Street food yang berasal dari Jepun kini dah banyak di sini.
Malaysia Boleh!
Tahun 2007, sVs pernah bukak kiosk di Eye On Malaysia, Tasik Titiwangsa KL.
Pengalaman pertama masak sambil dikeromon dan diperhatikan orang ramai.
Nervous mak. Masa tu takoyaki / tako tao yang jual dkt pasaraya besar tu
belum begitu famous dan sVs orang ramai masih takut-takut nak makan
disebabkan kurang yakin tahap kehalalannya.
Merata cari takoyaki pan, dari sebesar-besar kedai, sampai ke cerok rantau...
akhirnya dapat satu dengan harga $2ribu!! Itu baru pan, belum yang lain-lain.
Alhamdulillah ada Dato' sponsor, hihihi. Sekarang ni rakyat jelata dah senang,
beli online je.. call hari ni, esok tersembul depan rumah.
Jadi... kita orang cuba
buat ingredients sendiri tanpa menggunakan tepung
segera takoyaki, buat mayonis sendiri dan sos sendiri. Sesuatu yang serupa
tapi tak sama
dengan harapan main masak-masak ni 'menjadi' dengan diberi
nama OISHI
BALL yang padat dengan inti, sos dan hiasan.
Macamana kita nak makan, macam tulah kita hidangkan pada pelanggan.
Jangan lokek.
Jangan lokek.
semalam buat guna muffin tray je..
Isnin - Jumaat kerja ofis macam biasa, cuma weekends je ada dekat kiosk.
Boss mana boleh selalu tunjuk muka kan... buzy dengan spa, kerja amal,
persatuan sana sini.... Tapi tiap-tiap hari kena sukat dan sediakan adunan
kering untuk setiap 3 hari, yang lain2 pembantu yang settlekan mengikut
garispanduan yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, lumayan :)
Nota ketiak:
Bila ada ikhlas, akan wujud kekuatan... In Sha Allah.
.
19 comments:
Mula2 x reti nak makan... anak2 beli suruh rasa pun macam tak lalu..
Bila dah cuba sekali... baru tau....sedap rupanya...
La ni anak makchaq dok buat...
Syabasss....
Oishi Ball - not bad nama pilihan menarik didengar
Tengok bergolek-golek tu kakak pun ngences hihi...
Ada jual online juga ke sVs?
nak juga merasa. di mana nak beli..no contact pliss..
saya suka
Bulan puasa tahun lepas.. benda ni jadi pilihan bujang CM, Faris. Setiap hari mesti beli di bazar.. Big claps!!!
wow, kawan ai tauke oishi ball la....
nanti nak tanya resepi dari kak gugel....nak cuba jugak.
ni feveret nih... aduh lahai...
saya ni tak reti makan makanan jepun...walaupun ramai ckp takoyaki kata sedap, saya pernah try tapi tak lalu.....sedihkan...dah nama pun tekak jawa kan...huhu...
tapi tengok yang akak buat nampak tempting giler...
Wow!... Terbaikkk
Nota kenyit mata : kalau nak jumpa boss... Kena buat appointment ke?
appointment?
tak payah... kenyit mata je
jangan dipaksa.. tepuk dada tanya selera
hidup pecal jawa!!
itu cerita lamaaaaaa..
sila-sila.
kan... cair di mulut
tq Inspektor Saahab
pan takoyaki ada jual online.
tapi rasanya tepung pun ada jual online jugak...
semuanya di hujung jari anda
saya tak jual.
uptown danau kota ada
saya pun
tq che mid
Post a Comment