Wednesday, 21 February 2018

Nasi Ambeng


Assalamualaikum. 

Cuti Tahun Baru Cina hari tu, family belah Abg Taf berkumpul ramai-ramai di Kampung Ijok Kuala Selangor untuk 'main masak-masak'. Riuh rendah dengan loghat jawa yang sepatah haram sVs tak faham. Krung krang krung krang bunyinya. Tu tak campur dengan suasana meriah orang melatah lagi.. hahaha. Memang happening!

Sebelah malamnya buat bacaan yassin, zikir dan berdoa beramai-ramai bagi mengirim pahala  kepada arwah keluarga terdekat serta muslimin muslimat yang lebih dahulu kembali ke Rahmatullah. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Aamiin.

Nasi ambeng adalah makanan tradisional masyarakat Jawa yang terdiri daripada
 nasi putih yang dihidang di dalam dulang bersama lauk-pauk.

Di sini masih lagi mengekalkan tradisi gotong royong dari dulu sampai sekarang.
 Kerja takkan mudah tanpa perancangan dan kerjasama yang betul.
Korang semua memang BEST!



Jom skodeng apa bawah tudung saji tu...

Ayam Masak Merah

Tumisan ( Sambal Goreng Jawa)

Sayur Goreng
Mi Goreng
Serunding Kelapa &
Ikan Masin Bulu Ayam pun ada
 
Pencuci mulut pulak ada lengkong, bubur jagung+keledek+sagu, 
pau inti kelapa, donat, candy dan limau mandarin.


Berkat / Bontrot (sebut betul-betul) / Goodies untuk tetamu.

Tradisi ambengan ini masih banyak dilakukan oleh masyarakat jawa masa kini,
 cuma bungkusannya telah diubah kepada bungkusan plastik untuk memudahkan tetamu membawanya pulang. 
 
 
Hidup jaWORLD !
 
 


28 comments:

  1. Sambal goreng campur babad mmg terbaik...!

    ReplyDelete
  2. tambah pulak hati & pedal ayam... peeerrghhh!!

    ReplyDelete
  3. dah lama tak makan ramai2 dalam talam...best..homecooked..
    pernah beli nasi ambeng kat kedai, depa buh megi goreng, mana2 breakfast yg tak habis, pi bungkus buat nasi ambeng..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG!!
      berniaga biarlah jujur & ikhlas sbb semuanya akan dinilai sebagai 1 ibadah.

      Delete
  4. sambal goreng jawa tuh memang ler tak reti buat, makan je reti hahaha

    ReplyDelete
  5. Bazar Ramadhan ada jual Nasi Ambeng ni..
    Tapi belum pernah rasa..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, tambahan bila makan beramai-ramai...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. sedap sangat. mak mertua lalu belakang peti ais pun tak perasan

      Delete
    2. dah lalu belakang mana perasan
      kalau lalu depan mesti perasan
      hahaha

      Delete
  8. lapo...teringat masa duduk kat kawasan perkampungan jawa :D

    ReplyDelete
  9. suka mkn nasi ambeng ni..ada mee goreng

    ReplyDelete
  10. Lauk Lauk sedap2. Abang Taf tu siapa?

    ReplyDelete
  11. ermmm...sedapnya nampak ayam..tu

    ReplyDelete
  12. bila nak update entry baru?
    hehehe

    ReplyDelete
  13. sedapnyer sambal jawa.. kegemaran suami ku... suka kalau pergi kenduri orang jawa... makanan dia memang pelbagai... sedap belaka... esp kalau yang rewang...

    ReplyDelete
  14. Nasi ambeng tu..
    Sambal jawa yg saya suka SS..
    Mcm nak buat lah 😁

    Selamat menyambut ramadan al mubarak SS

    ReplyDelete
  15. http://ataicha.blogspot.com/2018/04/removing-line-breaks-or-new-line.html

    ReplyDelete

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...