Friday, 17 May 2019

Masak Dari Hati Masak With Iman



Assalamualaikum :)

 Ari tu rasa macam malas nak masak untuk berbuka, so..
Ehhh, jap jap.. bukan hari-hari ko memang malas masak ke?
Errrr.. errrrrr..

So Abg Taf pon pi kayuh laju-laju beskal lajak ke USJ 4, 
nak suruh Chef Ammar masakkan utk kita orang. 
Chef kata no problem.

Chef masakkan Nasi Mandy, Telur Saffron, Lamb Shank & Ayam Kabsah

Teruja hokey bila tengok telur saffron omega plus warna oren kemerah-merahan macam tu.
Cer bayangkan bila gigi kapak terbenam dalam kekenyalan telur saffron tu...
Peeerrrrgh!! Ngences jap.

 
Lamb shank yang super tender & flavorful.
Chef guna kambing umur 16-18 bulan & masak dlm 3jam 30 minit katanya.
Lepas makan, nak cuci pinggan pun sangat sangat sangat senang.. 
langsung tak berminyak & berlemak. Tak tipu.
Terbaik.

Chef Ammar sendiri yg packing utk pelanggan. 
Sambil sendok nasi, sambil berborak macam sedara yang dah lama tak jumpa.
Superemely humble and very friendly.
Patut la berderet orang beratur, melayan dia berbual rupanya 
sambil lambung-lambung telur ayam.

 
Alhamdulillah, menepati citarasa.
Rambut sama hitam, selera lain-lain ya.
 Bagi yang teringin nak merasa air tangan Chef Ammar, 
diucapkan SELAMAT BERATUR PANJANG, hahahaha

 Masak dari Hati Masak with Iman.
MasyaAllah.






.

11 comments:

Suria Amanda said...

Tu la..nampak sedap ni..SA nampak kat mana erk ari tu..tv ke mana ntah..punya ramai beratur..nasib baik SA kat seremban

norhidana said...

tulah kak, nampak org dok up kt bazar ramadhan... bkn main panjang Q, kalu ujung minggu mesti lg panjang... mmg nampak menyelerakan lah menu2 yg akak beli nih... dhla dia msk sendiri siap packing... puas hati betul lah

Mrs. A said...

Mengiurkan betul nampak nasi mandy chef Ammar ni

Warisan Petani said...

tentulah sedap

Anonymous said...

dah try. memang beratur panjang, tapi berbaloi. Terbaik la chef Ammar

Umi Nazrah said...

terbayang-bayang tagline chef ammar tu ^_^

dear anies said...

yg tgk gmbr ni pun dah kecurrrrrr

Cik Lily Putih said...

ramai betul orang post pasal Chef Ammar ni, jeles nau nau ni. Tapi nak ke sana tuh memang malas la wei

nohas said...

sedapnya..kambing tuh, perghh..nmpk juicy...sabaq2 posa..

Mrs. A said...

Nak komen lagi...
Selamat hari raya Aidilfitri SVS.
Maaf Zahir dan batin.
Posting raya takde ke hehehe...

paridah said...

WOW SEDAPNYA MASAKAN CHEFF AMAR NANTI BOLEH CUBA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...