Tuesday, 9 April 2013

Pulau Pemanggil, Mersing Johor - Part 1


Lanting Resort di Pulau Pemanggil, Mersing Johor merupakan percutian ke pulau kali kedua selepas Pulau Manukan & Pulau Mamutik, Sabah .  Jumpa owner Lanting Resort ni (En Azlan & wife) masa 'gatal' berjalan ke MATTA Fair 2013 dgn kakak hari tu, akhirnya terjebak dgn pakej 3d2n yg WOW! 


Setelah dapat info ttg perjalanan dari KL ke Mersing ambil masa hampir 5jam, maka kami 2 family akan menginap di hotel baget di Bandar Mersing sekadar utk tidur, mandi & solat.  Seawal 7.30am hari Ahad, bot dah tunggu di jeti Mersing.   Pak Ya selaku pemandu bot laju yg baru dibeli 3 bulan lalu,  membawa 2 keluarga sVs, sepasang pengantin baru yg masih merah inainya & 1 singaporean family. Semuanya 9 kanak-kanak & 10 dewasa termasuk driver dan co-pilot.

Perjalanan dr jeti Mersing mengambil masa 1jam 30minit langsung tak terasa... mentang-mentang le bot baru, lajuuuuuuu je.  Dari jauh dah nampak Pulau Pemanggil, lepas tu nampak pulak Lanting Resort!  Dalam hati dah lonjak2... suka!  Bilik sVs no 2 dari kiri (depan), sebelah bilik kakak.

Bila dah sampai, dari bot nak naik ke jeti tu amat mengujakan.  Tangga kayu menegak 90 darjah dgn ketinggian hampir 3meter, terpaksa dipanjat.  Nasib baik masa kecik2 dulu mmg juara panjat pokok manggis.  Kanak2 baya Firmansyah tu akan didokong naik/turun manakala yg lebih dewasa, cun & macho akan di guide je.  

Kalau le  abang2 ganteng yg jaga ni rupa ala-ala Aaron Aziz, maunya sVs terjun dr atas jeti terus ke dalam bot supaya disambut dr bawah..... Aawwwww!!
Abang Taf  :  dush! dush! dush!

Indahnya ciptaan-Mu wahai Allah... 
serius terusik

 Loceng akan dibunyikan bila tiba waktu makan.... suka!
Tiba je resort, terus ke dewan makan utk bersarapan.

 view dr dewan makan ke jeti

Kalau dkt rumah, pagi-pagi dapat buat 2 jenis sarapan - lempeng kosong cicah gula pasir & nasi goreng rencah sambal belacan lebih makan malam pun dah bangga sampai ke petang.  Makan dkt sini sangat le mewahnya,  sarapan je tak kurang dr 16 jenis!  Ni baru betul tag line "Macam-macam Adaaaa"..... 
 
 antaranya... kuih keria

kuih ketayap sebesar jari kelingking, kulit nipis inti padat- comel!  Sekali gigit, jus gula melaka dr inti kelapa memercik sampai ke meja sebelah, lencun member...


 Mi goreng basah & kue tiow goreng

 keledek goreng & cucur bawang dgn sos yg peeeerrgh!
 mouth watering breakfast!

Platting by Firmansyah - the art of presenting food

Lepas perut kenyang hati senang, baru dapat kunci bilik masing-masing.  
Rehat dalam 1 jam dan bersedia utk round Pulau Pemanggil & it's snorkeling time!
 give your hair a sexy beachy waves - NarutoSyah

Dalam pukul 11am. Pak Ya bawa snorkeling di 2 kawasan sekitar pulau.  Disebabkan sVs ni aquaphobia, maka tengok je la bebudak ni dr atas bot sambil merakam kebesaran Allah.  Korang semua snorkeling le sampai lebam. 


Lepas tu, pusing ke bahagian belakang Pulau Pemanggil.   
Dkt sini lebih banyak kemudahan asas spt masjid, pondok polis, balairaya & sekolah.  

 Cantik! Pantainya sangat luas, pasir putih & halus.  
 Suka!

 
 Ada aktiviti mountain/rock climbing & jungle trekking

 di Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil ada 5 org pelajar & 9 org guru. 
( correct me if I'm wrong)
dan satu-satunya pemancar celcom yg ada di pulau ni.

 Kita nikmati dulu air kelapa muda...

 Firmansyah skodeng

Sluuuurrp...
 Sementara dia org layan snorkeling dkt hujung sana, 
sVs cari tempat redup feeling ombak rindu.
 
 
 Selalu jumpa blogger yg suka menembak bawah jeti.  
Nak tiru gak....
 
Lepas berpuluh2 kali bebudak ni kencing di persisiran pantai Laut Cina Selatan, tiba masa balik semula ke resort utk makan tengahari.  Dah 3.30pm rupanya, patut la lapor bebenor.   Dalam perjalanan balik, Pak Ya bawak punyalah laju... terlompat2 semua.  Takut tapi BEST! semua berpaut pd palang bot. Kuat betul air pukul lantai bawah bot... terbayang2 kalau le pecah/terlingkup bot ni, sapa la yg nak selamatkan sVs...  Oooo tak pe, Aaron Aziz ada...
Abang Taf : dush! dush! dush! dush! 

Kalau duduk dkt pulau yg jauh dr tanah besar, jangan la mengharap hidangan hotel 5star ya. Semuanya lauk2 kampung yg menyelerakan. Ada 22 jenis lauk utk dinikmati.  Berselera sungguh makan bila perut tengah lapor ni.  Terima kasih Allah atas rezeki & kesihatan yg Engkau berikan selama ini .

p/s : ulam belah kiri tu sedap betul... fragrant at first & a 'weird sour' aftertaste that I can't describe... WOW!







.

46 comments:

  1. hahahaha!!!
    makin masin air di pulau kena berpuluh puluh kali kencing!!!

    ReplyDelete
  2. dah lama aku tak memancing kat laut...
    bilalah agaknya aku nak memancing

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan Jun resort ni hanya dibuka utk para pemancing sahaja...

      Delete
  3. Melihatkan gambar2 yang dirakam, rasa bagai terpanggil-panggil untuk ke Pulau Pemanggil. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru balik..cny disana 19.02.2015
      tempat dan servis sgt teruk
      tikus byk dan pengotor
      semuanya janji manis
      yg operate tempat tu..org indonesia..owner kat kl..faham sajelah
      lanting beach resort jgn masukkan dlm senarai holiday anda

      Delete
    2. Anonymous...
      Terima kasih kerana sudip berkunjung ke blog saya. Saya turut bersimpati atas kejadian yang menimpa anda semasa bercuti ke Pulau Pemanggil. Apa yang saya tulis dalam blog ini tentang pengalaman saya ke sana pada April 2013 adalah sangat berbeza sama sekali dengan pengalaman anda pada cuti CNY 2015 baru-baru ini. Tak sangka pula setelah 2 tahun semuanya telah berubah.

      Maaf sekiranya penulisan saya telah membawa "mimpi ngeri" kepada anda. Dah buat aduan ke pihak pengurusan Lanting Resort ke belum?

      Delete
    3. sy bru balik drpd lanting.. sgt puas hati... servis tbaik! xde lak tserempak dgn tkus, tpi xtau ler org lain... ^_^

      Delete
    4. mcm mane nk deal pakej ke sane ye?

      Delete
  4. Aduhai cantik memang sungguh fascinating mata yg memandang. sVs pun pandai shot posisi yg membuat mata kakak tak berkelip memandang kebesaran Allah... Firmansyah mesti seminggu ini pun tak habis cerita keindahan itu pada teman-teman sekolahnya...

    ReplyDelete
  5. cantik nyer pulau ni... nampak bersih je..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah..cantik gila pulau ni...Saya org Johor tapi tak pernah gi sini. Berapa harga pakej nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1500 utk 3d2n (2dewasa, 3 kanak-kanak + speed boat)

      Delete
  7. Wau.. bestnye jalan.. teruja tgk gmbr yg terpapar..

    ReplyDelete
  8. wah sagt cantik & indah lah kat sini, tq share with us yer

    ReplyDelete
  9. pergh!!!! best giler rupanya bercuti kat pulau ni ek! saya pulak tak sabar lompat2 nak ke pulau sibu. weehooo!!

    psstt...dah ingat ke apa nama ulam sedap tuh? nak cari...hihihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulau pemanggil atas dr pulau sibu. Enjoy!

      tak tau le namanya, kalau jumpa roger roger kita ek...

      Delete
  10. SS...


    perghhh best banget!
    paling best tang lauk kg tu, meleleh air liur

    ReplyDelete
  11. Cantiknyaaa....Bestnya bercuti dipulau ya.

    ReplyDelete
  12. cantiknya gambar2 kat atas tu, mesti seronok g sana. pertama kali dengar nama pulau pemanggil ni

    ReplyDelete
  13. besttttttt
    paling best mkn kelapa muda tu

    ReplyDelete
  14. Subhanallah subhanallah subhanallah cantiknyaaaaaaaaaa!!! Siap berangan ada kat situ..ditiup angin laut..berendam2an...best!!!

    ReplyDelete
  15. cantiknya gambar2 ni.mknan semua sedap tuuu!

    ReplyDelete
  16. Subhanallah terlalu cantik kalah pulau pangkor...foto pun sgt2 cantik

    ReplyDelete
  17. wow..saya peminat pulau juga , tak pernah tau pulak Pulau Pemanggil pun cantik juga...nak pergi lah nanti...:)

    ReplyDelete
  18. SubhanAllah.....cantik2nya...makanan pun the best...
    mudah2an suatu hari nanti saya dan anak2 diizinkan kesana juga....
    timekasih atas perkongsian ini ya !

    ReplyDelete
  19. Assalam.
    Pulaunya memanggil, persekitarannya cantik, tempat menginapnya selesa, makanannya cun! Dan ke situ dengan ahli keluarga pula. Tentulah amat menyeronokkan. Bertambah satu lagilah destinasi berlibur yang Pak Temuk angan-angankan!

    ReplyDelete
  20. waa cantiknyer...kagum jap...suka tengok gambar2 kat sini...cantik sangat....

    ReplyDelete
  21. Zila x pernsh lg sampai sini..bestnya..mknan pun sedap2

    ReplyDelete
  22. cantiknya..mmg memanggil2 utk sy dtg ni..

    ReplyDelete
  23. Wah...cantiknya pulau tu....seronok tgk u all ber holiday.
    Rasa teringin pulak nk ajak my family ke situ.
    Lovely pictures!

    ReplyDelete
  24. Hi, Wow! I really love the well taken pics here. I have nor neen to this Island, but have been to P. Perhentian, and Redang, Tioman wayyy back in the early '80s.
    And the food looks so good....lepas makan tidur best, ha ha.
    Its really so nice see those beautiful beaches, warm crystal clear waters and coconut trees.
    We have been seeing snow, ice past 4 months! It snowed yesterday!
    Have a fun weekend.
    Lee.

    ReplyDelete
  25. wow cantik pulau pemanggil,bestnya percutian family SvS.........

    ReplyDelete
  26. Ya Allah cantiknya kak...serius terus nak masuk dlm list jenjalan...
    semua gambar2 adalah sgt ohsem...cantik!!

    kak, boleh bgtau detail pakej...pakej termasuk apa?
    dan nombor contact utk pakej ni...

    tengs kakak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn pergi pulau lanting beach resort..kena tipu hidup2..mcm rmh kogsi

      Delete
    2. Anonymous..
      Keadaan di Lanting Resort 2 tahun lepas adalah seperti dalam gambar dan kami sangat berpuashati tentang kebersihannya. Lepas-lepas tu, Wallahua'lam. Maybe tak de QC kot.

      Delete
  27. rentung sunburn dah hilamg..?

    ReplyDelete
  28. pi sana amek pakej eh? brp rm ek? leh kongsi info...mana tau nak pi sana ke. tq.

    ReplyDelete
  29. Anonymous..
    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Saya turut bersimpati atas kejadian yang menimpa anda semasa bercuti ke Pulau Pemanggil. Apa yang saya tulis dalam blog ini tentang pengalaman saya ke sana pada april 2013 adalah sangat berbeza sama sekali dengan pengalaman anda pada cuti CNY 2015 baru-baru ini. Tak sangka pula setelah 2 tahun semuanya telah berubah.

    Maaf sekiranya penulisan saya telah membawa "mimpi ngeri" kepada anda.
    Dah buat aduan ke pihak pengurusan Lanting Resort ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sgt bpuat hati dgn pcutian & pkhidmatan di lanting beach resort. alhamdullillah! ^_^

      Delete
  30. Sya berminat nk pegi... nk ambik kt web mna pakej atau walk in

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh refer 'Pulau Pemanggil Part 4' dlm blog ni atau cuba contact;
      Lantingg Beach Resort Pulau Pemanggil Johor
      Sales Office: 1-C, Jalan Wawasan Ampang 2/1,
      Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang,
      Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
      Tel: +603-4297 9348
      Fax: +603-4149 5798
      H/P: +6016-322 3661

      www.lantingresort.com.my

      Delete
  31. best nye.. harge pakej skrg ni same lg ke mcm 2013??

    ReplyDelete
  32. semua barang dah naik non.. gula naik, minyak naik, emas naik, darah naik, tol tak yah cerita la... tu tak campur gst lagi.

    ReplyDelete

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...