Thursday, 6 May 2010

Hafal Sifir Cepat!


Teringat dulu masa sekolah rendah (dlm darjah 2/3). Lepas jemaah maghrib ngan Atok Bak, terus kena hafal sifir. Homework dah siap sbb lepas balik sekolah agama, gi ngaji rumah Mak Siah, balik terus buat. Waktu ni le paling tak bes,  meja makan tu penuh, semua 'rajin' belajar. Kusyuk & tawaduk sambil di monitor oleh menantu Ketua Kampung Rambah Pontian, poskod 82000.

Rotan panjang nipis kurang sedepa jadi tambah b'debo.  Camanalah nak hafal sifir 2 dlm keadaan takut cam tu. Tu blm lagi kena sergah, habis berterabo nombo bersepah-sepah. Air mata berjurai-jurai skali ngan ingus tak yah cerita la. Mama je yg tau camana 'azab'nya waktu tu.. Padahal bukannya susah pun sifir 2. Cuba tanya skrg 6x2 berapa... sambil ngigau pun mama bole jawab.

La ni, jangkit kat Hazim lak, cuma bezanya rotan tu agak tebal dari sebelumnya. Ari tu ada salesman promote buku Bijak Sifir sambil buat sikit presentation kat sekolah.  Dari cerita Faiz mcm menarik je, so 'banker' bagi $ & isi borang utk  beli esok.  Esoknya Faiz pi, salesman tu sambil nyanyi2 bungkus barang nak balik - buku habis dijual!! Wah! lakunya mcm VCD cetak rompak!! Dah le buku tu tak jual kat kedai (dia cakap laa..) nampaknya terpaksalah korang hafal mcm mama buat 30 tahun dulu.. 30?? bukan ke 15 tahun dulu?

Demi nak tengok anak2 berjaya, mama gigihkan jugak cari.  Akhirnya JUMPA!! dekat sini. Tapi sifir 2 tak jumpa la.. ala senang je, kita start dr Sifir 3 ok..  Meh sini mama ajo.


Dah siap dah Sifir 3, senang kan...

Sifir 4 tak de la pulak.. Tak pe, nnti mama kerah keringat dan tulang 4 kerat utk cari lagi.  Tapi kalau lepas ni korang tak hafal gak... Mama kerat2 kuku korang.. Faham?! Disebabkan sifir 5senang sangat, maka kita terus ke Sifir 6.. stuju?



 Mr. Bean kan..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SIFIR 6,7,8 & 9
 

Ha! dah jumpa!!  kat sinun lagi complete. Kena baca Step By Step... Ooh bebeh ..Gonna get to you giiiiirl.. (Budak Baru di Atas Sekatan)

Yg teknik baru ni sesuai utk Sifir 6,7,8 & 9.  Tapi sifir 9 kan dah tau pakai jari kan.. 

Cara Kiraan Asas 10
Mari kita mulakan dengan contoh Kaedah 2 Mudah Sifir Nombor Asas 10 dengan contoh 6 x 7

Ada 5 langkah yang harus diuruskan terlebih dahulu sebelum mendapat jawapan sifir 6 x 7.

Langkah 1


Tulis 6 x 7 dan buat dua bulatan di bawah nombo
r 6 dan nombor 7 seperti ditunjukkan di bawah :-
Langkah 2

Soalan yang harus ditanya adalah seperti berik
ut :-

a. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor
6 untuk mendapatkan nombor 10 ?

Jawapannya adalah 4. Jadi kita tulis nombor 4 dalam bulatan dibawah nombor 6.

b. Berapakah yang perlu ditambah pada nombor 7 untuk mendapatkan nombor 10 ?

Jawapannya adalah 3. Jadi kita tulis nombor 3 dalam bulatan di bawah nombor 7

Langkah 3
Buat "subtraction" secara menyilang samada 7 - 4 atau 6 - 3 yang mana kedua-dua "subtraction" akan memberi jawapan yang tetap sama iaitu 3.

Tulis nombor hasil "subtraction" 3 dan diikuti dengan nombor 0 seperti gambarajah di bawah :-
Langkah 4
Buat pendaraban (multiplication) untuk nombor-nombor yang berada dalam bulatan. Iaitu 4 x 3 = 12. Dan tulis nombor 12 di bawah nombor 30.
Langkah 5

Campurkan 30 + 12. Dan itulah jawapan 6 x 7.. Mudah bukan...

Kalau mama tau le kaedah ni dari kecik dulu... mungkin mama skrg dah jadi Gabenor Bank Negara ganti Zeti Aziz tau... huh.




2 comments:

mayangbakingmadness said...

ITU LAH SEKARANG TGH TRAN\IN ANAK YG DARJAH 3 HAFAL SIFIR... BEST LE ENTRY NI.. INSYALLAH ADA BUDGET NAK G BELI GAK ..

Unknown said...

tak faham????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger