduk rumah Uji/Mazwin dkt Pantai Kok, save budget $ hotel beb..  Lepas makan-makan, borak-borak, terus tidur..  Tapi mlm tu tak leh nak tidur, kaki dah basuh, doa tido dah repeat byk kali, tu tak termasuk 3 Kul lagi.. maunya khatam Quran malam tu jugak tapi still tak ngantuk & serba tak kena, sungguh mendebarkan tapi tak le seram, satu perasaan supernatural yg tak leh nak digambarkan.. mcm ada yg tak kena, kenapa ek? Berpeluh2 malam tu walaupun kipas dah mcm helicopter nuri nak terhempas.. apasal ni....  mungkin sbb excited nak mulakan hari esok kot! hehehe.. Serious, tak tipuuuu........ zzzzzzz

5th Dec. last day LIMA open for public.  Pepagi pi ambik kereta sewa, mintak Iswara tapi dapat Kelisa! takpe, janji selesa (nak sedapkan hati). Fokus utama nak pi tengok pameran Maritim di Awana Porto Malai Ali, nak tengok kapal selam tapi tak kesampaian sbb terlambat atas sbb2 t'tentu.  Show kapal2 lain sempat le.  Antaranya demonstrasi menyelamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menawan lanun, penyeludupan di perairan negara.  Lagi.... demo bot Penggalang dgn kuasa waterjet propulsion buatan M'sia  mampu m'capai kelajuan hingga 40knot sejam & bole b'pusing 360 darjah!  Mcm-mcm lagi le demo yg dia tunjuk...  tak reti nak cerita tapi mmg happening & best sesangat!  Lagi... persembahan dari pesawat amfibia (ingatkan binatang je amfibia) yg b'kemampuan mendarat atas air, menyedut dan menyiram air ke atas 'sasaran'.  Lepas tu semua b'tempiaran lari selamatkan diri dari percikan air/mist tu.. hehe pesawat pun pandai buat lawak... .suka suka.

Lepas lunch, pi pecut ke Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), largest & most prestigious exhibition and convention venues di utara Semenanjung. Mcm gah je bunyi nye kan.. Punyalah ramai umat Nabi Muhammad dkt situ!  Teruja sesangat dgn bunyi jet2 tu semua, bingit tapi 'BEST'!! Teringat kecik2 dulu, pantang helikopter terbang rendah, maunye b'lari keluar sambil jerit.." Helikopteeeeerr.... Tungguuuuu!!!.." sambil terloncat2  & lambai 2 tangan tengah panas mcm org gile... Dkt sini pun terloncat2 jugak tapi dlm hati je sbb mcm-mcm Jet Fighter ada, siap keluar-keluar api lagi! mcm lukisan Faiz/Hazim darjah 1. Kira imaginasi dia tu betul rupanye.... Bukan setakat tengok je... nak sentuh, peluk & cium pun bole wa cakap lu!!! mana le tak teruja!! rasa mcm nak beratur sebaris anak beranak buat Mexican Wave... Tetiba je rasa mcm nak isi borang joint TUDM.







Habis show, lepak jap dkt Pantai Kok sambil makan rojak petis, laksa, pasemboq, mi rebus dan bergelen2 air cincau & pres oren. Kembang kempis hidung masing2 minum air coz teramat-amatlah haus menahan dahaga tadi. Terasa sejuk & segar je air lalu celah kerongkong lalu menyusup ke seluruh urat saraf hingga ke akar umbi... oohhh, syurgaaaaa...   Balik, tapau lagi 4 bungkus mi rebus yg superb.. bagi mengelakkan terjadinya pembakaran terbuka kat dapur mlm ni....  Rasa mcm nak tapau gak pres oren 3balang, tapi mcm tak logik je...
Ni le tempat faberet setiap ptg sepanjang berada di Langkawi sambil Faiz & Hazim m'bincangkan topik semasa berlatar belakangkan Telaga Harbour.


Kesimpulannya..... Satu hari yg happening giler di Pulau Langkawi, serius ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger