Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.” (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan
dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul
dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap
ketawa yang dibenarkan.
.


