Assalamualaikum.
Cuti Tahun Baru Cina hari tu, family belah Abg Taf berkumpul ramai-ramai di Kampung Ijok Kuala Selangor untuk 'main masak-masak'. Riuh rendah dengan loghat jawa yang sepatah haram sVs tak faham. Krung krang krung krang bunyinya. Tu tak campur dengan suasana meriah orang melatah lagi.. hahaha. Memang happening!
Sebelah malamnya buat bacaan yassin,
zikir dan berdoa beramai-ramai bagi mengirim pahala kepada arwah keluarga terdekat serta muslimin muslimat yang lebih dahulu kembali ke Rahmatullah. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Aamiin.
Nasi ambeng adalah makanan tradisional masyarakat Jawa yang terdiri daripada
nasi putih yang dihidang di dalam dulang bersama lauk-pauk.
Di sini masih lagi mengekalkan tradisi gotong royong dari dulu sampai sekarang.
Kerja takkan mudah tanpa perancangan dan kerjasama yang betul.
Korang semua memang BEST!
Jom skodeng apa bawah tudung saji tu...
Ayam Masak Merah
Tumisan ( Sambal Goreng Jawa)
Sayur Goreng
Mi Goreng
Serunding Kelapa &
Ikan Masin Bulu Ayam pun ada
Pencuci mulut pulak ada lengkong, bubur jagung+keledek+sagu,
pau inti kelapa, donat, candy dan limau mandarin.
Berkat / Bontrot (sebut betul-betul) / Goodies untuk tetamu.
Tradisi ambengan ini masih banyak dilakukan
oleh masyarakat jawa masa kini,
cuma bungkusannya telah diubah kepada
bungkusan plastik untuk memudahkan tetamu membawanya pulang.
Hidup jaWORLD !
40 comments:
Sambal goreng campur babad mmg terbaik...!
tambah pulak hati & pedal ayam... peeerrghhh!!
Sayur gorenge ono kacang tolo
dah lama tak makan ramai2 dalam talam...best..homecooked..
pernah beli nasi ambeng kat kedai, depa buh megi goreng, mana2 breakfast yg tak habis, pi bungkus buat nasi ambeng..huhu..
sambal goreng jawa tuh memang ler tak reti buat, makan je reti hahaha
Bazar Ramadhan ada jual Nasi Ambeng ni..
Tapi belum pernah rasa..
Sedapnya, tambahan bila makan beramai-ramai...
aku pun suka ni...
wahhh
nampak sedap tu
lapo...teringat masa duduk kat kawasan perkampungan jawa :D
suka mkn nasi ambeng ni..ada mee goreng
Lauk Lauk sedap2. Abang Taf tu siapa?
ermmm...sedapnya nampak ayam..tu
sVs panggil kacang mata hitam
OMG!!
berniaga biarlah jujur & ikhlas sbb semuanya akan dinilai sebagai 1 ibadah.
kita serupa :)
sedap sangat. mak mertua lalu belakang peti ais pun tak perasan
kan..
area mana?
macam-macam adaaaa...
Ramadhan? Lamanya nak tunggu
rangup di luar, lembut di dalam :)
Suamiku :)
dah lalu belakang mana perasan
kalau lalu depan mesti perasan
hahaha
bila nak update entry baru?
hehehe
sedapnyer sambal jawa.. kegemaran suami ku... suka kalau pergi kenduri orang jawa... makanan dia memang pelbagai... sedap belaka... esp kalau yang rewang...
Nasi ambeng tu..
Sambal jawa yg saya suka SS..
Mcm nak buat lah 😁
Selamat menyambut ramadan al mubarak SS
http://ataicha.blogspot.com/2018/04/removing-line-breaks-or-new-line.html
kalu pegi bazar ramadhan, nasi ambeng jer bunda cari. Salam ramadhan.
Eh, keluarga in laws org Kuala Selangor. sama kita.
Nasi ambeng mmg best.
i org jawa...hehe...
terpaling suka sambal goreng jawa...
rasanya tiap2 hari update...
dalam mimpi
merewang sambil membawang
selamat hari raya yati :)
will do. tq
salam lebaran juga bunda :)
selalu singgah pasar malam simpang ijok beli nasi ambeng?
i jawa johor, suami jawa selangor
bergabung, meletop
keluar entry nasi ambeng nih jer
hahaha
استمتع الأن بأفضل العروض و الأسعار المقدمة من شركة تنظيف خزانات لتنظيف كافة انواع الخزانات كما يمكنكم الحصول علي خدمات تنظيف المفروشات و الموكيت بأحدث الطرق و الأساليب من شركة تنظيف موكيت يمكنكم الأن الإستمتاع بأفضل خدمات تنظيف الفلل لـ كافة انواع المناسبات مع شركة تنظيف فلل تواصل الأن مع شركة مكافحة النمل الأبيض للحصول علي خدمات التخلص من الحشرات المنزلية المزعجة او زورو موقع شركة تنظيف رخام للحصول علي أفضل خدمات تنظيف الرخام و السيراميك بأحدث المعدات
Post a Comment