Sunday, 9 May 2010

Selamat Hari Ibu...


 
SELAMAT HARI IBU, MAMA!! HARI NI KITA SEMUA JANJI TAK NAK BUAT MAMA MARAH... KITA NAK BUAT KAD UNTUK MAMA, MAMA JANGAN TENGOK TAU! MAMA MASAK SEDAP2 UTK KITA.  HARI NI KAN HARI IBU...
                
 !!??*%$##!!??



FIRMANSYAH

FAIZUDDIN


...TEARS DROPPED WHEN I READ THIS...

HAZIMUDDIN




Thursday, 6 May 2010

Hafal Sifir Cepat!


Teringat dulu masa sekolah rendah (dlm darjah 2/3). Lepas jemaah maghrib ngan Atok Bak, terus kena hafal sifir. Homework dah siap sbb lepas balik sekolah agama, gi ngaji rumah Mak Siah, balik terus buat. Waktu ni le paling tak bes,  meja makan tu penuh, semua 'rajin' belajar. Kusyuk & tawaduk sambil di monitor oleh menantu Ketua Kampung Rambah Pontian, poskod 82000.

Rotan panjang nipis kurang sedepa jadi tambah b'debo.  Camanalah nak hafal sifir 2 dlm keadaan takut cam tu. Tu blm lagi kena sergah, habis berterabo nombo bersepah-sepah. Air mata berjurai-jurai skali ngan ingus tak yah cerita la. Mama je yg tau camana 'azab'nya waktu tu.. Padahal bukannya susah pun sifir 2. Cuba tanya skrg 6x2 berapa... sambil ngigau pun mama bole jawab.

La ni, jangkit kat Hazim lak, cuma bezanya rotan tu agak tebal dari sebelumnya. Ari tu ada salesman promote buku Bijak Sifir sambil buat sikit presentation kat sekolah.  Dari cerita Faiz mcm menarik je, so 'banker' bagi $ & isi borang utk  beli esok.  Esoknya Faiz pi, salesman tu sambil nyanyi2 bungkus barang nak balik - buku habis dijual!! Wah! lakunya mcm VCD cetak rompak!! Dah le buku tu tak jual kat kedai (dia cakap laa..) nampaknya terpaksalah korang hafal mcm mama buat 30 tahun dulu.. 30?? bukan ke 15 tahun dulu?

Demi nak tengok anak2 berjaya, mama gigihkan jugak cari.  Akhirnya JUMPA!! dekat sini. Tapi sifir 2 tak jumpa la.. ala senang je, kita start dr Sifir 3 ok..  Meh sini mama ajo.


Dah siap dah Sifir 3, senang kan...

Sifir 4 tak de la pulak.. Tak pe, nnti mama kerah keringat dan tulang 4 kerat utk cari lagi.  Tapi kalau lepas ni korang tak hafal gak... Mama kerat2 kuku korang.. Faham?! Disebabkan sifir 5senang sangat, maka kita terus ke Sifir 6.. stuju?



 Mr. Bean kan..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SIFIR 6,7,8 & 9
 

Ha! dah jumpa!!  kat sinun lagi complete. Kena baca Step By Step... Ooh bebeh ..Gonna get to you giiiiirl.. (Budak Baru di Atas Sekatan)

Yg teknik baru ni sesuai utk Sifir 6,7,8 & 9.  Tapi sifir 9 kan dah tau pakai jari kan.. 

Cara Kiraan Asas 10
Mari kita mulakan dengan contoh Kaedah 2 Mudah Sifir Nombor Asas 10 dengan contoh 6 x 7

Ada 5 langkah yang harus diuruskan terlebih dahulu sebelum mendapat jawapan sifir 6 x 7.

Langkah 1


Tulis 6 x 7 dan buat dua bulatan di bawah nombo
r 6 dan nombor 7 seperti ditunjukkan di bawah :-
Langkah 2

Soalan yang harus ditanya adalah seperti berik
ut :-

a. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor
6 untuk mendapatkan nombor 10 ?

Jawapannya adalah 4. Jadi kita tulis nombor 4 dalam bulatan dibawah nombor 6.

b. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor 7 untuk mendapatkan nombor 10 ?

Jawapannya adalah 3. Jadi kita tulis nombor 3 dalam bulatan di bawah nombor 7

Langkah 3
Buat "subtraction" secara menyilang samada 7 - 4 atau 6 - 3 yang mana kedua-dua "subtraction" akan memberi jawapan yang tetap sama iaitu 3.

Tulis nombor hasil "subtraction" 3 dan diikuti dengan nombor 0 seperti gambarajah di bawah :-
Langkah 4
Buat pendaraban (multiplication) untuk nombor-nombor yang berada dalam bulatan. Iaitu 4 x 3 = 12. Dan tulis nombor 12 di bawah nombor 30.
Langkah 5

Campurkan 30 + 12. Dan itulah jawapan 6 x 7.. Mudah bukan...

Kalau mama tau le kaedah ni dari kecik dulu... mungkin mama skrg dah jadi Gabenor Bank Negara ganti Zeti Aziz tau... huh.




Wednesday, 5 May 2010

Dinner Express


Biasanya sebelum gi keje, mama masak nasi terus utk makan malam. Cepat sikit, tinggal beli masak lauk je nnti. Kalau tak... masa tu le nak cek homework, tonton Adamaya, Bicara Kifayah, nak masak, nak tengok Nenek Kebaya, zikir bla, bla, bla..

Tapi ari tu Faiz complain, asik makan nasi je.. "Kita tak nak makan nasi putih atau nasi goreng ari ni.." Amboi3x!! duluuuuu masa mama beso korang ni, apa Atok Mak masak kita org telan je tau tanpa kompromi. Abis, nasi dah masak tu nak suruh sapa makan? cicak?

Nasib baik le masa baby dulu mama minum susu ibu yg kaya dengan nutrisi, laktoferin, immunofortis, omega 3, 6, DHA dan AA. Dengan pantas, otak mama  berhubung antara satu sama lain, ligat berfikir menu baru tapi masih menggunakan nasi. TING! (simbol mentol bercahaya dkt otak belah kanan).

Question :  Kenapa otak kanan? kenapa bukan kiri?
Answer   :  Sila rujuk gambarajah dibawah... (Bagus blog mama ni.. bukan hanya merapu tak tentu pasal, malahan penuh dgn info berguna. Riak)

 klick pd gambo utk imej lebih beso...

Dengan kelajuan cahaya 299792458 meter sesaat, mama terus capai santan, panaskan dalam periuk + garam, campak halia, bawang putih, tutup api, campak santan dlm rice cooker, gaulkan dgn nasi, keep warm. Siap! tak sampai 5 minit, nasi lemak express terhidang atas meja... Nasi lemak je lah, lauk lain mcm sambal tu jgn tanya.. hehehe

Faiz         :  Mmmmm.. sedapnya, bau apa ni? Mcm bau nasi lemak je..

Hazim       :  Nasi lemak? Tu kegemaran Hazim tu. Mama masak ke?
 
Awek Cun  :  Tak lah, cina sebelah bagi...




Parents Nightmare..

Cuba baca blog supermom ni...


http://supermom0978.blogspot.com/2010/04/dzafri-hisyam-bin-khairulanwar-22.html



....

Tuesday, 4 May 2010

Photo shoot

Ada satu forum diskusi tentang teknik dan tektik ambil gambar yang betul. Macam bes je bunyinya... Bukannya senang orang nak bagi ilmu secara free membabi buta je sekarang ni. Kalau tak de duit, jangan berangan le nak menceburkan diri dalam dunia fotografi... (mcm saya). Nyah kau dari sini.  Sila rujuk www.belajarkamera.com


Sekarang ni dah mcm 1 trend, pegi memana semua sandang camera. Macam bagus je walaupun sebenarnya diaorg tak berapa bagus pun, eksyen je lebih (ayat dengki). Kengkadang tu, rasa mcm segan je nak keluarkan handfon, nak ambik gambo. Terasa mcm terhina sesangan walaupun  masa beli dulu bukan pinjam $ dari diaorg, kerdil rasanya kalau nak dibandingkan dengan camera dia org yg saiz bapak gajah naik minyak.. Agaknya kalau camera tu bernyawa, sekali ditenungnya handfon mama, terus berkecai & berderai jadi debu.. huhuhu

Ala.. tak semestinya ambik gambo pakai kamera CANON EOS  550D SLR18 megapixel  full recording apa kejadah entah.. akan dapat hasil yg menciut kan. Ala.. kalau ada kamera cokia jenama 2B atau BATA pun bole dapat impak yg lebih cun dari dia org punya. Cuma kena tau teknik dan tektik je... (ayat nak sedapkan hati sendiri)





Cuma kena pandai cari angle & pencahayaan le. Kengkadang tu makan masa gak. Faiz selalu bising.. "mama ni cepat le sikit, org dah lapa ni.."  or  ".. laaa, tak siap lagi ke? lagi berapa lama kena tunggu?.."  ....   Hei budak! ko diam!

Nota ketiak : Entry perasan bagus


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger