Monday, 15 April 2013

Pulau Pemanggil, Mersing Johor - Part 2


Hari kedua di Pulau Pemanggil.  Bersedia utk "Island Hopping" di
Pulau Lang, Pulau Dayang & Pulau Aur.   Ho yeh! ho yeh!!

 Pukul 7am. bergegas sepasang kekasih berlari-lari cute nak tunggu matahari terbit... bergegar jeti.


Mancing dulu sementara tunggu matahari terbit... kot-kot dapat tenggiri sebesen dua, boleh masak asam pedas

Hah! Tu dia.  Dah mai dah....
 
Antara doa Rasulullah (SAW) di pagi hari : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya. Amin.



Lepas sarapan dengan 16 jenis hidangan, 
Pak Ya bawa ke Pulau Lang utk ber snorkeling.

 Dari P.Pemanggil ke P.Lang - P.Dayang - P.Aur & balik ke P.Pemanggil semula.  Sehari berendam... gasak

 


 Kecil je Pulau Lang ni...


Lepas tu bertolak ke Pulau Dayang pulak.
 Jeti Pulau Dayang

 My oldest sister & family - some of my favorite people in the world.
(plastik muntah plzzzz!!!!..)


Apa kelas asik buat istana pasir je... tak mencabar langsung.  
Kita buat kek pasir bertemakan coral pulak. Ko pernah? huh...

Tiba-tiba dengar sayup-sayup orang nyanyi dkt bawah pokok Baringtonia asiatica (Putat Laut)

Abg Taf :   laju, lajuuuu... buai ku lajuuu...  aku nak kawiiin dgn anak rajaaaaa.....
sVs     :   (cepat-cepat tinggalkan kek)  dush  dush  dush  dush.......... DUSH!


pulau kecil di depan Pulau Dayang.


Landak laut (sea urchin)

Lama jugak melayan batu karang dkt Pulau Dayang ni.  Sebelum anak raja datang, baik kita ke Pulau Aur cepat..... Zassss!


 view dr jeti ke pulau
dari pulau ke jeti
Jeti kayu ni akan digantikan dengan jeti konkrit yg masih dlm pembinaan 
(sebelah kanan).   Maka akan hilanglah ke'tradisional'annya dan lenyaplah 
perasaan 'ngeri' apabila meniti susunan kayu pd lantai jeti... ruginya :(

Pada pendapat peribadi sVs, semakin banyak pembangunan di sesebuah
pulau, semakin banyak 'kerosakan' pd persisiran pantainya...

 
 "The Lonely Boat".... single terbaru sVs, jangan dapatkan di pasaran.


ibu collagen, harga borong RM35/kg saje, terhangat di pasaran, mari mari mari... 
   Antara khasiatnya  menegang, memejal, melicin, menghaluskan kulit,
 mengurangkan kedutan dan kulit kendur, mengurangi penuaan pramatang 
dan lain-lain, mari  mari  mari...

sekilah ike di air, sVs tahu janta tino nya...

Budak baju kuning tu baru berusia 5 tahun.  Tak sampai 1 minit celup umpan, 
terus mengena..... wa caya sama lu dik!

Pak Ya kata ni ikan libam dan sVs angguk je sbb cuma kenal ikan kembong.
Patut la.... umpan sotong saiz kapal.  Kalau dkt KL, sotong tu $8 seko dik...
bak sini, akak celop tepong.

Abg Taf: Halooo! budak tu dah sebaya anak awak, tak kan beradik berkakak kot..
sVs      :  errr... terlebih makan collagen gamaknya



  Jeti Pulau Aur





bila nak habis cerita lompat pulau ni, letih la.....












.

Tuesday, 9 April 2013

Pulau Pemanggil, Mersing Johor - Part 1


Lanting Resort di Pulau Pemanggil, Mersing Johor merupakan percutian ke pulau kali kedua selepas Pulau Manukan & Pulau Mamutik, Sabah .  Jumpa owner Lanting Resort ni (En Azlan & wife) masa 'gatal' berjalan ke MATTA Fair 2013 dgn kakak hari tu, akhirnya terjebak dgn pakej 3d2n yg WOW! 


Setelah dapat info ttg perjalanan dari KL ke Mersing ambil masa hampir 5jam, maka kami 2 family akan menginap di hotel baget di Bandar Mersing sekadar utk tidur, mandi & solat.  Seawal 7.30am hari Ahad, bot dah tunggu di jeti Mersing.   Pak Ya selaku pemandu bot laju yg baru dibeli 3 bulan lalu,  membawa 2 keluarga sVs, sepasang pengantin baru yg masih merah inainya & 1 singaporean family. Semuanya 9 kanak-kanak & 10 dewasa termasuk driver dan co-pilot.

Perjalanan dr jeti Mersing mengambil masa 1jam 30minit langsung tak terasa... mentang-mentang le bot baru, lajuuuuuuu je.  Dari jauh dah nampak Pulau Pemanggil, lepas tu nampak pulak Lanting Resort!  Dalam hati dah lonjak2... suka!  Bilik sVs no 2 dari kiri (depan), sebelah bilik kakak.

Bila dah sampai, dari bot nak naik ke jeti tu amat mengujakan.  Tangga kayu menegak 90 darjah dgn ketinggian hampir 3meter, terpaksa dipanjat.  Nasib baik masa kecik2 dulu mmg juara panjat pokok manggis.  Kanak2 baya Firmansyah tu akan didokong naik/turun manakala yg lebih dewasa, cun & macho akan di guide je.  

Kalau le  abang2 ganteng yg jaga ni rupa ala-ala Aaron Aziz, maunya sVs terjun dr atas jeti terus ke dalam bot supaya disambut dr bawah..... Aawwwww!!
Abang Taf  :  dush! dush! dush!

Indahnya ciptaan-Mu wahai Allah... 
serius terusik

 Loceng akan dibunyikan bila tiba waktu makan.... suka!
Tiba je resort, terus ke dewan makan utk bersarapan.

 view dr dewan makan ke jeti

Kalau dkt rumah, pagi-pagi dapat buat 2 jenis sarapan - lempeng kosong cicah gula pasir & nasi goreng rencah sambal belacan lebih makan malam pun dah bangga sampai ke petang.  Makan dkt sini sangat le mewahnya,  sarapan je tak kurang dr 16 jenis!  Ni baru betul tag line "Macam-macam Adaaaa"..... 
 
 antaranya... kuih keria

kuih ketayap sebesar jari kelingking, kulit nipis inti padat- comel!  Sekali gigit, jus gula melaka dr inti kelapa memercik sampai ke meja sebelah, lencun member...


 Mi goreng basah & kue tiow goreng

 keledek goreng & cucur bawang dgn sos yg peeeerrgh!
 mouth watering breakfast!

Platting by Firmansyah - the art of presenting food

Lepas perut kenyang hati senang, baru dapat kunci bilik masing-masing.  
Rehat dalam 1 jam dan bersedia utk round Pulau Pemanggil & it's snorkeling time!
 give your hair a sexy beachy waves - NarutoSyah

Dalam pukul 11am. Pak Ya bawa snorkeling di 2 kawasan sekitar pulau.  Disebabkan sVs ni aquaphobia, maka tengok je la bebudak ni dr atas bot sambil merakam kebesaran Allah.  Korang semua snorkeling le sampai lebam. 


Lepas tu, pusing ke bahagian belakang Pulau Pemanggil.   
Dkt sini lebih banyak kemudahan asas spt masjid, pondok polis, balairaya & sekolah.  

 Cantik! Pantainya sangat luas, pasir putih & halus.  
 Suka!

 
 Ada aktiviti mountain/rock climbing & jungle trekking

 di Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil ada 5 org pelajar & 9 org guru. 
( correct me if I'm wrong)
dan satu-satunya pemancar celcom yg ada di pulau ni.

 Kita nikmati dulu air kelapa muda...

 Firmansyah skodeng

Sluuuurrp...
 Sementara dia org layan snorkeling dkt hujung sana, 
sVs cari tempat redup feeling ombak rindu.
 
 
 Selalu jumpa blogger yg suka menembak bawah jeti.  
Nak tiru gak....
 
Lepas berpuluh2 kali bebudak ni kencing di persisiran pantai Laut Cina Selatan, tiba masa balik semula ke resort utk makan tengahari.  Dah 3.30pm rupanya, patut la lapor bebenor.   Dalam perjalanan balik, Pak Ya bawak punyalah laju... terlompat2 semua.  Takut tapi BEST! semua berpaut pd palang bot. Kuat betul air pukul lantai bawah bot... terbayang2 kalau le pecah/terlingkup bot ni, sapa la yg nak selamatkan sVs...  Oooo tak pe, Aaron Aziz ada...
Abang Taf : dush! dush! dush! dush! 

Kalau duduk dkt pulau yg jauh dr tanah besar, jangan la mengharap hidangan hotel 5star ya. Semuanya lauk2 kampung yg menyelerakan. Ada 22 jenis lauk utk dinikmati.  Berselera sungguh makan bila perut tengah lapor ni.  Terima kasih Allah atas rezeki & kesihatan yg Engkau berikan selama ini .

p/s : ulam belah kiri tu sedap betul... fragrant at first & a 'weird sour' aftertaste that I can't describe... WOW!







.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger