Friday, 17 June 2011

Selamat Hari BAPA...

.

Tanpa disengajakan (tak tipu), terbaca  dari blog ni...
Begini kisahnya..

Ada satu malam itu saya berada di pelabuhan klang.

Mencari makan untuk seisi rumah saya.

Sedang saya sabar menanti,

Perhatian saya terpesong ke meja sebelah.

Ada sepasang laki bini dituruti 7 anak sedang menanti pesanan.

Si abah cakap :

"abah minta maaf tau..abah tak mampu belanja makan korang mahal-mahal"

Anaknya semua cuma senyum.

Salah seorang buka mulut :

"kitorang tak kisahla abah.."

Tak lama kemudian makanan mereka sampai.

Setiap seorang dapat nasi ayam.

Dan dua pinggan hidangan barat dijamah berjemaah.

Suasana cukup menggembirakan sekali.

Saya cuma kerling sambil senyum.

Saya harap,
.
.
.
.
Saya akan jadi sehebat abah keluarga itu.

Tahu mendidik anak supaya bersyukur sentiasa.
.
.
.

Baru juga saya tahu,

Menggalas beban sebagai seorang ketua keluarga,

Bukan calang-calang tugas.



Selamat Hari Bapa untuk Atok Bak, Atok Musa & Abah (bagi pihak Faiz, Hazim & Firmansyah)  kerana menjadi seorang ayah yg hebat!  

Tak ketinggalan buat Cik Nazir (bg pihak Dina, Qis, Aniq & Qalish), Cik Mat Noor (bg pihak Kakak Min, Haziq, Haiqal, Hasif & Haidar), Cik Midon (bg pihak Mirul, Harith, Hamsyar & Amani), Cik Amar (bg pihak Afif, Anas & Hannah), Cik Rizal (bg pihak Nor Yusrina), Cik Adi (bg pihak Aleeya),  dan Pak Ngah Uji (bg pihak Farhana)... selamat HARI BAPA utk semua!







.

Tuesday, 14 June 2011

Hidup Biar Ikhlas...

.
Setiap 2bulan mmg kena buat checkup kat spital Ampang. Lepas penat tunggu angka giliran dipanggil, (1jam 30 min tu kira masa standard) perut pun mestilah mintak diisi ditambah lak dgn tangan, kaki, dahi, hidung mancung bak seludang, pipi gebu.. semuanya sejuk gara2 aircond terlebih power.  Dgn gagahnya lagak sorang perajurit nak ambik pingat jasa negara, mama pun gi ke 'cafe' spital. 

Mcm-mcm adaaaaa... pau inti rendang daging, ayam, blek paper, kaya, kacang merah, kelapa, coklat semua ada. Goreng pisang, keledek, kepok leko, burger malaysia, burger ramli ayam/daging tak ketinggalan. Mi siam, mi kuning, mi hoon sup, yong tau foo, bubur nasi, bubur kacang, bubur chacha, nasi lemak, kuih kaswi, donat, pulut panggang, seri muka, cekodok, fish ball goreng & familynya semua ada.  Roti tak yah cerita le, mcm2 topping & inti ada... tu tak campur lagi dgn wafer, jagung dlm cup, alus-mi-tai dll... punyalah banyak makanan sampai terlupa yg skrg ni dlm spital. Ingatkan kat pasar ramadhan Kg Baru tadi.. 

Dgn perasaan rendah diri, mama ambik karipap je sbb kuih tu nampak begitu menggebu & mengiurkan... harga standard KL 40sen sebijik.  Usus dlm perut dah melambai2 suruh cepat, air liur jgn cerita la.. habis lencun hujung tudung. Baca doa dulu... tak pe, biar lambat sikit, biar kenikmatannya berganda2 dek tak kesabaran.. Cuba bayangkan... gigitan pertama, kerangupannya boleh didengar org sekeliling, intinya yg pedas lemak manis & sikit masin dapat dinikmati oleh setiap titik deria rasa di bahagian depan, tepi dan tengah lidah dgn merembeskan enzim air liur ke org yg duduk berdekatan, isi kentangnya terkeluar melalui celah2 gigi yg rongak dek kepadatan inti, Oh... syurga dunia. 

Mari kita mulakan pengembaraan ini. Gigit, kunyah.......... hhhmmmmm, tanpa sengaja terkeluar perkataan "sampai hatiii...." (ikon sedih muncul). Cuba bayangkan keluasan padang bola & dihujung garisan ada sebijik bola sepak. Begitulah persamaan yg terjadi pd kuih ni... Sebijik karipap yg mengelembung besar dan didalamnya ada seketul inti saiz taik idong Firman yg dah digentel bulat padat... terkontang kanting tak tentu hala dalam karipap tanpa halangan..... Semoga Allah mengampunkan makcik yg buat karipap ni... 



.

Saturday, 21 May 2011

The Day The Earth Moved...

21st Mei 2011, Sabtu 2.30pm

Al-Fatehah utk anak-anak yatim dan penghuni Rumah Anak Yatim Hidayah, Hulu Langat.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yg telah pergi.  Kita juga pasti akan ke sana...



.

Sunday, 10 April 2011

U Siti? No.... i City.





Went to the lights wonderland few months ago (Dis 2011). Rasanya all the display use LED (light emitting diode). LED ni lebih menjimatkan & kurang panas drp mentol oren coz mentol oren yg berkuasa 100 Watt sama terangnya dengan lampu LED berkuasa 25 Watt. Jimat kan, tapi harganya agak mahal sama mahal dgn harga parking dkt i-City... Nothing is free in this world. Actually it takes less than 5minutes drive frm rumah Nenek Klang but stuck dlm traffic jam nearly 25min. for collection of the entrance fee.  Tak sistematik langsung, rasa cam nak patah balik je.  The management of i-City should take note about this!  Can u hear me?!!


Full of colorful trees, light up the garden. Amboooiii... besaq sungguh bandaq Kolumpoq I-City ni, kalau balik Alor Staq UK nnti org tak bole pulun.....

Cobaan utk membuat lompatan...


...melompat sampai tahun depan pun confirm tak dpt sama...  ni betul2 COBAAN..


It's a great place for photography and i wish i have my own DSLR (camera bapak gajah naik minyak) one day.  You.....You.....  Can You hear me?  YOUUU!!!  Yes, it's You...



.

Wednesday, 6 April 2011

Master Chef Malaysia... Part 1

.
1. SPAGHETTI WITH JALAPENO SAUCE
 
Extremely excited yesterday to receive a parcel dr Ummi Cheezy House- serbuk keju Jalapeno ala2 cheezy wedges K Ep Ci tu.. Think to make a macaroni & cis like Keni Rojes for our dinner (except abah - diet carbo&gula), sekali selongkor gerobok takde la pulok, jumpa spagheti je. Hhmmm.. let's see what Master Chef Malaysia can do with this long cylinder striped pasta.



It's a quick delicious dinner and u look so sexy babe... sungguh mengiurkan di malam jumaat ni.


______________________________________________________________________________

2. ROTI PURI / PUREE / POORI

Like to share this Bengali resipi roti puri dr keluarga berdarah  raja (Nenek to Aunty Maria-wife to Cik Adi). It's so easy and YUMMY!!

Floor Flour, water, salt & cooking oil to fry the puri.

Mix all ingredients till become a dough. Bentukkan saiz bola ping-pong, flatten and fry in a pan. Press the flat puri (bhg tepi) to make it bloated.. Siap!  This roti can be prepared easily (not my level), so i make a harder & complicated one called lempeng.

This roti puri / lempeng goes well with Mashed Potato Puri (not sure the exact name)  Try it out...

Potato - boil & crumble (kasar2)
Garlic, onion & green chilli - sliced kasar-kasar
Turmeric powder - pinch.. Adoii! sakit la!!
Curry leaves, biji sawi, salt, water and oil.


First, pakai punjabi suite and set bangla Banghra song. Heat oil, tumis biji sawi, daun kari and green chillies; add garlic and onion for 2min. Masuk'n serbuk kunyit, salt  & crumbled potatoes tadi- cook another 3min.. Make sure your shoulders, hands, waist, hips & legs follow the rhythm. Act like you are on a final stage- So You Think You Can Dance.. Add water if needed & kacau sampai dapat kepekatan yg  dikehendaki and it's ready to eat.


_______________________________________________________________________________ 


3. TIRA MISS U (Mascarpone cake)

How to make a quick, easy & tasty cake? Jawapannya ialah TIRA MISS U!! Kalau le Junior Master Chef nengok mama buat kek ni, confirm dia org nangis.. lu pikir le sendiri kenapa.  Meh kita buat sama2. 

Kek span (devide into 3 layer-horizontal)
250gm Philadelphia Cheese
75ml krim cis bedebah-pukul sampai nangis & berbirat
air 1 cawan + serbuk kopi 3 in 1
gula pasir 1/2cawan (manis dia just nice je)
Serbuk koko untuk hiasan

Choro-choro:
(Proses ni tak sampai 1/2 jam nya puuun..)
1. Pukul Philladelphia cis,+ gula pukul lagi. Pas tu campur krim cis & pukul till smooth. 
2. Masuk'n 1bhg kek dlm bekas & renjis / tuang air kopi utk basahkan kek span. 
3. Tuang campuran keju hingga menjadi satu lapisan. Pas tu lapiskan lagi kek atas dia, renjis air & tuang keju lagi. Ulang proses sampai abis.
4. Masukkan dalam esbok 1 malam (biasanya tak sempat). Sebelum makan, tabur dengan serbuk koko
.  Mmmmmmm.... mari terokai syurga di dalam mulut...


              Buat 2 jenis, plain & oreo sbb perasaan tamak haloba bongkak & riak tlh menguasai diri..
_______________________________________________________________________________ 


4. AYAM TERGOLEK

Beli ayam Wak Radin Spring Chicken yg urat marikh / halkum / nafas putus dgn sempurna. Bersihkan & marinade dgn apa2 yg ada dlm esbok / gerobok ex: halia, kunyit, sos tiram, lada hitam, garam, gula. Serai & lengkuas  kalau ada lagi bes.  Sumbat segala bahan dlm perut & dalam kulit (antara kulit & isi). Masuk dlm oven & kita bako je! Kita bako!! 30 min atas, 30 min bawah. Siap.


Sila abaikan benda bercahaya yg terdapat pada jari manis & pergelangan tangan chef. Ia hanyalah cadangan hiasan bagi memberi hint pd mereka yg berkenaan ttg kadar kilauan yg semakin berkurangan.  Sekian.


_______________________________________________________________________________ 


5. MINT SAUCE

Best taste of mint sauce at Amar Jaw's open house last year, (Ahadun, 3hb.Oct 2010-Tahun Rimau Belang) terus je jatuh cinta.  Start searching for the best, quick,  simple & easy recipe (tak tipu)... and dgn izin Allah, I just got myself done yesterday!! (Salasatun, 22hb. Mac 2011-Tahun Arnab).  Alhamdulillah, sedap! Daun pudina, olive oil, lemon juice & sikit gula.  2 thumbs up!! Simple je kan...

Sedikit tazkirah utk diri sendiri;
How simple it is, if Allah (SWT) won't make it happen , it won't happen... Remember this powerful Al-Quran word, "Kun Fayakun" - "Jadilah, maka terjadilah.." (Surah Yassin ayat82)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger