Showing posts with label Selamat Ulang Tahun. Show all posts
Showing posts with label Selamat Ulang Tahun. Show all posts

Wednesday, 6 June 2012

6 Jun Datang Lagi...



Terima kasih Ya Allah untuk setahun lagi usia yang Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki dan kasih sayang yang Engkau kurniakan.  Begitu juga dengan kesihatan yang amat sempurna. Kau hidupkan aku dengan iman dan matikan aku juga sebagai orang yang beriman serta berkatilah hidupku di dunia & di akhirat kelak.  Jadikanlah aku hamba, anak serta isteri yang solehah.  Terima kasih Ya Allah kerana tetap melindungi aku walaupun terkadang aku merungut, malas, lemah, lokek serta cuai. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.  Maafkan aku Ya Rahman Ya Rahim dan terima kasih Ya Allah atas segala-galanya yang Engkau kurniakan...





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger