Friday, 6 January 2012

Langkawi 2011 Day 3 - Gunung Mat Cincang

  
Let the picture speak....
(dasar pemalas)
 
 





.

Thursday, 5 January 2012

Langkawi 2011 Day 2-MIEC



Org lain dah cerita pasal tahun baru, tapi kat sini masih cerita ttg LIMA tak abis2.. tak paksa sapa2 baca nye pun, tapi tq pd yg sudi.. cuma catatan utk simpan kenangan b'sama keluarga yg kucintaik...

Lepas lunch, terus ke Aerospace Exhibition dkt MIEC-Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (sebelah airport Langkawi),  Alhamdulillah, jalan belum jam & parking masih banyak.  Bayaran masuk $10 bagi pelawat kecuali kanak2 bawah15, warga emas & OKU bagi menyaksikan pertunjukan udara & menaiki serta mendampingi juruterbang pesawat statik dgn lebih dekat, mungkin juga bagi sikit inspirasi pd anak2 dlm bidang yg berkaitan dgn aeronautik.   Layan je le ...
Bersama juruterbang pesawat MiG-29N Smokey Bandit Squadron 17..



 Di ruang pameran MIEC, sebanyak 403 syarikat pertahanan 
dari 35 buah negara telah menyertainya.
 Memcuba senjata sebenar – M04 yg beratnya 3kg+, mmg berat!

really love this.. cool babe!!



.

Wednesday, 28 December 2011

Langkawi 2011 Day 2 - Awana Porto Malai


Hari kedua tak sabo-sabo nak nengok demonstrasi khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), yang dibuat dkt Jeti Awana Porto Malai Ali, sebelum tu layan dulu  booth pameran yg disediakan...

 Oh! I'm impressed..
(tanpa sedar, air mata jatuh berlinangan, oh.... )
Eerr...  korang ada? hehehe

  My Heroes - kalau tang posing, serahkan pd dia org...

 Posing maut sama Master Chef Malaysia TLDM...

 Sejak bila la anak beranak ni senyap2 masuk Unit Khas APMM... 
patut la dkt rumah asyik nak menembak je kejenya... huhuhu

   

Lepas sarat bag sack  dgn cenderahati yg kita org dapat dkt pameran ni (balik KL bole jual) terus ke 'Boat Showcase', kena jalan sikit la sbb kapal laut kan takleh berlabuh dkt air cetek. Walaupun cuaca agak panas terik, tapi tak terasa pun sbb angin kat sini kuat sangat, best!..  hati2 pd sesapa yg pakai rambut palsu.  Kalau jemur tilam, gebor, kapet raya, ikan masin, kasut sekolah bata, confirm cepat kering.....

 submarine! submarine!!! 
(sejujur-jujurnya Awek Cun mereka amat teruja...)





Boat show start 11.45am -  Demonstrasi khas maritim lebih kurangg 45 minit mempamirkan gabungan pergerakan dari darat, udara & laut oleh agensi kerajaan dan swasta.  Antaranya operasi membentras penyeludupan di perairan negara, demo bot Penggalang dgn kuasa waterjet propulsion buatan M'sia  dgn kelajuan hingga 40knot sejam & bole b'pusing 360 darjah. 



Operasi menyelamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 
menawan lanun dalam usaha rampasan kapal mewah.


Teruja sesangat!  tetiba terasa bersemangat nak isi borang jawatan kosong TLDM, dapat jadi kapten pon ok la...


Letihnya nak mengabiskan entry LIMA, ni baru hari kedua sessi pagi, belum lagi yg petangnya dkt Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri...  :(


     
.

Wednesday, 21 December 2011

Langkawi 2011 Day 1 - Pearl Harbor

.
The Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) Exhibition a must event for our family every 2 years and Abang Taf selalu ingatkan, "..a well-prepared traveler is sure to have a good vacation.." Jadi, persediaan dr segi penginapan hotel, flight & kereta sewa semuanya dah sattle since July bg mengelakkan perkara tak diingini di saat2 akhir.  Tapi rasanya LIMA 2009 lagi bes,  ada Red Arrow, RAAF F111 yg keluor api dr montot dia & heli AH64 Apache...  LIMA 2013 nnti event ni buat bulan Mac pulak sbb mengambil kira faktor cuaca & perayaan Hari Natal. 


Flight KL-LGK 9 Dis, 7pagi, tiba je terus dapat kereta sewa (Viva $80 sehari) just nice utk 5 beranak yg comel2 saiznya.  Breakfast dkt Gerai Pak Hassan, order roti canai cetoet 8 keping & dapat kalander lumba kuda HIG free!  Pi cuci mata dkt pekan Kuah kejap & lepas solat jumaat, rehat dlm bilik sat. Pukul 3 pi Pearl Harbor and on the way ke sana  sempat tengok air show kat tepi jalan. 

Pearl Harbor, Pantai Kok Langkawi

 
Lepas berangan dkt Pearl Harbor, terus ke gerai Hafiz, dkt area Pantai Kok jugak.. Tempat minum petang 'wajib' kalau pi Langkawi.


2 thumbs up utk semua menu kat atas, kategori gerai van bergerak...


Sebelum balik bilik, pi borong coklat siap-siap dkt kedai Hj Isamail Group (HIG) dan terus sumbat dalam fridge & dapat lagi 2 kalander free.

Kenapa ek, kalau pi Langkawi, mesti org kirim Coklat Daim Zainuddin. 2009 dulu, coklat ni harganya $16.90, tapi hari tu cuma $12.90 je!! Histeria!! (sila tekan butang LIKE )
 Utk makluman semua, coklat di atas adalah atas kiriman org ramai. Kita org cuma beli sikit je, nnti gigi rosak hehehe....  Betul!
  .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger