Friday, 6 February 2015

Family Gathering @ Kuala Sungai Baru Melaka




Family gathering kali ni bertempat di Homestay Kuala Sungai Baru Melaka dimana tetamu tinggal bersama 
keluarga tuan rumah/pengusaha homestay - En Rahman & Puan Roslina sekeluarga.


Rumah Limas Melaka menghadap pantai terdiri daripada Rumah Ibu, 
Rumah Anak, ruang dapur, loteng & verandah. Cantik!

 Ada beberapa drama pernah buat pengambaraan di Homestay ni.

Private beach
Kenapa nama dia istana pasir ek?  Kesian raja.


Tak ambik package makan sebab kita orang semua terer masak. Riak kan.
So minum petang hari tu, buat donat celup coklat, kuih sagu 
gula melaka, samosa, teh dan kopi kaw.

Antara hantu menantu Atok Bak

Telematch adalah acara wajib.

 
Remis hasil tangkapan budak-budak.  
 Biarkan 1 malam dalam baldi supaya pasir mendap di dasar, barulah boleh dimasak.


Esoknya lepas sarapan pagi, air mula surut.  Apa lagi...  jom!


 Bola kampung

 

Dalam pukul 10, buat persiapan untuk BBQ lunch nanti.
Tetiba angin kuat dan nampak laut jadi gelap, ada tanda-tanda nak hujan. 
Cepat-cepat capai kamera cap badak sumbu.
 Subhanallah... Cantiknya


 Bila hujan turun, semua memerap dalam rumah.

  
 Atok Bak melayan BFF



Manakala Chef buat persiapan di dapur...

ada ikan sumbat

 air asam,

 potato salad,

coleslaw,

daging goreng,

remis yang budak2 tangkap semalam, tumis dengan bawang dan lada je.

 ayam 3 ekor,
 sotong dan udang berkilo-kilo,
 dan lain-lain.

Bab membakar pulak, kita serahkan pada yang pakar.

 
 Makan menghadap laut.. Terbaik!

6 pack kat mana? 
6 pack 6 pack kat mana?

Itik : Bosan, bosan... jom kita blah

Malam tu sambut birthday Ayah Long, Cik Jaw, Mak Su dan Hannah.


 Kalau dah namanya tido rumah kampung, ginilah gayanya.. bergelimpangan.
Pantang jumpa paku, semua nak disangkut & disidai.  
Rindu suasana rumah kampung.

 
 

Esoknya, kita tenung laut lama-lama sebelum balik.

 Alhamdulillah, Haji Ibrahim Ali masih sihat dalam usianya 85 tahun pada 21 Januari kelmarin.

 Semoga AtokBak dan kita semua dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan,
kekuatan, hidayah dan kesihatan yang baik untuk terus beribadah dan
sentiasa dibawah lindungan Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.

Sebelum balik, kita order homemade pizza buatan Azim.
(anak pada Uncle Rahman - tuan  punya Homestay)

Azim VS Hazim

Azim tak lokek dengan topping
Siapa nak order boleh ke fb sini atau tweet sinun 

Siap take away lagi.


 Untuk maklumat lanjut, boleh klik


Wahai Allah, jadikan lah kami dari kalangan hambaMu yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan.





Syukur Alhamdulillah.



 


.



30 comments:

  1. Cantik kawasan tu....patutlah byk drama filem buat kat situ...

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing kawasan nie...bagus jugak untuk familyday kami nanti..

    ReplyDelete
  3. Nampak tempat ini memang sangat seronok untuk dihuni.

    Seronok juga tengok keluarga yang gembira menginap di sini. :)

    ReplyDelete
  4. eehh dekat je tau dengan rumah kita
    kita kat pengkalan balak tu
    remis tu kalau memang musim banyak betol

    ReplyDelete
  5. terbaikkk!...err nak beli kat mana kamera cap badak tu...sukalah!

    ReplyDelete
  6. Seronoknya kakak tengok!
    Alahai kambing dan itik nasib baiklah awak tak kena tangkap bebudak kalau tak jadi BBQlah awak. Tengok macam lala tu kena tumis langsai masuk perut.

    ReplyDelete
  7. Seronok tengok kegembiraan family svs. Tempat pun menarik untuk di kunjungi..

    ReplyDelete
  8. Mmg best la tgk your family punya gathering...kat macam macam tempat!
    Gambar masa sejurus sebelum hujan kul 10 tu, mmg subhanallah..awesome! Hasil kamera cap badak sumbu eh? hahaha

    ReplyDelete
  9. wow..gambar cantik2, suasana ceria. Happy saya tengok.

    ReplyDelete
  10. Melepas rindu dengan kamu di sini... he he..takkan ku lepas peluang baca entri mu.. ada orang, ada kambing, ada itik...meriah!! semoga atok bak sentiasa dalam ingatan dan peliharaan anak menatu cucu cicit sekalian. Aaiin.

    CM dah dapat banglo di PD...finally....nanti confirm kalu kita tayang gambo k.

    ReplyDelete
  11. asal saya masuk blog akak je, mesti entry gathering family...hahaha...
    rajin betul family akak bergathering...i likeeeee...

    sedapnya nampak ikan sumbat tu kak...siap air asam...gulp...sumpah terliur...

    ReplyDelete
  12. masyallah cantiknya rumah tu, siap ada private beach lagi... giler punya best... best lagi kalau keluarga dapat berkumpul ramai2 gitu kan... pehhhh....

    ReplyDelete
  13. rajin berfamili gader gader kan? berkat sunggoh!

    ReplyDelete
  14. Memang terindah dan terbaik bila kita dapat menghabiskan masa bersama-sama family.
    Thank you share homestay ni coz dekat yang amat dengan kampung Mrs. A.
    In Sha Allah nanti nak terjahlah

    ReplyDelete
  15. bla tgk gmbr2 ni...terfikir...bla laaa family sy nk wat gathering ni... susah benar nk kumpul sekeluarga ni...ada je hal nyer

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Hi kak SS. Lama x jenguk sini. Eh, fb akak nama apa. Ntah2 ada je dlm friend list tu tp x perasan kan. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fb akak hidup segan mati tak mau dik... dah bertahun tak bukak

      Delete
  17. kak SS, masa saya panggang ayam tu saya pakai baking paper je.. hehehe...

    ReplyDelete
  18. seronok nya..... meriah..... gambar cantek2.... makanan menarik2 semua nya....

    pendek kata... best ..!! memang port terbaik untuk family gathering....

    ReplyDelete
  19. Comel je tokabah dgn bff dia tu,leh bawa ngopi...
    Xsangka ade abang sado dlm family sis ye, nk kne mnta sain ni..;-)

    ReplyDelete

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...