Friday, 9 September 2016

Saujana Chemperoh Janda Baik Pahang


Untuk pra Family Day tahun ni, kami repeat lagi sekali tempat ni.
Kali terakhir pergi Saujana ni pada Mac 2013. Boleh klik sini.


Sebelum check-in pukul 3pm, singgah dulu Teratak Bonda utk warm up..

 Warm up perut.

 Kasi celup-celup kaki dulu biar tak terkejut sangat nanti

Masa kaum adam pi solat jumaat, hujan mula turun dengan lebatnya. 
Naik cepat!
Sekelip mata kau berubah... ngeri!



Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Masih setia dengan Chemperoh & Meranti Chalet untuk sumbat 30 orang semuanya.



Ada banyak perubahan... ada positif ada negatif.
Tuan tanah... sila sediakan pensil dan kertas.
Dato Bandar nak buat lawatan tapak sekarang.

 3 tahun lalu (gambar atas), tempat ni agak 'gondol', 
sekarang dah penuh & merimbun.
 makin hijau,bersih & tersusun
Sekarang dah bertiles dari lantai sampai ke bbq pit. 
Sinki pun ada. Good.

 Rumah pokok pun masih 'handsome'

Hmmmm...( sambil urut dagu berdouble runcing)
Disebabkan petang tu sungainya agak 'menakutkan', maka aktiviti bbq di awalkan.
Apalah namanya sebuah homestay kalau tidak menyediakan peralatan asas untuk memasak.  
Jadi kami terpaksa ke kedai berjauhan (bukan berdekatan ya) cuma untuk membeli 3 bilah pisau. 
Dan pisau tu kami wakafkan supaya pengunjung selepas ni tak terasa azab yang sama.

Sambil tu kita minum petang dulu dengan kek marble, sandwich & seri muka.  
Nampak cantik potongan kuih seri muka tu hasil daripada ketajaman pisau baru.

Lepas solat maghrib, buat sikit doa selamat untuk arwah mak.
Baca doa panjang-panjang sikit biar perut tu mencakor-cakor mintak diisi. 
Baru best! Dah la hujan, sejuk pulak tu... baru berselera.






50 biji sata dari Kuantan.
 Macam-macam ada, tapi cuma ni je yang sempat snap. 
Nampak sangat kebulur..

Esok pepagi buat nasi lemak pulak. Seperti biasa, sambal tumis, telur rebus, ikan bilis & kacang goreng buat siap-siap dari rumah.  
Tinggal panaskan dalam microwave je.

Sapa yang tak biasa makan berat pagi-pagi, roti dan chicken salad pun ada ok.  
Ada jugak yang beli kuih dan mi hoon lepas balik jogging keliling kampung. 

 
Makan dulu, lepas ni kita mandi sungai & telematch pulak

 Acara wajib untuk kanak-kanak.
Dina masih sempat melibas shawl..



 Sementara tu atuk bak temankan anaknya pergi bersiar-siar setelah baca arahan pada papan tanda di bawah.
tinggi pokok Bucida ni.. baru 3 tahun tak jumpa
Dah bujang korang semua ni. Semoga menjadi anak yang berjaya di dunia & akhirat...Amiin

 Tema Hijau & Ungu
Yang ditunggu-tunggu dah tiba, boleh balik awal hari ni...
kata pakcik tu dalam hati.

Bilakah kali terakhir anda berdua makan aiskrim ni?
 Nampak begitu terharu sekali...

 1 2 3 Lompat!!
 Lompat lagi sekali.. tak cukup tinggi tu!!
Masa ni la nak dera dia orang...

  Sebelum balik KL, kita singgah dulu rumah anak yatim Badan Amal Nur Zaharah.
 Tunjukkan pada anak-anak, macamana 'susah'nya hidup tanpa ibu bapa.
 
 Sesungguhnya dalam rezeki kita ada bahagian untuk orang lain.







Sekian.

26 comments:

Marq said...

Memang terbaekklah blogger ni.. Baca tulisan je dah rasa mcm kenal lama.. Ni cik Pah kan😊

Cici said...

hahaa kalau kita yang makan aiskem tu kemungkinan akan terharu macam tu jugak. hiks

Unknown said...

Terserlah kemeriahannya,,makanan yang sangat enak semestinya sebab pakar masaknya ada. Ais cream kepit roti tu,,,nostalgia.

mama sara nur @ Cik Nor said...

menarik tmpt ni
tqqq sharing info

Bunda_nora said...

Seronoknyer lahai... pergi ramai2 boleh buat aktiviti... bestnyer..

Fazleyatul Aini said...

kita pon tengah plan nak buat family day
tapi tak tau nak start macam mana
boleh bagi suggestion / tips tak

Kakzakie Purvit said...

Banyak yg mata kakak nampak semuanya menceriakan
Tapi satu kakak nak kata "TERBAIK!"

makcikkantin said...

Bestnya tempat ni....Mck tak pernah sampai lagi janda baik, dengar selalu lah....nak kena suruh anak2 plan outing lah

Mun said...

wahhhhhh...bestnya...sejuk je mata memandang...

Nur Fannun said...

wah bestnya kawsn tmpt ni tenang betul..brapa sewa homestay ni?

Ila said...

meriahnya keluarga sVs ... good bonding... keepidap!

Dr Singa said...

cik pah..
dah naik harga kan kat saujana ni! naik rm 100 !!
waaaaaaaaaaaaaa..

mana kenyang makan roti dan ciken salad..
mencakau-cakau lah perut nanti!!

sudipVSsenduk said...

sorry wrong number

sudipVSsenduk said...

hidup biar sedap kata Wall's aiskrim

sudipVSsenduk said...

aiskrim kepit roti ke roti kepit aiskrim.... Hhmmmmmmm

sudipVSsenduk said...

vanakam eh... welcome

sudipVSsenduk said...

1. memula kena fikir nak ke laut ke.. pulau ke.. gunung ke.. shopping ke..
2. ongkosnya. Kalau ada budget lebih, Istanbul pun boleh sampai
3. berapa org nak pergi, berdua? sepuluh? 2 ratus?
dari situ la kita tau nak duduk hotel ke.. chalet ke.. homestay ke...

Kita hanya merancang

sudipVSsenduk said...

bukan setakat baik je makcik, lawo pulak tu!!
pakcik mesti suka

sudipVSsenduk said...

yea, sesejuk air sungai

sudipVSsenduk said...

alamak! tak ingat la...
cuba call 011 1221 4123

sudipVSsenduk said...

tq awak :)

sudipVSsenduk said...

Ooooo, ye ke.....

sudipVSsenduk said...

awak... kita biasa makan 3 biji kurma je


Boooooooo!!!

sudipVSsenduk said...

terima kasih ya kerna sudi mampir...

Wak Lat said...

meriahnyerr family ituuu., ;p

sudipVSsenduk said...

tq wak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger