Friday 7 November 2014

Lambaian Pantai Timur - Part 3

Part 3
Pukul 9 pagi, kite orang dah mula berkemas untuk bertolak ke Kuala Terengganu.  Sampai sana dalam 12.30 tengahari.  
Kebetulan hari jumaat, jadi sementara tunggu bapaknya solat, maknya pergi cuci mata di Pasar Payang dulu.

Harga tidak kurang dari $350 ya kawan-kawan...
Sarat dengan batu permata, mutiara, kristal, batu swarovski gred AAA++ dari Austria dan Korea.
Baju kurung sVs cuma ada batu bata, batu kapur & batu granit je..

Merelip-relip tudung bawal ICT

Songket ni pulak harganya cuma 3 ribu sahaja.  Paling rendah pun dia bagi RM2500.  
Kalau setakat nak pakai pagi raya dan lepas solat terus campak bawah meja, baik ko pi beli dekat jalan TAR... 

Agak-agak kalau tarik selai masuk bag, dia perasan tak kain dia kurang 1?

Tingkat bawah jual pelbagai jenis keropok, hasil laut, beras, serunding, kekacang dan jajan.
 Sema (say-ma), gula tarik yang diselang-selikan dengan tepung.

 Pisang salai.

 Kerepek sagu

 Beras pulut & kekacang

snek isi kelapa


Lepas makan tengahari dekat mana entah, kite orang terus ke Masjid Kristal.


 Senibina masjid yang dibina daripada kaca & keluli ni terletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.

 Masjid pintar yang dilengkapi teknologi maklumat dan liputan WiFi bagi kemudahan pengunjung untuk 
meng-akses internet untuk membaca al-Quran elektronik.

Kalau la pasang sebijik macam ni dekat rumah, agak-agak berapa la bill letrik sebulan.
Tak pe lah, pakai lampu kalimantang je.


Don't cry, don't cry...

Bila semua dah keletihan, terus check-in homestay.


Malam tu, kite orang makan celup tepung sempena birthday Abang Taf. 

Ada cendawan, sotong, udang, ketam dll.


Esok pagi-pagi, bertolak pula ke Kuantan sebab budak-budak ni dah mula berzikir dkt telinga 
mak masing-masing, bila nak mandi pool.

Breakfast di kedai tepi jalan je sebab tak tau tempat makan best dekat mana.
 Ada mi goreng, nasi lemak, nasi dagang & kuih muih.

 Nasi kerabu pink pun ada

 Bahuku lu
Kuih tokyo inti kaya

Dalam perjalanan ke Kuantan terdapat beberapa pit stop yang wajib dikunjungi.









To be continue  lagi.
Adoooi... letih nak mengabiskan entry Pantai Timur ni.





.

12 comments:

Kakcik Seroja said...

Masa kerja pun malas pakai batik ( malas menggosok), dah tak kerja apatah lagi...

Rindu nak ke Terengganu lagi. :)

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa Pasar Payang punya harga agak mahal. Bolehlah takat nak cuci mata. Sedangkan keropoknyg pun kakak prefer beli yg warung tapi jalan - setanding juga sedapnya.

Tapi kalau makanan dia memang tip-top sedap dan murah berbanding JB ni. Kakak tengok N3 bawah tu aduhai kecur airliur tengok. Seafood dia fresh kan...

:: CIKVIVA :: said...

seafood goreng dia.....umppphhh

Nizam.Ariff said...

Wuih...mahalnya kain.
Klu hantar ke kedai baju, tersalah gunting mau mengamuk sakan!!!

sud@is said...

Masyaallah , Syurga makanan, say ma tak pernah makan, pisang salai nmpak sedap bersari, yang kat sini kering, kuih tokyo langsung x pernah dengar , tengok disini saja..baju-baju yang berkaca permata saya serenda la nmapaknya.

Fazleyatul Aini said...

kampung kita kat ganu
kalau balik sana, pergi pasar payang mesti beli apam balik dia
uiii sedap tau !

uncle gedek said...

Hmmm... borong batik le tu!

zila norazila said...

mahalnye songket kn..klu pki skli jew x brbaloi beli kn..brthun x g tggnu..bestnye la haii..

Bunda_nora said...

Assalam...
Warung Azis Sattar tu...siapa yang berniaga?...Anak cucu dia ke?...

Dr Singa said...

sayunya mata penyu itu!!

Al-Manar said...

We;; done. Keep up with 'selling East Coast' , my poor part of the world.

KONG said...

Yg pink tu nasi minyak kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger