Thursday, 20 February 2014

Cameron Highlands



Cerita tahun lepas..
Kali terakhir pergi Cameron Highland ialah 11 tahun lepas. 
Kalau dulu kena pakai baju tebal2 sbb sejuk sangat, 
tapi sekarang ni berkemban depan balcony subuh sapie pun tak terasa.... 
ok tipu.  
 Jom layan.


Singgah kejap Hutan Lipur Lata Iskandar bagi merehatkan sendi kaki 
kanan setelah penat tekan brek kereta.

Sebelum layan bunga dkt MARDI ni, kita makan stoberi coklat dkt sini dulu...
Terbaik!



sebenarnya tak suka bunga pun... 
Bila ternampak bunga ros pink ni, teringat pada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Baju kurung dia banyak warna ni..... memandai je

Jangan lupa singgah sini, Opah Strawberies & Jam's  di Kg. Setia CH.
 Boleh petik sendiri dr pokok - sekilo RM35 je.. kalau tempat lain RM50 ok.

Muffin stoberi ni baru je keluar dari oven, masih berasap dan rasanya sedap nak mampos... tak tipu

Duduk di Country Lodge Hotel Apartment, Brinchang supaya boleh jalan kaki je ke pasar malam.. 
tak perlu harung jem & pening kepala cari parking

japanese sweet potato & jagung kukus

honey comb & strawberi

Belah atas dia susun stoberi besor-besor, bila selak bawah... cenonet je. Tipu!


2nd day ke BOH Tea Centre di Sungai Palas seawal 8.30pagi bagi mengelakkan 
jem dan nak dapatkan tempat duduk paling hujuuuung tu.. nampak tak tu?


tuuuu...

Penat woo menapak naik ke puncak... semput.
Ada mushroom soup-$5.30, coconut tart $ 3.80/pc, chocolate melt $7.00/pc,
 tuna/egg sandwich $6.30/pkt, shortbread $5.30/pkt dll.

Firmansyah ni tekak melayu.. walau dimana jua anda berada, nasi juga yang dicarinya tak kira waktu, 
baik pagi petang siang ataupun malam.  Nasi lemak sambal ikan bilis ni harganya RM4 kau.

Chocolate melt yg tak melt... fail! 
Kalau masuk masterchef, dah lama kau kena singkir.


panas pagi tapi angin sejuk... 

kalau hari-hari dapat breakfast dengan view belakang rumah mcm ni kan nyaman... 
tak de la kena hadap kuali periuk belanga neighbour belakang yang bergantungan
 dgn pe'el berkahak tak kira waktu... poor civic minded, tui! 
Bila la kau nak pindah.

Hijau with fresh air



 Amazingly beautiful
 
Pak Lang & Mak Lang yang BEST!



Kesayangan hamba


antique brass tea rolling table

 
 Hallway entrance to tea store




Nampak tak tempat duduk kayu bawah pokok belah kanan tu?  
11 tahun dulu, di situ la kita orang hirup teh.


Lepas kecut perut turun lereng bukit sempit sambil tekan brek angin, 
kita cuci mata di Cactus Valley dulu sebelum balik ke KL.







Tengahari tu makan nasi wange-wange aka nasi ganja di Jalan Yang Kalsom Ipoh.

Tiba rumah terus stim jagung.  
Hongges jagung tu sambil on aircond paling minima... 
feeling Cameron Highland walaupun belakang rumah periuk belanga bergantungan... huh

untuk budak-budak, + mayo, garam & lada hitam.

sebelum rosak, baik buat strawberry float - blend susu & aiskrim.

bakinya kita celup je coklat.



Tamat.










.

46 comments:

  1. padat dgn pic2 menarik !>..... but paling best adalah strawberries tu... nak sikit !

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tanya IWK, ada jumpa cebisan tak... hihihi

      Delete
  2. yu telah berjaya membuat ai ingin ke sana semula setelah 30 tahun mem-ban-nya kerana jalan berbukitnya itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Humaghai.... 30tahun?
      Lepas ni kalau awak nak pergi, cuba buat-buat tidur...zzzzzz

      Delete
  3. kita dah lama sangat tak p cameron. rindu la ! nak makan stoberi, jagung, sayur2 fresh huhuhu

    ReplyDelete
  4. Kak tak snap gambar berkemban subuh sepie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kau bayangkan Kate Middleton berkemban............. dah?
      haaaa.. akak rupa itu la, serupa je....



      serupa tang kain batiknya

      Delete
    2. Saiz kain batiknya sama tak dengan saiz kain batik akak? Mana tahu kot-kot akak nya kena extra kan meter kain?


      :P

      Delete
    3. semua kain batik standard size

      Delete
  5. SA suka strawberry...SA suka lata iskandar...SA suka jagung madu tu..eh...semua SA suka...SA nak naik Cameron lagiiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah mandi di Lata Iskandar? Ada brani?

      Delete
  6. pandai betul ambik gambar... betul tak tipu :-)... sampai teringat2 jagung manis tu... hish.. jahat tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, main picit-picit je... betul tak tipu :-)

      Delete
  7. Kakcik dah lama betul tak jejak CH...

    ReplyDelete
  8. eh ros dan bunge bunge dia macam mutant jer boleh celoreng2 gitu kan, spesis avatar ker apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... mcm kena sembur airbrush pun ada

      Delete
  9. kekdah mana berkemban kat balkoni tu... jangan sampai ada kereta berenti tepi nak beli petai, sudah. kih kih.

    ReplyDelete
  10. kak pakai kamera apa ye..cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq. Ada guna Olympus Pen, Panasonic Lumix & camera hand phone. Tengok mana sempat

      Delete
  11. Saya tak pernah jemu ke Cameron Highlands. Bagus betul laa botol garam atas meja tu siap ada nama blog lagi... Pandaiii..hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ngeri ke naik lereng bukit sempit?

      Delete
  12. Assalam
    Tmpt feberet akak ch, sb tgk bunga buah2 hilang stress hihii
    Kehijauan pokok teh terasa damai

    ReplyDelete
  13. hahahaha..tahun lepas punya cerita...
    tapi mmg CH dah tak sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc.. cerita 2 tahun lepas pun masih ada dlm draft

      Delete
  14. cantiknya strawberry ngn honey tu terasa macam nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm cerita P.Ramlee... masam-masam manis

      Delete
  15. cantiknyer gambar2ni semuanya... terasa2 nak ke sana...

    ReplyDelete
  16. Assalam dear..
    kita pergi Cameron Highland adalah dalam 2 -3 tahun lepas..
    borong cendawan yang banyak..petik2 strawberry tak sangka sampai rm$100++..mak aii..
    bayor ajelah..dah terpetik lebih apa nak buat....hehe
    Kilang Boh pulak tutup on Monday..terlepas nak pergi tengok plantations dia..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. $100? tapi masih murah kan..
      pergi hari tu sekaki cendawan pun tak jumpa... :(

      Delete
  17. CH mmg best kan kak..
    sedapnya muffin stoberi panas2 keluar dari oven tu...saya dapat bayangkan kesedapan dia tu...
    cissss, terliur tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab kecurkan air liur org ngandung ni mmg hobi akak..

      Delete
  18. BESNYA RAII... LAGI2 TANG MAKANAN DIA.. STOBERI, JAGUNG.. KIRA SUMA LE NAMPAK SEDAP... EMM TERINGIN JAGUNG LAK.. BALIK NANTI NAK PI BELI

    ReplyDelete
  19. Walaaweii best banget!! Rindu wooo Tanah Malaya ..
    wlpn tak sedap mana tapi makan blkg ladang, air teh o pun rasa cappuccino.. kihkihh..

    ReplyDelete
  20. lama dah tak p......teringat petik strawberi fresh....

    ReplyDelete
  21. tolong saya nak ke CH juga... gambarnyer semua memang cantik2 belaka...

    ReplyDelete
  22. bestnya..rasa cm nak pegi lagi..hehehehhe..pak lang n mak lang muka penuh kamera

    ReplyDelete

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...