Wednesday, 11 June 2014

Firmansyah @ Speed Power Taekwondo (WTF)


Februari 2014 FirmanSyah join seni mempertahankan diri- Taekwondo Speed Power.  
Tujuan utama nak suruh dia bersosial dengan cara yang sihat disamping dapat membina jatidiri.  
Peeeergh... ayat.  Ye la, asik bergesel 24jam celah ketiak mama je... 

18th. Speed Power Taekwondo (WTF) National Championship 2014 di Kompleks Muhibah, Taman Industri Bolton, Batu Caves KL.

Masa mula-mula isi borang, cikgu suruh masuk pertandingan Poomse iaitu teknik gerakan dalam mempertahankan diri, 
tapi Master Bala sarankan dia masuk Sparring.  Risau gak sebab Firman ni nak angkat kucing pun takut... 
ini kan pulak nak 'belasah' orang.




Tapak pada heels kakak ni dah tercabut 1 la...

Poooooott...


Firmansyah adalah peserta pertama dalam pertandingan Sparring bawah 8 tahun.  
Anak yang duduk dalam gelanggang rilex je, sVs & AbgTaf yang berdebar-debar & 
sakit perut... panjang doa biar semuanya dipermudahkan.

1st. Game
First game Firmansyah pakai hugo / body protector merah.
Rasa macam tak adil pulak bila tali pinggang kuning1 kena lawan dengan tali pinggang biru.   
Bertingkek-tingkek den berdoa...


Hoyea!! Menang!
Lawan Firmansyah nangis, terus lari peluk mak... abang dia baju biru pun join. 
Kesian pulak tengok.

2nd. Game
Firmansyah masih dengan hugo merah.  Lincah betul budak India ni. 
Patut la, tali pinggang hijau.  Hei! mana boleh kuning lawan hijau!! 
Ini tidak adil!

Nangis sebab kena sepak tepat pada perut, nasib baik cikgu bagi semangat.
GO FIRMAN!

 Masa ni memang kelakar. Dia memang betul-betul marah & lepaskan geram. 
Sambil berlawan sambil menangis... ko mampu?
Nampak tak mak budak tu tengah berdoa? Ammmaa..

Ooooo, tadi ko buat aku ya.. Hiyyaaaaaahh!!

Akhirnya 1min 30saat pun berakhir....  boleh tarik nafas lega. 
Sakit jantung mama ko buat nak ooiiii.

Semi Final
Hugo merah. Ni baru betul, kuning lawan kuning.
Rupanya taekwondo ni tak kira warna talipinggang tapi ikut kategori umur & berat badan seseorang.


Alhamdulillah, dapat ke final.


Final
Masa ni dia dah start down sebab kena pakai hugo biru tu.
Eleh... macam Masterchef Malaysia pulak, nak pilih-pilih apron.


Tepat kena perut, senak wooo.. Sebagai seorang emak yang mempunyai hati selembut agar2 
sumi jelly perisa stoberi, tersentuh bila tengok anak kesakitan macam ni. 
Gagahkan jugak petik punat kamera untuk kenang-kenangan.  
Musim depan ko main congkak je la Firman ya... sob sob sob

Bila dia jeling papan markah, dah ketinggalan 3 mata... lagi la frust.  
Terus tak nak sambung dengan alasan perut dia sakit sangat.
Tak pe lah, dia dah cuba yang terbaik.

   Terus ke pediatric untuk buat rawatan.

Alhamdulillah, semuanya OK.

1st. time for 2nd. place.

Deiii! tali pinggang oren mana ada... Confirm ko rendam air kunyit Babas kan..

Master Bala



Balik singgah Menate Steak House Ampang bagi meraikan birthday Faiz yang ke 14tahun & kemenangan Firmansyah.

Alhamdulillah.




.

19 comments:

  1. Saya yg jd tukang baca pun ikut sesak napas seksli. Penuh aksi...cayalah Firman

    ReplyDelete
  2. Tahniah Firmansyah..mampu mak dia petik punat kamera tu..kalaiu acik agaknya tengok anak menangis..memang dah ikut nangis sama dah hi hiu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..kelakarnya, tergelak baca part amma berdoa untuk anaknya dan tang budak kalah terus lari kat mak dia. Hebatlah Firmansyah! Budak pun ada perasaan bila kena tukar warna apron yek, eh, hugo..hehe
    Gambar semua cun2 siap caption lawak belaka..
    Keep up the good work Firmansyah yg gagah..ehehe

    ReplyDelete
  4. sambil baca sambil tergelak sorang...lucuuu sangat...ok tu 1st try dapat 2nd place..thniah pda Firmanshah

    ReplyDelete
  5. kelakarlah kak.. masa dia nak balas balik tu.. nampak sangat bersungguh semangatnya... semoga firman lebih kuat lagi...

    ReplyDelete
  6. Master Bala tu tau Firman boleh sparring..

    awat ada gambar minaci sorang tu pegang rambut.. he he..

    jangan yang kalah bawah adik beradik 'setel kat luat' dah la ya he he..haru mak!!

    ReplyDelete
  7. haha comel tang tengok markah tercicir terus tak nak sambung

    ReplyDelete
  8. Cayalah Firman!!! Ok tu, dpt no 2...
    Sambil nangis sambil berlawan....terbayang mak budak india tu berdoa sambil cakap " ammaaaa...apppaaaaa...." hahahahaha

    ReplyDelete
  9. Belt oren ada dlm senarai warna belt. Pink ja blom ada :p. Caya lah firman, mmg blh pegi lebih jauhhhhhh

    ReplyDelete
  10. uncle ni kalau WTF, ingat lain je....

    haha!

    ReplyDelete
  11. congrats to Firmansyah!!..
    cute betul bila tengok dia nangis tapi masih boleh lawan..hehehe..

    ReplyDelete
  12. Tahniah firman, menang tempat ke 2 tu oklah tu, oppss salam kenal dan terima kasih sudi singgah d blog Jm tu :-)

    ReplyDelete
  13. Tahniah Firmansyah!!..
    bagus svs ajar dia bersosial cara tu.klau akak ada anak kecik lagi..akak pun minat juga.tingkatkan jati diri mereka

    ReplyDelete
  14. wahh tahniahh anak mak tuu., hebattz

    ReplyDelete
  15. Tahniah firman!!...hevattt!..ammma...adoiii...gelihati tang amma...eh betul ke steakhouse tu nama menate?...I baca gok kelate macam takut lak nak pi...macam nak marah jer...aiyooo

    ReplyDelete
  16. Hi Sudip, ini saya Lee dari Toronto, Canada. Terima kash you datang pondok saya. Da lama ra'datang.
    How are you? I really enjoyed looking thruall the pics here. Very well taken. You took the photographs?
    The kids all look cute in their uniforms.
    Simpansatu lagu dalam hati,
    Best regards,
    Lee.

    ReplyDelete
  17. Wahh.. good job Firmansyah..
    Dahysat! aunty yong dulu silat gayung nak bukak langkah pun tak lepaih2.. hehee

    ReplyDelete

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...